Inilah Doa Penawar Angin Ahmar yang tertera di dalam kitab bertajuk Duru’ Al-Wiqayah bi Ahzab Al-Himayah oleh Al-‘Arif Billah Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Muhaddits Prof. Dr. Al-Habib As-Sayyid Muhammad Bin ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Idrisi (Ulama’ Besar Makkah).
PDF Doa Penawar Angin Ahmar :- Muat Turun
mp3:- Muat Turun
------------------
Ahlus Sunnah Wal-Jamaah (Imam Abu Hassan Al-Asy'ari Mazhab Usuluddinku, Imam Asy-Syafi'i Mazhab Fiqhku, Imam Junaid Al-Baghdadi Mazhab Tasawwufku)
Halaman
▼
Isnin, 31 Oktober 2011
Khamis, 27 Oktober 2011
Selasa, 25 Oktober 2011
Bidayatul Hidayah - Syaikh Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaluddin
Kitab ini dialih tulisan Jawi kepada Rumi atas cadangan sahabat kita dari Alor Setar Kedah iaitu Amirruddin Bin Jaafar.
Inilah Kitab Yang Bernama
Permulaan Jalan Hidayah
Syarah Matan Ummul Barahin Dengan Bahasa Melayu
Karangan Al-‘Allamah Al-Fadhil Tuan Asy-Syaikh
Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaluddin
Yang Adalah Ia Daripada Bangsa Acheh
01 Muqaddimah :- Muat Turun
02 Pembukaan Bicara :- Muat Turun
03 Pengetahuan dan Hukum :- Muat Turun
04 Kewajipan Setiap Mukallaf Mengenal Allah : Muat Turun
05 Kewajipan Setiap Mukallaf Mengenal Para Rasul :- Muat Turun
---------------------
Bidayatul Hidayah

Sabtu, 22 Oktober 2011
Doa Untuk Ibu Bapa
دعاء بـر الوالدين لابن أبي الحبّ
Di dalam kitab Kanz an-Najaah wa as-Surur fi ad-Ad'iyah al-Ma`tsurah allati Tasyrah ash-Shuduur karyaal-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdul Hamid bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Qaadir al-Quddus al-Makki asy-Syafie disebutkan bahawa diantara perkara yang utama di lakukan di bulan Ramadhan adalah mendoakan kedua ibubapa pada setiap malam di bulan Ramadhan dengan Doa Birr al-Waalidain yang karang oleh al-Imam al-‘Arif Billah Muhammad bin Ahmad bin Yahya bin Abi al-Hibb at-Tarimi رضي الله عنه (wafat 611H, beliau adalah guru kepada al-Ustadz al-Adzom al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali Ba'Alawi). Marilah kita mengamalkannya
Teks PDF :- Muat Turun atau Muat Turun2
Mp3 :- Muat Turun
------

Isnin, 17 Oktober 2011
Miftah Al-Jannah - Al-'Alim Syaikh Muhammad Toyyib Ibn Mas’ud Al-Banjari
01 Miftahul Jannah (Keterangan Kalimah Bismillah dan Al-Hamdulillah) :- Muat Turun
02 Pembuka Kata Pengarang :- Muat Turun
03 Pembahagian Hukum :- Muat Turun
04 Kewajipan Setiap Mukallaf :- Muat Turun
05 Sifat-Sifat Allah Yang Wajib Diketahui :- Muat Turun
06 Dalil Wajib Allah Bersifat Ma’ani dan Ma’nawiyah :- Muat Turun
07 Sifat Yang Harus Bagi Allah :- Muat turun
----------------
Tuhfatur Raghibin - Asy-Syaikh Muhammad Arsyad Bin ‘Abdullah Al-Banjari
01 Tuhfatur Raghibin (muqaddimah):- Muat Turun
02 Pada Menyatakan Haqiqat Iman :- Muat Turun
Fasal Yang Kedua:
Pada Menyatakan Barang yang Membinasakan Iman
03 Takrif Riddah dan Riddah Dengan Perbuatan / I'tiqad / Bantahan / Bersenda-senda / daripada perkataan :- Muat Turun
04 Firqah-Firqah Yang Sesat Dalam 'Aqidah :- Muat Turun
--------
Ahad, 9 Oktober 2011
Haqiqat Asya'irah
1. Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
Di dalam tafsir Ibnu Kathir menyatakan:
Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami 'Umar ibnu Syaibah, telah menceritakan kepada kami 'Abdus Samad (yakni Ibnu 'Abdul Waris), telah menceritakan kepada kami Syu'bah, dari Sammak; ia pernah mendengar Iyad menceritakan hadis dari Abu Musa Al-Asy'ari yang mengatakan bahwa ketika ayat ini diturunkan, iaitu firman Allah Swt.:
فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ
"Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya." (AlMaidah: 54)
Maka Rasulullah Saw. bersabda:
هُمْ قَوْمُ هَذَا
"Mereka adalah dari kaum orang ini." (Riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)
ٍٍٍSambil Rasulullah mengisyaratkan tangannya kepada Abu Musa Al-Asy'ari, yakni dari penduduk Yaman)
Al-Hafiz Ibn Asakir meriwayatkan di dalam kitabnya bertajuk Tabyin Kadzibi Al-Muftari dan Al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya bertajuk Al-Mustadrak sebab turun ayat di atas:
"Tatkala turun ayat [فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ] , lalu Rasulullah bersabda: “Mereka kaummu wahai Abu Musa, dan Rasulullah menunjukkan dengan tangan Baginda kepada Abu Musa Al-Asy’ari.”
Imam Al-Hakim mengatakan hadits di atas sahih. Juga telah diriwayatkan oleh Al-Tabari di dalam tafsirnya, Al-Tabrani di dalam kitab Al-Mu’jam Al-Kabir, Ibn Sa’ad di dalam kitab Al-Tabaqat Al-Kubra, Al-Hafiz Al-Haitami di dalam kitab Mujma’ Al-Zawa’id (menurut Al-Hafiz Al-Haitami para perawi hadits tersebut adalah sahih) dan Ibn Abi Hatim.
Berkata Al-Imam Al-Qurtubi di dalam kitab tafsirnya jilid VI, halaman 220:
“Maka para pengikut Abu Al-Hasan Al-Asy’ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang nabi maka maksudnya ialah para pengikut.”
Berkata Ustaz Ahmad Faidzurrahim Bin Haji Mohd Alwi di dalam bukunya bertajuk “Syarah Akidah Mursyidah” mengenai hadits di atas:
“Hadits ini adalah busyra (berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asy’ariyyah dan Al-Maturidiyyah bahawa mereka sesuai dengan aqidah Rasulullah, maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikuti jalan mereka. Aqidah Al-Asy’ariyyah dan Al-Maturidiyyah adalah aqidah kaum Muslimin daripada kalangan Al-Salaf dan Al-Khalaf, aqidah para khalifah dan Sultan seperti Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih.”
2. Perhatikanlah hadits sahih di bawah ini:
حدثنا عبدان قال أخبرنا أبو حمزة عن الأعمش عن جامع بن شداد عن صفوان بن محرز عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قاَلَ إِنِّي عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذْ جَاءَهُ قَوْمٌ مِنْ بَنِي تَمِيْمٍ فَقَالَ اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا بَنِي تَمِيْمٍ قَالُوا بَشَّرْتَنَا فَأَعْطِنَا فَدَخَلَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ فَقَالَ اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا أَهْلَ الْيَمَنِ إِذْ لَمْ يَقْبَلْهَا بَنُو تَمِيْمٍ قَالُوا قَبِلْنَا جِئْنَاكَ لِنَتَفَقَّهَ فِي الدِّيْنِ وَلِنَسْأَلُكَ عَنْ أَوَّلُ هَذَا اْلأَمْرِ مَا كَانَ قَالَ كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ قَبْلَهُ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضَ وَكَتَبَ فِي الذِّكْرِ كُلَّ شَيْءٍ.
Imran bin Hushain berkata: “Aku berada bersama Nabi j, tiba-tiba datang sekelompok dari golongan Bani Tamim (penduduk Najd). Nabi j berkata kepada mereka: “Terimalah khabar gembira wahai Bani Tamim!” Mereka menjawab: “Engkau telah memberi kami khabar gembira kepada kami, oleh kerana iu berilah kami (harta benda)!” Lalu datanglah orang-orang dari penduduk Yaman. Nabi j berkata kepada mereka: “Terimalah khabar gembira wahai penduduk Yaman, kerana Bani Tamim tidak mahu menerimanya!” Penduduk Yaman menjawab: “ Kami menerima khabar gembira itu wahai Rasulullah dengan senang hati. Kami datang kemari untuk mempelajari ilmu agama dan untuk menanyakan perihal permulaan apa yang ada di dunia ini!” Nabi j menjawab: “Allah itu ada, pada saat sesuatu apa pun belum ada. ‘ArasyNya di atas air. Kemudian Allah menciptakan langit dan bumi dan mencatat segala sesuatu di Lauh Mahfudz.” (HR Al-Bukhari: 6868)
Al-Imam Al-Hafiz Al-Baihaqi berkata: “Pertanyaan penduduk Yaman kepada Nabi j tersebut, menjadi bukti bahawa kajian tentang ilmu aqidah dan barunya alam telah menjadi warisan keluarga Al-Asy’ari dari keturunan mereka secara turun temurun.”
Inilah tanda akan lahir seorang ulama’ yang muktabar dalam ilmu tauhid dari golongan Al-Asy’ari (Abu Musa Al-Asy’ari) yang akan menjadi pemimpin Ahlu Sunnah wal jama’ah dalam memahami dan mempertahankan aqidah yang diajar oleh Nabi dan para sahabatnya iaitu Al-Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari.
Tekh hadits di atas memberikan gambaran yang sangat jelas bagi mereka yang mencari kebenaran, iaitu perbezaan antara penduduk Bani Tamim (Najd) dengan penduduk Yaman:
a. Penduduk Bani Tamim (Najd); mementingkan harta benda dan meminta kekayaan dunia dari Nabi serta tidak pedulikan ilmu agama.
b. Penduduk Yaman; memiliki hati sangat lembut dan sangat halus, mudah menerima dan mematuhi kebenaran serta mementingkan ilmu agama daripada harta benda (kekayaan dunia). Ini berdasarkan beberapa hadits Nabi:
1. Rasulullah bersabda:
“Orang-orang Yaman telah datang. Mereka itu adalah orang-orang yang hatinya sangat lubnak. Keimanan itu ada pada orang Yaman. Fiqh itu ada pada orang Yaman, dan hikmah itu pun ada pada orang Yaman.”
2. Di dalam kitab Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim, Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda:
“Telah datang kepada kamu penduduk Yaman. Mereka adalah orang-orang yang paling halus sanubarinya dan paling lembut hatinya, iman dan hikmah ada di Yaman.”
3. Diriwayatkan Imam Ahmad di dalam Musnadnya, Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda:
“Iman itu di Yaman dan hikmat itu ada di Yaman. Aku mendapati nafas (rahmat) Allah dari arah Yaman.”
4. Diriwayatkan oleh Iman Ar-Razi, Sayyidina Ibnu ‘Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang susah memperoleh pegangan, hendaklah dia ke arah sini, Rasulullah menunjuk ke arah Yaman.”
3. Pandangan Para Ulama’ Mengenai Kebenaran Manhaj Ahli Sunnah Yang Dipelopori Oleh Imam Al-Asy’ari dan Imam Al-Maturidi
1. Telah berkata Imam Al-Subki di dalam kitabnya Al-Tabaqat Jilid 2 hlmn 253 :
“Dan ketahuilah bahawa Abu Al-Hasan Al-Asy’ari tidak mengada-adakan satu pandangan dan tidak membuat satu mazhab, beliau ialah seorang penyokong pada aliran-aliran salaf.”
2. Al-Qadhi Syaikh Taj Ad-Din Abdul Wahab Al-Subki di dalam kitabnya Mueidu Al-Niam Wa Mubidu Al-Miqom :
“Mereka yang bermazhab Hanafi, Syafi’i, Maliki dan Fudhala Al-Hanabilah (Al-Hanbali), mereka semua berpegangan dengan aqidah yang satu, semuanya berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah, mempercayai Allah Ta’ala mengikut cara yang disediakan oleh Abu Hasan Al-Asy’ari.
3. Berkata Syaikh Muhammad Al-Hut Al-Bairuty di dalam kitab Al-Duraru Al-Wadhiah fi Tauhid Rabbi Al-Bariyyah, hlm 77-78:
“Al-Malikiyyah, Syafi’iyyah adalah beraliran Asy’ari dan imam mereka ialah Abu Hasan Al-Asy’ari daripada keturunan Abu Musa Al-Asy’ari, manakala Al-Hanafiyyah beraliran Al-Maturidiyyah dan imam mereka ialah Abu Mansur Al-Maturidi, kedua-dua imam ini ialah imam Ahli Sunnah wal Jama’ah.”
4. Berkata Syaikh Ibn ‘Abidin Al-Hanafi di dalam kitab Raddu Al-Mukhtar ‘ala Al-Durri Al-Mukhtar:
“Ahli Sunnah wal Jama’ah ialah Al-Asy’irah dan Al-Maturidiyyah.”
5. Telah berkata Syaikh ‘Abdullah Al-‘Aidrus Al-Akhbar di dalam kitab Al-Kibrit Al-Ahmar:
“Pegangan kami adalah pegangan Al-Asya’irah, dan mazhab kami adalah Syafi’iyyah berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah.”
6. Berkata Sayyid Murtadha Al-Zabidi pengarang kitab Ittihaf Al-Saadah Al- Muttaqin (Jld 2 H: 8), syarahan bagi kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali :
إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ فَالْمُرَادُ بِهِ اْلأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ.
“Apabila disebut Ahli Sunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah fahaman atau fatwa yang diajar oleh Imam Al-Asy’ari dan Al-Maturidiyah.”
7. Syaikh Al-Islam ‘Izzuddin Ibnu ‘Abdul Salam pernah menyebut:
“Aqidah Abu Al-Hasan Al-‘Asy’ari terhimpun di dalamnya ulama’ Mazhab Syafi’i, Maliki, Hanafi dan Hanbali.”
8. Syaikh Muhammad Al-‘Arabi Al-Tabbani , Syaikh Mazhab Maliki di Masjidil Al-Haram, Makkah Al-Mukarramah menyatakan:
“Ahli-ahli terkemuka selepas Abu Al-Hasan Al-Asy’ari hingga ke zaman ini merupakan pengikut Mazhab Al-Asya’irah, kitab-kitab tarikh dan tobaqat (kitab biografi para ulama’ terkemuka) juga menuturkannya.”
9. Abu ‘Abdullah Al-Talib ibn Hamdun Al-Maliki menulis di dalam Hasyiahnya mengenai Al-Asya’ari :
“Beliau merupakan orang pertama yang menumpukan penulisan tentang ‘aqidah Ahli Sunnah, menyimpulkannya dan mempertahankannya daripada sebarang keraguan dan kesamaran serta membatalkan dakwaan pembangkang.”
10. Berkata Al-Imam Syaikhul Islam Al-Quthub Al-Habib ‘Abdullah ibn ‘Alawi Al-Haddad Ba’alawi Al-Hadhrami Asy-Syafi’i Al-Husaini di dalam kitab Risalah Al-Mu’awanah wa Al-Muzahirah wa Al-Muazirah :
“Perbaiki dan luruskanlah aqidahmu dengan berpegang pada manhaj Al-Firqoh An-Najiyah (kumpulan yang terselamat) yang dalam Islam dikenal dengan nama Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah orang-orang yang berpegang teguh pada ajaran Rasulullah j dan para sahabatnya. Jika kamu teliti Al-Kitab dan As-Sunnah yang berisi ilmu-ilmu keimanan dengan pemahaman yang benar dan hati yang selamat (salim) serta kamu pelajari perjalanan hidup para salaf yang solih dari kalangan sahabat dan tabi’in, maka kamu akan mengetahui secara yakin bahawa kebenaran ada pada golongan Al-Asy’ariyyah yang dinisbahkan kepada Syaikh Abil Hasan Al-Asy’ari . Beliau telah menyusun ‘aqidah Ahlil Haq beserta dalil-dalilnya. Itulah ‘aqidah yang diakui (disepakati) oleh para sahabat dan tabi’in. Itulah ‘aqidah Ahlil Haq di setiap zaman dan tempat. Itulah ‘aqidah seluruh Ahlil Haq di setiap zaman dan tempat. Itulah ‘aqidah seluruh kaum sufi (tasawwuf), sebagaimana disebutkan oleh Abul Qosim Al-Qusyairi pada awal penulisan kitabnya Ar-Risalah. Dan Al-Hamdulillah, ia merupakan ‘aqidah kami dan ‘aqidah saudara-saudara kami dari kalangan ketua-ketua keturunan Sayyiduna Husain yang terkenal dengan keluarga Ba’lawi . Itulah juga ‘aqidah para salaf kami semenjak zaman Rasulullah j hingga ke hari ini.” Habib ‘Abdullah Al-Haddad berkata dalam syairnya:
“Dan hendaklah kamu menjadi Asy’ari pada ‘aqidah kamu kerana sesungguhnya ia; adalah aliran yang bersih daripada penyelewengan dan kekufuran.”
11. Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:
Dhoha- Al-Allamah As-Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya Asy-Syafi’i dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.
Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Syaikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’i dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.
Siapakah Al-Imam Abu Hasan Al-Asy’ari ?
Nama penuhnya adalah Abu Al-Hasan ‘Ali ibn Isma’il ibn Abi Bisyr Ishaq ibn Salim ibn Isma’il ibn ‘Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abi Burdah ‘Amir ibn Abu Musa ‘Abdullah ibn Qais Al-Asy’ari.
Nama Al-Asy’ari merupakan nisbah terhadap Asy’ar, nama seorang lelaki dari suku Qahthan yang kemudian menjadi nama suku dan tinggal di Yaman. Dari suku Asy’ar ini lahir seorang sahabat terkemuka, dikenal sangat alim sehingga termasuk salah satu fuqaha’ di kalangan para sahabat Nabi dan mempunyai suara yang lunak serta mampu membaca Al-Qur’an dengan baik sehingga orang akan menangis mendengar bacaannya yang khusyu’ dan merendahkan diri iaitu Abu Musa ‘Abdullah ibn Qais Al-Asy’ari yang dilahirkan pada 22 tahun sebelum hijrah dan wafat pada tahun 44 hijrah / 665Masihi .
Bahawa Rasulullah mendengar bacaan Al-Qur’an yang dibaca oleh Abu Musa Al-Asy’ari, lalu bersabda : “Sesungguhnya dia telah diberikan satu seruling daripada seruling-seruling keluarga Nabi Daud.”
Abu Musa pernah dipilih dalam peristiwa Tahkim, sebagai wakil kumpulan Sayyiduna ‘Ali ibn Abu Tolib untuk bertemu dengan ‘Amru Al-‘As yang menjadi wakil kumpulan Mu’awiyah.
bersambung ...................
--------------------

Sabtu, 1 Oktober 2011
Ta’limul Muta’allim Al-Jawi - Haji Ahmad Bin Haji Qasim Paya Rumput Melaka
Senaskhah RM 30.00
Ini Kitab
Ta’lim Al-Muta’allim Al-Jawi
Yang Menterjemahkan Dia Oleh :
Haji Ahmad Ibn Haji Qasim Paya Rumput Melaka
01 Ta’limul Muta’allim Al-Jawi (Muqaddimah Penterjemah) :- Muat Turun
02 Ta’limul Muta’allim Al-Jawi (Muqaddimah Pengarang) :- Muat Turun
03 Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Haqiqat Ilmu dan Fiqh dan Kelebihannya:- Muat Turun
Kitab Jawi (Scan):
(Scan) Ta’limul Muta’allim Al-Jawi :- Muat Turun
------------