Halaman

Khamis, 15 Disember 2011

Solawat Syifa'

Solawat Syifa' (PDF):- Muat Turun


Prof. dato' Dr. Haron Din (1940 - )


Dr. Harun Din - Penjelasan Tentang Solawat Syifa' & Tafrijiyyah :- Muat Turun



---------

Khamis, 24 November 2011

Doa Bulan Muharram (Doa Akhir Tahun & Awal Tahun)

01 Doa Akhir dan Awal Tahun :- Muat Turun
02 Doa Awal Muharram (Doa Nabi Khidir yang telah diajar kepada Imam Al-Ghazali) :- Muat Turun
03 Doa Sepanjang 10 Muharram yang pertama:- Muat Turun



---

Selasa, 15 November 2011

Kuliah Al-Fadhil Ustaz Shukeri Najib 'Abd Rahim al-Bidori al-Tontowi

Jom pi kuliah! Kepada warga melaka datanglah beramai-ramai kuliah yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shukeri Najib 'Abd Rahim Al-Azhari Ar-Rawi, huraian dari kitab fikah Al-Jawahirus Saniyyah (Syeikh Daud Al-Fatoni) dan kitab Al-Jauharul Mauhub (Syeikh 'Ali Abdur Rahman Al-Kelantani). Kuliah MAGHRIB SETIAP Hari SELASA, bertempat Di Surau Taman Desa Duyong. Datang jangan tak datang...

Isnin, 31 Oktober 2011

DOA PENAWAR ANGIN AHMAR

Inilah Doa Penawar Angin Ahmar yang tertera di dalam kitab bertajuk Duru’ Al-Wiqayah bi Ahzab Al-Himayah oleh Al-‘Arif Billah Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Muhaddits Prof. Dr. Al-Habib As-Sayyid Muhammad Bin ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Idrisi  (Ulama’ Besar Makkah).


PDF Doa Penawar Angin Ahmar :- Muat Turun

mp3:- Muat Turun






------------------

Selasa, 25 Oktober 2011

Bidayatul Hidayah - Syaikh Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaluddin

Kitab ini dialih tulisan Jawi kepada Rumi atas cadangan sahabat kita dari Alor Setar Kedah iaitu Amirruddin Bin Jaafar.


Inilah Kitab Yang Bernama
Permulaan Jalan Hidayah
Syarah Matan Ummul Barahin Dengan Bahasa Melayu
Karangan Al-‘Allamah Al-Fadhil Tuan Asy-Syaikh
Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaluddin
Yang Adalah Ia Daripada Bangsa Acheh



01 Muqaddimah :- Muat Turun
02 Pembukaan Bicara :- Muat Turun
03 Pengetahuan dan Hukum :- Muat Turun
04 Kewajipan Setiap Mukallaf Mengenal Allah : Muat Turun
05 Kewajipan Setiap Mukallaf Mengenal Para Rasul :- Muat Turun



---------------------

Bidayatul Hidayah

------------------

Sabtu, 22 Oktober 2011

Doa Untuk Ibu Bapa

دعاء بـر الوالدين لابن أبي الحبّ

Di dalam kitab Kanz an-Najaah wa as-Surur fi ad-Ad'iyah al-Ma`tsurah allati Tasyrah ash-Shuduur karyaal-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdul Hamid bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Qaadir al-Quddus al-Makki asy-Syafie disebutkan bahawa diantara perkara yang utama di lakukan di bulan Ramadhan adalah mendoakan kedua ibubapa pada setiap malam di bulan Ramadhan dengan Doa Birr al-Waalidain yang karang oleh al-Imam al-‘Arif Billah Muhammad bin Ahmad bin Yahya bin Abi al-Hibb at-Tarimi رضي الله عنه (wafat 611H, beliau adalah guru kepada al-Ustadz al-Adzom al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali Ba'Alawi). Marilah kita mengamalkannya



Teks PDF :- Muat Turun atau Muat Turun2

Mp3 :- Muat Turun


------

Isnin, 17 Oktober 2011

Miftah Al-Jannah - Al-'Alim Syaikh Muhammad Toyyib Ibn Mas’ud Al-Banjari







01 Miftahul Jannah (Keterangan Kalimah Bismillah dan Al-Hamdulillah) :- Muat Turun
02 Pembuka Kata Pengarang :- Muat Turun
03 Pembahagian Hukum :- Muat Turun
04 Kewajipan Setiap Mukallaf :- Muat Turun
05 Sifat-Sifat Allah Yang Wajib Diketahui :- Muat Turun

06 Dalil Wajib Allah Bersifat Ma’ani dan Ma’nawiyah :- Muat Turun
07 Sifat Yang Harus Bagi Allah :- Muat turun






----------------

Tuhfatur Raghibin - Asy-Syaikh Muhammad Arsyad Bin ‘Abdullah Al-Banjari





01 Tuhfatur Raghibin (muqaddimah):- Muat Turun
02 Pada Menyatakan Haqiqat Iman :- Muat Turun

Fasal Yang Kedua:
Pada Menyatakan Barang yang Membinasakan Iman


03 Takrif Riddah dan Riddah Dengan Perbuatan / I'tiqad / Bantahan / Bersenda-senda / daripada perkataan :- Muat Turun
04 Firqah-Firqah Yang Sesat Dalam 'Aqidah :- Muat Turun




--------

Ahad, 9 Oktober 2011

Haqiqat Asya'irah

1. Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

Di dalam tafsir Ibnu Kathir menyatakan:

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami 'Umar ibnu Syaibah, telah menceritakan kepada kami 'Abdus Samad (yakni Ibnu 'Abdul Waris), telah menceritakan kepada kami Syu'bah, dari Sammak; ia pernah mendengar Iyad menceritakan hadis dari Abu Musa Al-Asy'ari yang mengatakan bahwa ketika ayat ini diturunkan, iaitu firman Allah Swt.:

فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ

"Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya." (AlMaidah: 54)

Maka Rasulullah Saw. bersabda:

هُمْ قَوْمُ هَذَا

"Mereka adalah dari kaum orang ini." (Riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)
ٍٍٍSambil Rasulullah mengisyaratkan tangannya kepada Abu Musa Al-Asy'ari, yakni dari penduduk Yaman)

Al-Hafiz Ibn Asakir meriwayatkan di dalam kitabnya bertajuk Tabyin Kadzibi Al-Muftari dan Al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya bertajuk Al-Mustadrak sebab turun ayat di atas:

"Tatkala turun ayat [فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ] , lalu Rasulullah bersabda: “Mereka kaummu wahai Abu Musa, dan Rasulullah menunjukkan dengan tangan Baginda kepada Abu Musa Al-Asy’ari.”

Imam Al-Hakim mengatakan hadits di atas sahih. Juga telah diriwayatkan oleh Al-Tabari di dalam tafsirnya, Al-Tabrani di dalam kitab Al-Mu’jam Al-Kabir, Ibn Sa’ad di dalam kitab Al-Tabaqat Al-Kubra, Al-Hafiz Al-Haitami di dalam kitab Mujma’ Al-Zawa’id (menurut Al-Hafiz Al-Haitami para perawi hadits tersebut adalah sahih) dan Ibn Abi Hatim.

Berkata Al-Imam Al-Qurtubi di dalam kitab tafsirnya jilid VI, halaman 220:

“Maka para pengikut Abu Al-Hasan Al-Asy’ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang nabi maka maksudnya ialah para pengikut.”


Berkata Ustaz Ahmad Faidzurrahim Bin Haji Mohd Alwi di dalam bukunya bertajuk “Syarah Akidah Mursyidah” mengenai hadits di atas:

“Hadits ini adalah busyra (berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asy’ariyyah dan Al-Maturidiyyah bahawa mereka sesuai dengan aqidah Rasulullah, maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikuti jalan mereka. Aqidah Al-Asy’ariyyah dan Al-Maturidiyyah adalah aqidah kaum Muslimin daripada kalangan Al-Salaf dan Al-Khalaf, aqidah para khalifah dan Sultan seperti Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih.”


2. Perhatikanlah hadits sahih di bawah ini:

حدثنا عبدان قال أخبرنا أبو حمزة عن الأعمش عن جامع بن شداد عن صفوان بن محرز عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قاَلَ إِنِّي عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذْ جَاءَهُ قَوْمٌ مِنْ بَنِي تَمِيْمٍ فَقَالَ اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا بَنِي تَمِيْمٍ قَالُوا بَشَّرْتَنَا فَأَعْطِنَا فَدَخَلَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ فَقَالَ اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا أَهْلَ الْيَمَنِ إِذْ لَمْ يَقْبَلْهَا بَنُو تَمِيْمٍ قَالُوا قَبِلْنَا جِئْنَاكَ لِنَتَفَقَّهَ فِي الدِّيْنِ وَلِنَسْأَلُكَ عَنْ أَوَّلُ هَذَا اْلأَمْرِ مَا كَانَ قَالَ كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ قَبْلَهُ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضَ وَكَتَبَ فِي الذِّكْرِ كُلَّ شَيْءٍ.

Imran bin Hushain  berkata: “Aku berada bersama Nabi j, tiba-tiba datang sekelompok dari golongan Bani Tamim (penduduk Najd). Nabi j berkata kepada mereka: “Terimalah khabar gembira wahai Bani Tamim!” Mereka menjawab: “Engkau telah memberi kami khabar gembira kepada kami, oleh kerana iu berilah kami (harta benda)!” Lalu datanglah orang-orang dari penduduk Yaman. Nabi j berkata kepada mereka: “Terimalah khabar gembira wahai penduduk Yaman, kerana Bani Tamim tidak mahu menerimanya!” Penduduk Yaman menjawab: “ Kami menerima khabar gembira itu wahai Rasulullah dengan senang hati. Kami datang kemari untuk mempelajari ilmu agama dan untuk menanyakan perihal permulaan apa yang ada di dunia ini!” Nabi j menjawab: “Allah itu ada, pada saat sesuatu apa pun belum ada. ‘ArasyNya di atas air. Kemudian Allah menciptakan langit dan bumi dan mencatat segala sesuatu di Lauh Mahfudz.” (HR Al-Bukhari: 6868)

Al-Imam Al-Hafiz Al-Baihaqi berkata: “Pertanyaan penduduk Yaman kepada Nabi j tersebut, menjadi bukti bahawa kajian tentang ilmu aqidah dan barunya alam telah menjadi warisan keluarga Al-Asy’ari dari keturunan mereka secara turun temurun.”

Inilah tanda akan lahir seorang ulama’ yang muktabar dalam ilmu tauhid dari golongan Al-Asy’ari (Abu Musa Al-Asy’ari) yang akan menjadi pemimpin Ahlu Sunnah wal jama’ah dalam memahami dan mempertahankan aqidah yang diajar oleh Nabi dan para sahabatnya iaitu Al-Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari.

Tekh hadits di atas memberikan gambaran yang sangat jelas bagi mereka yang mencari kebenaran, iaitu perbezaan antara penduduk Bani Tamim (Najd) dengan penduduk Yaman:

a. Penduduk Bani Tamim (Najd); mementingkan harta benda dan meminta kekayaan dunia dari Nabi serta tidak pedulikan ilmu agama.
b. Penduduk Yaman; memiliki hati sangat lembut dan sangat halus, mudah menerima dan mematuhi kebenaran serta mementingkan ilmu agama daripada harta benda (kekayaan dunia). Ini berdasarkan beberapa hadits Nabi:

1. Rasulullah bersabda:

“Orang-orang Yaman telah datang. Mereka itu adalah orang-orang yang hatinya sangat lubnak. Keimanan itu ada pada orang Yaman. Fiqh itu ada pada orang Yaman, dan hikmah itu pun ada pada orang Yaman.”

2. Di dalam kitab Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim, Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda:

“Telah datang kepada kamu penduduk Yaman. Mereka adalah orang-orang yang paling halus sanubarinya dan paling lembut hatinya, iman dan hikmah ada di Yaman.”

3. Diriwayatkan Imam Ahmad di dalam Musnadnya, Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda:

“Iman itu di Yaman dan hikmat itu ada di Yaman. Aku mendapati nafas (rahmat) Allah dari arah Yaman.”

4. Diriwayatkan oleh Iman Ar-Razi, Sayyidina Ibnu ‘Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang susah memperoleh pegangan, hendaklah dia ke arah sini, Rasulullah menunjuk ke arah Yaman.”

3. Pandangan Para Ulama’ Mengenai Kebenaran Manhaj Ahli Sunnah Yang Dipelopori Oleh Imam Al-Asy’ari dan Imam Al-Maturidi

1. Telah berkata Imam Al-Subki di dalam kitabnya Al-Tabaqat Jilid 2 hlmn 253 :
“Dan ketahuilah bahawa Abu Al-Hasan Al-Asy’ari tidak mengada-adakan satu pandangan dan tidak membuat satu mazhab, beliau ialah seorang penyokong pada aliran-aliran salaf.”

2. Al-Qadhi Syaikh Taj Ad-Din Abdul Wahab Al-Subki di dalam kitabnya Mueidu Al-Niam Wa Mubidu Al-Miqom :
“Mereka yang bermazhab Hanafi, Syafi’i, Maliki dan Fudhala Al-Hanabilah (Al-Hanbali), mereka semua berpegangan dengan aqidah yang satu, semuanya berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah, mempercayai Allah Ta’ala mengikut cara yang disediakan oleh Abu Hasan Al-Asy’ari.

3. Berkata Syaikh Muhammad Al-Hut Al-Bairuty di dalam kitab Al-Duraru Al-Wadhiah fi Tauhid Rabbi Al-Bariyyah, hlm 77-78:

“Al-Malikiyyah, Syafi’iyyah adalah beraliran Asy’ari dan imam mereka ialah Abu Hasan Al-Asy’ari daripada keturunan Abu Musa Al-Asy’ari, manakala Al-Hanafiyyah beraliran Al-Maturidiyyah dan imam mereka ialah Abu Mansur Al-Maturidi, kedua-dua imam ini ialah imam Ahli Sunnah wal Jama’ah.”

4. Berkata Syaikh Ibn ‘Abidin Al-Hanafi di dalam kitab Raddu Al-Mukhtar ‘ala Al-Durri Al-Mukhtar:

“Ahli Sunnah wal Jama’ah ialah Al-Asy’irah dan Al-Maturidiyyah.”

5. Telah berkata Syaikh ‘Abdullah Al-‘Aidrus Al-Akhbar di dalam kitab Al-Kibrit Al-Ahmar:

“Pegangan kami adalah pegangan Al-Asya’irah, dan mazhab kami adalah Syafi’iyyah berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah.”

6. Berkata Sayyid Murtadha Al-Zabidi  pengarang kitab Ittihaf Al-Saadah Al- Muttaqin (Jld 2 H: 8), syarahan bagi kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali :

إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ فَالْمُرَادُ بِهِ اْلأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ.

“Apabila disebut Ahli Sunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah fahaman atau fatwa yang diajar oleh Imam Al-Asy’ari dan Al-Maturidiyah.”

7. Syaikh Al-Islam ‘Izzuddin Ibnu ‘Abdul Salam pernah menyebut:

“Aqidah Abu Al-Hasan Al-‘Asy’ari terhimpun di dalamnya ulama’ Mazhab Syafi’i, Maliki, Hanafi dan Hanbali.”

8. Syaikh Muhammad Al-‘Arabi Al-Tabbani , Syaikh Mazhab Maliki di Masjidil Al-Haram, Makkah Al-Mukarramah menyatakan:

“Ahli-ahli terkemuka selepas Abu Al-Hasan Al-Asy’ari hingga ke zaman ini merupakan pengikut Mazhab Al-Asya’irah, kitab-kitab tarikh dan tobaqat (kitab biografi para ulama’ terkemuka) juga menuturkannya.”

9. Abu ‘Abdullah Al-Talib ibn Hamdun Al-Maliki  menulis di dalam Hasyiahnya mengenai Al-Asya’ari :

“Beliau merupakan orang pertama yang menumpukan penulisan tentang ‘aqidah Ahli Sunnah, menyimpulkannya dan mempertahankannya daripada sebarang keraguan dan kesamaran serta membatalkan dakwaan pembangkang.”

10. Berkata Al-Imam Syaikhul Islam Al-Quthub Al-Habib ‘Abdullah ibn ‘Alawi Al-Haddad Ba’alawi Al-Hadhrami Asy-Syafi’i Al-Husaini di dalam kitab Risalah Al-Mu’awanah wa Al-Muzahirah wa Al-Muazirah :

“Perbaiki dan luruskanlah aqidahmu dengan berpegang pada manhaj Al-Firqoh An-Najiyah (kumpulan yang terselamat) yang dalam Islam dikenal dengan nama Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah orang-orang yang berpegang teguh pada ajaran Rasulullah j dan para sahabatnya. Jika kamu teliti Al-Kitab dan As-Sunnah yang berisi ilmu-ilmu keimanan dengan pemahaman yang benar dan hati yang selamat (salim) serta kamu pelajari perjalanan hidup para salaf yang solih dari kalangan sahabat dan tabi’in, maka kamu akan mengetahui secara yakin bahawa kebenaran ada pada golongan Al-Asy’ariyyah yang dinisbahkan kepada Syaikh Abil Hasan Al-Asy’ari . Beliau telah menyusun ‘aqidah Ahlil Haq beserta dalil-dalilnya. Itulah ‘aqidah yang diakui (disepakati) oleh para sahabat dan tabi’in. Itulah ‘aqidah Ahlil Haq di setiap zaman dan tempat. Itulah ‘aqidah seluruh Ahlil Haq di setiap zaman dan tempat. Itulah ‘aqidah seluruh kaum sufi (tasawwuf), sebagaimana disebutkan oleh Abul Qosim Al-Qusyairi  pada awal penulisan kitabnya Ar-Risalah. Dan Al-Hamdulillah, ia merupakan ‘aqidah kami dan ‘aqidah saudara-saudara kami dari kalangan ketua-ketua keturunan Sayyiduna Husain  yang terkenal dengan keluarga Ba’lawi . Itulah juga ‘aqidah para salaf kami semenjak zaman Rasulullah j hingga ke hari ini.” Habib ‘Abdullah Al-Haddad berkata dalam syairnya:

“Dan hendaklah kamu menjadi Asy’ari pada ‘aqidah kamu kerana sesungguhnya ia; adalah aliran yang bersih daripada penyelewengan dan kekufuran.”


11. Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:

Dhoha- Al-Allamah As-Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya Asy-Syafi’i dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Syaikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’i dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.


Siapakah Al-Imam Abu Hasan Al-Asy’ari ?

Nama penuhnya adalah Abu Al-Hasan ‘Ali ibn Isma’il ibn Abi Bisyr Ishaq ibn Salim ibn Isma’il ibn ‘Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abi Burdah ‘Amir ibn Abu Musa ‘Abdullah ibn Qais Al-Asy’ari.

Nama Al-Asy’ari merupakan nisbah terhadap Asy’ar, nama seorang lelaki dari suku Qahthan yang kemudian menjadi nama suku dan tinggal di Yaman. Dari suku Asy’ar ini lahir seorang sahabat terkemuka, dikenal sangat alim sehingga termasuk salah satu fuqaha’ di kalangan para sahabat Nabi dan mempunyai suara yang lunak serta mampu membaca Al-Qur’an dengan baik sehingga orang akan menangis mendengar bacaannya yang khusyu’ dan merendahkan diri iaitu Abu Musa ‘Abdullah ibn Qais Al-Asy’ari yang dilahirkan pada 22 tahun sebelum hijrah dan wafat pada tahun 44 hijrah / 665Masihi .

Bahawa Rasulullah mendengar bacaan Al-Qur’an yang dibaca oleh Abu Musa Al-Asy’ari, lalu bersabda : “Sesungguhnya dia telah diberikan satu seruling daripada seruling-seruling keluarga Nabi Daud.”

Abu Musa pernah dipilih dalam peristiwa Tahkim, sebagai wakil kumpulan Sayyiduna ‘Ali ibn Abu Tolib untuk bertemu dengan ‘Amru Al-‘As yang menjadi wakil kumpulan Mu’awiyah.





bersambung ...................




--------------------

Sabtu, 1 Oktober 2011

Ta’limul Muta’allim Al-Jawi - Haji Ahmad Bin Haji Qasim Paya Rumput Melaka




Senaskhah RM 30.00

Ini Kitab
Ta’lim Al-Muta’allim Al-Jawi
Yang Menterjemahkan Dia Oleh :
Haji Ahmad Ibn Haji Qasim Paya Rumput Melaka


01 Ta’limul Muta’allim Al-Jawi (Muqaddimah Penterjemah) :- Muat Turun
02 Ta’limul Muta’allim Al-Jawi (Muqaddimah Pengarang) :- Muat Turun
03 Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Haqiqat Ilmu dan Fiqh dan Kelebihannya:- Muat Turun




Kitab Jawi (Scan):

(Scan) Ta’limul Muta’allim Al-Jawi :- Muat Turun


------------

Selasa, 27 September 2011

Matan 'Aqidatul Mursyidah - Asy-Syaikh Fakhruddin Ibn ‘Asakir

Asy-Syaikh Al-Imam, Al-’Alim, Al-Qudwah, Al-Mufti, Syaikhusy Syafi’iyyah, Fakhruddin, Abu Mansyur 'Abdur Rahman bin Muhammad bin Al-Hasan bin Hibatullah bin 'Abdullah Ad-Dimasyqiy, Asy-Syafi’i. Lahir 550 H. Abu Al-Midhaffar Al-Jauziy berkata : "Ia adalah ahli zuhud, ahli ibadah, ahli wara, pemberi penyelesaian dalam masalah ilmu dan ibadah, bagus akhlaknya, sedikit keinginannya terhadap dunia. Ia wafat pada bulan Rajab, 620 H."

Umar bin Al-Hajib berkata ; "Ia adalah salah satu Imam yang sangat trampil, bahkan salah satu dari Imam yang memiliki keutamaan dan kelebihan, termasuk guru besar Syafi’iyyah. Ia adalah ahli zuhud, tsiqah, mujtahid, banyak menangis (tafakkur), bagus akhlaknya, tinggi sikap tawadlu’nya, tidak fanatik dan kebanyakan waktunya digunakan untuk menyebarkan ilmu."

Al-Qushiy berkata : "Ia adalah ulama yang banyak menangis, mudah menitiskan air mata, tinggi sikap kewara’annya dan kekhusu’annya, sangat-sangat tawadlu’ dan rendah diri, banyak melakukan shalat tahajjud, begitu jelas keilmuannya dalam dibidang ushul dan furu’, Ia di makamkan disamping gurunya al-Quthb."

Pada masa itu juga wafat ; Syaikh Muwaffaquddin Al-Maqdisiy, Ahmad bin Dhafar bin Hubairah, Shalih bin Al-Qasim bin Kawwr, Al-Husain bin Yahya bin Abi Ar-Raddad Al-Mishriy, Akmal bin Abul Azhar Al-‘Alawiy Al-Kharkhiy, 'Abdussalam bin Al-Mubarak Al-Bardaghawiliy dan penguasa Maroko Yusuf bin Muhammad bin Ya’qub.

Sumber: http://ashhabur-royi.blogspot.com/2010/08/ad-dimasyqiy-asy-syafii-ulama.html



Matan 'Aqidatul Mursyidah mp3 :- Muat Turun

Matan 'Aqidatul Mursyidah (PDF) :- Muat Turun





-----

Syarah Bakuratul Amani - Al-‘Alim Al-‘Allamah Asy-Syeikh Isma’il Ibn ‘Abdul Qadir Al-Fatoni



Syeikh Isma’il Ibn ‘Abdul Qadir Al-Fatoni

Judul: Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني)

Kategori: Tauhid/Aqidah

Pengarang: al-‘Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani (lahir pada 1300H/1882M di Bendang Daya, Fathani dan wafat di Mekah pada 3 November 1965M ketika berusia 83 tahun)

Tarikh selesai dikarang: 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M

Kitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني), merupakan antara kitab tauhid yang terkenal di Tanah Melayu sehingga kini. Ianya ditulis oleh al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir bin Wan Musthafa, atau dikenali juga dengan nama Pak Da ‘El al-Fathani. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas, hanya kurang lebih 10 halaman namun isinya padat. Kitab ini ditulis oleh Pak Da ‘El sewaktu beliau berziarah ke negeri Kedah atas permintaan murid-muridnya. Ianya ditulis secara spontan, berdasarkan ingatan beliau sahaja. Tarikh kitab ini selesai di tulis adalah pada tahun 1335H/1916M atau tepatnya pada hari Sabtu 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M. Kitab ini pernah di cetak oleh Matba’ah al-Ikhwan, Singapura pada tahun 1918M.

Menurut ceritanya, sejarah penulisan kitab ini adalah dari permintaan muridnya yang bernama Haji Ahmad supaya Pak Da ‘El karangkan secara ringkas matan ilmu tauhid bagi memudahkan anaknya Mat Hasan yang masih memondok agar membantunya dalam memahami ilmu tauhid. Maka permintaan itu diperkenankan oleh Pak Da ‘El, dan terhasillah kitab yang terkenal ini.

Oleh kerana kitab ini ringkas dan padat isinya sehingga sesetengah orang kerana gagal dalam memahami ‘ibaratnya, bahkan dibangkang oleh sesetengah orang, maka Pak Da ‘El telah diminta pula supaya menulis syarah bagi kitab ini. Beliau kemudian menulisnya dan diberi judul Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani (تبصرة الأداني باءلحان باكورة الأماني), selesai ditulis pada 25 Muharram 1358H / 16 Mac 1936.

Kitab Bakurah al-Amani, sehingga kini diajarkan dipondok-pondok. Bahkan merupakan sebuah teks utama di dalam ilmu tauhid. Antara tuan guru yang mengajar kitab Bakurah: Tuan Guru Haji Ismail Spanjang, Tuan Guru Haji Salleh Sik, Tuan Guru Haji Zakaria dan ramai lagi






01 Tabshiratul Adani 1-3 (Muqaddimah) :- Muat Turun


Kitab Jawi (Scan)

01 Tabshiratul Adani (Scan) 01-10 :- Muat Turun


Tuan Guru Azahar bin Hashim Al-Hadrami

01 Syarah Bakuratul Amani




02 Kitab Tabshiratul Adaani Bi Alhaani Baakuuratil Amaanii


03 Kitab Tabshiratul Adaani Bi Alhaani Baakuuratil Amaanii


04 Kitab Tabshiratul Adaani Bi Alhaani Baakuuratil Amaanii


05 Kitab Tabshiratul Adaani Bi Alhaani Baakuuratil Amaanii


06 Kitab Tabshiratul Adaani Bi Alhaani Baakuuratil Amaanii








Tuan Guru Ahmad Ridhauddin bin Tuan Guru Haji ‘Abd Wahab

Sesi Pertama






Sesi Ke Empat 1




Sesi Ke Empat 2  


Sesi Ke Empat 3



Sesi Ke Lima 1/2



Sesi Ke Lima 2/2




Sesi Ke Enam 1/2



Sesi Ke Enam 2/2




Sesi Ke Tujuh 1/2 (06 September 2013)



Sesi Ke Tujuh 2/2 (06 September 2013)



Sesi Ke Lapan (06 September 2013)












-------

Jumaat, 9 September 2011

Syarah Matan Ummul Barahin - Ustaz Mohammad Elias Bin 'Abdul Jalil Al-Malaqawi

Biodata Ustaz Mohammad Elias Al-Malaqawi:-
1.Nama: Mohammad Elias b Abdul Jalil
2.Pendidikan: hinga tingkatan lima dan melanjutkan pelajaran di pondok.
3.Asal negeri Melaka
4.Sekarang: menjadi tenaga pengajar di Pondok Diniah Bakriah Terusan Limbat Pasir Tumbuh Kota Baharu Kelantan merangkap Timbalan Lujnah Pelajaran Madrasah tersebut. selanjutnya
5. Pondok Khairu Ummah, Naik yang dipertua - laman webnya : Klik
6. Laman Web : http://almalakawi.wordpress.com/
7. Syarah Matan Ummul Barahin :- Klik



Matan Ummul Barahin :- Klik

01 Muqaddimah :- Muat Turun
02 Permulaan Ilmu :- Muat Turun
03 Pengenalan Ilmu :- Muat Turun
04 Hukum Belajar Ilmu Tauhid :- Muat Turun
05 Tiga Cara Memperolehi Ilmu :- Muat Turun

06 Dalil/Keterangan Terbahagi Dua :- Muat Turun
07 Pengertian Hukum :- Muat Turun
08 Wajib Mengetahui Hukum Akal :- Muat Turun
09 Perkara Yang Wajib Atas Mukallaf :- Muat Turun
10 Peringatan :- Muat Turun

11 Sifat Allah Yang Wajib Diketahui :- Muat Turun
12 Sifat Yang Pertama Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
13 Sifat Yang Kedua Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
14 Sifat Yang Ketiga Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
15 Sifat Yang Keempat Wajib Bagi Allah :- Muat Turun

16 Sifat Yang Kelima Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
17 Sifat Yang Keenam Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
18 Perbahasan Sifat Nafsiyah dan Salbiyah :- Muat Turun
19 Tujuh Sifat Ma’ani :- Muat Turun
20 Sifat Yang Ketujuh Wajib Bagi Allah :- Muat Turun

21 Sifat Yang Kelapan Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
22 Sifat Yang Kesembilan Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
23 Sifat Yang Kesepuluh Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
24 Dalil Allah Bersifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat :- Muat Turun
25 Sifat Yang Kesebelas dan Kedua Belas Wajib Bagi Allah :- Muat Turun

26 Sifat Yang Ketiga Belas Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
27 Dalil Sama’ Bashar Kalam :- Muat Turun
28 Sifat Ma’nawiyah :- Muat Turun
29 Sifat Yang Harus Bagi Allah :- Muat Turun
30 Sifat Yang Wajib Bagi Sekalian Rasul :- Muat Turun

31 Sifat Yang Harus Bagi Rasul :- Muat Turun
32 Makna Dua Kalimah Syahadah :- Muat Turun
33 Perkara Yang Termasuk Dalam محمد رسول الله :- Muat Turun
34 Percaya Kepada Sekalian Nabi dan Rasul :- Muat Turun
35 Percaya Kepada Malaikat :- Muat Turun

36 Percaya Kepada Kitab :- Muat Turun
37 Percayakan Hari Kiamat :- Muat Turun
38 Makna محمد رسول الله :- Muat Turun
39 Penyudah :- Muat Turun






-------

Isnin, 5 September 2011

Haram Belajar Ilmu Usuluddin Daripada Orang Yang Tidak Mahir dan Tanda Orang Yang Sesat

Telah berkata ulama': "Haram belajar ilmu Usuluddin daripada orang yang tiada mahir ilmunya dan tiada mengambil daripada gurunya. Maka adalah pada zaman sekarang ini beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya 'alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan hamba Allah.

(Dan setengah) daripada mereka itu yang berpegang dengan ayat Qur'an yang Mutasyabihat atau Sunnah yang Mutasyabihat, pada hal tiada dilintangkan dengan qawathi' 'aqliyyah dan naqliyyah yang muhkamat tetapi mengambil mereka itu dengan zhawahir ayat yang mutasyabihat. Maka jadi jatuh mereka itu pada laut kuffur, maka sesat mereka itu dan menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. A'uzu Billah min zalik. Maka adalah mereka itu seperti dajjal atau terlebih jahat lagi daripada dajjal."

Sumber: Kitab 'Aqidatul Najin Fi 'Ilmi Ushuliddin - Asy-Syeikh Zainal 'Abidin Bin Muhammad Al-Fatoni (Tuan Minal)

*************

Berkata Al-Fadhil Muhyiddin Muhammad Ghazali ibn Haji 'Abdullah, di dalam kitabnya "Risalah Panduan Sifat Dua Puluh" halaman 2, iaitu:

"Adapun sebahagian pelajaran di zaman sekarang ini mengatakan bahawa sifat dua puluh itu adalah Falsafah Greek. Maka perkataan itu adalah keluar daripada perkataan orang yang terpengaruh dengan kebesaran dunia dan kemegahan dunia, jangan terpedaya dengan perkataan itu, itulah dia dajjal zamani namanya."

********************************

Berkata ‘Abdul ‘Aziz Bin Isma’il Al-Fatoni di dalam kitabnya "Al-Mishbahul Munir" halaman 3:

"Dan aku memohon kepada Allah pula bahawa menjadikan risalah ini perisai yang dapat mempertahankan dan dapat menolakkan akan segala ajaran-ajaran yang sesat yang menyesatkan orang awam, yang dibawa akan dia oleh orang-orang yang tidak sangkakan dengan jahilnya seperti ajaran-ajaran yang mengatakan tidak wajib belajar sifat-sifat dua puluh yang termasyhur itu dan ajaran-ajaran melihat Tuhan di dalam di dunia. Dan ajaran-ajaran yang memegang dengan zahir ayat mutasyabihat dan yang mengatakan Tuhan bertempat dan sebagainya daripada ajaran-ajaran Ahli Dholalah (ahli kesesatan). Dan aku pohon kepada Allah  pula bahawa menjadi akan dia satu simpanan yang baik bagiku dunia dan akhirat."

Isnin, 15 Ogos 2011

Status Ibu Bapa Nabi Muhammad




Ada orang yang mengatakan: “Bahawa kedua-dua ibubapa Nabi Muhammad dari kalangan orang-orang musyrikin dan berada di dalam neraka.” Apakah perkara ini benar?

Fatwa Dari Prof. Dr. ‘Ali Jumu’ah (Mufti Mesir):

01 Muqaddimah :- Muat Turun
02 Laknat Allah Ke Atas Orang Yang Menyakiti Rasulullah :- Muat Turun
03 Dalil-Dalil Nenek Moyang Nabi Adalah Ahli Fatrah dan Tidak Diazab
: Muat Turun
04 Dalil-Dalil Nenek Moyang Nabi Adalah Golongan Terpilih dan Terbaik :- Muat Turun
05 Dalil Dari Golongan Pembangkang :- Muat Turun

06 Jawapan Terhadap Dalil Golongan Pembangkang :- Muat Turun
07 Kesimpulan :- Muat Turun

---------------



Demikianlah barang yang menas akan dia oleh Syaikh Ibnu Hajar di dalam dua kitabnya “Zawajir” dan kitab “Al-‘A’lam” dan hamba hendak mendatang akan setengah nasnya atas jalan iktisor iaitu berkata ia:

Ertinya: “Maka setengah daripada yang demikian itu bahawasanya, barang siapa maki ia akan Nabi kita Muhammad j atau mencela ia akan dia atau mengaib ia akan dia atau menghubung ia dengan dia akan kekurangan pada dirinya atau pada nasabnya atau menyerupai ia akan dia dengan suatu atas jalan maki dan menghinakan atau mengkecil ia dengan kejadiannya dan pekerjaannya atau membangsa ia kepadanya akan barang yang tiada patut ia dengan pangkatnya atas jalan cerca akan dia dan menghina akan dia atau permain-main ia pada jihahnya yang mulia dengan perkataan yang hina atau mengharus ia akan bangkit nabi kemudian daripadanya atau mencita-cita ia akan dirinya jadi nabi kemudian daripadanya atau mensifat ia akan dia dengan bukan sifatnya atau berkata ia: “Bahawasanya dirinya diwahyu kepadanya.” dan jika tiada mengaku ia nabi sekalipun iaitu adalah ia jadi kafir dengan satu daripada barang yang tersebut itu dengan ijma’ sekalian ulama’ dan dihubung dengan nabi kita pada segala yang tersebut itu akan yang lain daripada nabi kita daripada segala anbiya’ yang muwafaqah (muafakat) ulama’ atas nubuwwah mereka itu.

(Hidayatul Mutafakkirin – Syaikh Husain Nashir ibn Toyyib Al-Mas’udil Banjari, ms 33)

***************************

Ada sebuah hadits berbunyi: 



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ


"Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menziarahi kubur ibunya, lalu beliau menangis sehingga orang yang berada di sekelilingnya pun ikut menangis. Kemudian beliau bersabda: "Saya memohon izin kepada Rabb-ku untuk memintakan ampunan baginya (ibu), namun tidak diperkenankan oleh-Nya, dan saya meminta izin untuk menziarahi kuburnya lalu diperkenankan oleh-Nya. Karena itu, berziarahlah kubur karena ia akan mengingatkan kalian akan kematian." (HR Muslim)

Dari hadis ini, sebagian berpendapat orang tua Rasulullah adalah kafir. Benarkah? Na'udzubillah
Telah sampai kepada saya dari Kiai Mahfudz Krembangan Surabaya, beliau menjadi murid Syaikh Yasin al Fadani di Makkah.

Ahli hadis Syaikh Yasin al Fadani berkata: "Allah tidak mengampuni ibu Nabi bukan karena kafir. Tetapi karena tidak punya dosa, karena sebagai Ahl Fatrah (masa tidak ada utusan Allah). Kalau tidak punya dosa, apanya yang mau diampuni? "



Oleh : M. Ma'ruf Khozin

















---


Khamis, 14 Julai 2011

Hadits dan Doa Berkaitan Malam Nishfu Sya'ban

Hadits 01: Muat Turun
Hadits 02 : Muat Turun


Doa Malam Nishfu Sya'ban
01 Doa Yang Masyhur:- Muat Turun
02 Doa Yang Afdhal :- Muat Turun
03 Doa Nabi Adam :- Muat Turun
04 Doa Al-Habib 'Abdullah Ibn 'Alawi Al-Haddad :- Muat Turun





-------

Ahad, 10 Julai 2011

Sabil Al-Muhtadin - Asy-Syeikh Muhammad Arsyad Bin ‘Abdullah Al-Banjari



Biodata Asy-Syeikh Muhammad Arsyad Bin ‘Abdullah Al-Banjari: Muat Turun atau Muat Turun

Sabilul Muhtadin

سَبِيْلُ الْمُهْتَدِيْنَ
لِلتَّفَقُّهِ فِي أَمْرِ الدِّيْنِ
اتس مذهب امام شافعى رضى الله عنه

Jalan Segala Mereka Yang Beroleh Petunjuk
Bagi Menghasilkan Pengetahuan Pada Pekerjaan Agama
ATAS MAZHAB IMAM SYAFI’I

Karangan :
كييى الامام العلامة الهمام الفهامة
الشيخ محمد أرشد بن عبد الله البنجارى رحمه الله تعالى
Kiyai Al-Imam Al-‘Allamah Al-Hammam Al-Fahhamah
Asy-Syeikh Muhammad Arsyad Bin ‘Abdullah Al-Banjari

Kitab Puasa

01 Takrif Puasa Dari Segi Bahasa dan Syara’, Dalil Disyariatkan Puasa: Muat Turun

02 Kedudukan Puasa, Sejarah dan Hukum Orang Ingkar Wajib Puasa Ramadhan, Adakah Berpuasa Di Bulan Ramadhan Tertentu Pada Umat Nabi Muhammad ?, Bulan Ramadhan Penghulu Segala Bulan:- Muat Turun





----

Isnin, 4 Julai 2011

Qasidah In Qiila Zurtum Bimaa Raja'tum (Allahumma Solli 'Ala Muhammad)

Qasidah Karangan Sayyid Ahmad al-Badawi ketika menziarahi Rasulullah.



Teks In Qiila Zurtum Bimaa Raja'tum :- Muat Turun


----

Jumaat, 3 Jun 2011

Qasidah Khairal Bariyyah



Teks Khairal Bariyyah :- Muat Turun

Teks Qul Ya 'Adzim, antal 'Adzim :- Muat Turun

----

Khamis, 26 Mei 2011

Rabu, 18 Mei 2011

Asma Ul-Husna




Asmaul Husna (PDF) :- Muat Turun

Qosidah Asmaul Husna_Habib Munzir Al Musawa








NASYID NAMA-NAMA TUHAN edited


ASMAULHUSNA Dvision.wmv


Asma Ul-Husna By Dr Ary Ginanjar Agustian (Astro Oasis)


ASMAULHUSNA LITTLE AISHA




---

Isnin, 9 Mei 2011

Kewajipan Mempelajari dan Mengajar Ilmu Tauhid (Ahli Sunnah wal Jama'ah)

Kata Ibnu Al-Qayyim: "Dan wajib atas ibu bapa bahawa adalah awal-awal barang yang diperdengarkan akan kanak-kanak itu ma'rifatullah dan tauhid akan Allah. Dan bahawa diajarkan kanak-kanak itu apabila berakal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus padaNya. Dan diajarkan pula bahawasanya Nabi Muhammad itu diperanakkan di Makkah dan dibangkitkan dia jadi Rasul pun di dalam negeri Makkah, kemudian berpindah ia ke Madinah dan wafat ia di dalam negeri Madinah jua. Dan namanya Muhammad anak 'Abdullah anak 'Abdul Muththolib anak Hasyim."

(Kitab 'Aqidatun Najin: ms 13)


Berkata Syeikh Wan 'Ali Kutan di dalamnya kitab Zahratul Murid:
"[Faedah] wajib atas wali mengajar akan kanak-kanaknya barang yang wajib dan yang mustahil dan yang harus bagi Allah dan bagi RasulNya, dan segala Qawa’idul Islam (قواعد الاسلام). Demikian lagi wajib atas suami mengajar akan isterinya dan makhdum (مخدوم) mengajar akan khadamnya dan penghulu mengajar akan hambanya akan demikian itu."


Berkata Al-'Allamah Muhammad Mukhtar ibn 'Atorid di dalam kitabnya Usuluddin I'tiqad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah:
"Ketahuilah, bahawa wajib ke atas setiap orang yang aqil (عقل - berakal) dan baligh mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Allah , sifat-sifat yang mustahil bagi Allah  dan sifat yang harus bagiNya. Begitu juga wajib ke atasnya mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Rasul, sifat-sifat yang mustahil bagi Rasul dan sifat yang harus bagi mereka."

Berkata Syeikh Ahmad Al-Fatoni di dalam kitabnya Faridatul Faraid fi 'Ilmil 'Aqaid:
"[Maka wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf, mengetahuikan segala yang wajib pada aqal pada hak Tuhan kita, dan barang yang mustahil atasNya, dan barang yang harus bagiNya. [Dan demikian] wajib atasnya mengetahuikan barang yang wajib pada hak segala Rasul عليهم الصلاة والسلام, dan barang yang mustahil atas mereka itu, dan barang yang harus bagi mereka itu."

Berkata Syeikh Isma'il Ibn 'Abdul Qadir Al-Fatoni di dalam kitabnya Syarah Bakuratul Amani:
"(Dan) wajib atas yang pandai daripada kita oleh bahawa (mengajarkan orang-orang) yang (di dalam perintah kita) seperti anak-anak kita dan isteri-isteri dan hamba-hamba sahaya dan khadam-khadam kita demikian lagi orang yang menuntuti belajar daripada kita (dengan) jalan (tafshil) hurai satu-satu pada sekalian (itu dua puluh perkara daripada) perkara-perkara (yang wajib) bagi Allah Ta'ala pada 'aqal ( dan dua puluh) perkara (daripada) perkara-perkara (yang mustahil) padaNya (dan satu) bangsa (yang harus) padaNya ........."

Berkata Syeikh Zainal 'Abidin Bin Muhammad Al-Fatoni (Tuan Minal) di dalam kitabnya Miftahul Murid Fi 'Ilmit Tauhid:
"[Dan wajib] atas tiap-tiap mukallaf dengan sebab syara’ mengenal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus bagiNya. [Dan] demikian lagi wajib atasnya mengenal seumpama yang demikian itu pada haq Rasul عليهم الصلاة والسلام."

Berkata Tuan Haji Ahmad Bin 'Abdur Rauf Melaka di dalam nazamnya:
"Allah Allah 'Azza wa Jalla Tuhan kami * Kami minta ampun akan dosa kami
Dengan Allah kami mula nazam ini * Sebab dengan Dia jadi kitab ini
Hai saudara kami khabar akan kamu * Mengenal Allah Fardhu 'Ain atas kamu
Sabda Nabi awaluddin ia ma'rifah * Bukan Solat bukan Shiyam bukan Zakat
Dan yang wajib bagi Allah dua puluh * Jangan kurang jalan lalai bebersungguh
.................."

Berkata Syeikh 'Abdul 'Aziz Ibn Isma'il Al-Fatoni di dalam kitabnya Al-Mishbah Al-Munir Fi Ma'rifatillah Al-Qadir:
"Bermula permulaan dan umbi atau asas bagi segala perkara yang dituntut atas tiap-tiap mukallaf sebagai tuntutan yang putus yang dinamakan dia dengan fardhu 'ain, ialah mengenal ia akan Allah Ta'ala dan RasulNya dan dikehendaki dengan mengenal itu mengetahui serta mengaku putus di dalam hati tiap-tiap mukallaf dengan tentu sungguh segala perkara yang wajib bagi Allah Ta'ala dan tentu tidak segala perkara yang mustahil atas Allah Ta'ala dan segala yang harus. ............"


Berkata Al-Fadhil Muhyiddin Muhammad Ghazali Ibn Haji ‘Abdullah di dalam kitabnya Panduan Sifat Dua Puluh:
" ........... kerana mengenal Allah  itu wajib ‘aini atas tiap-tiap mukallaf yang ‘aqil baligh lelaki dan perempuan dan wajib atas ibu bapa atau penjaga atau suami mengajar akan anaknya atau orang yang dibawah jagaannya atau isterinya yang tidak pandai mereka akan sifat dua puluh, kerana mereka yang tidak pandai sifat dua puluh mereka itu tidak mengenal Tuhan, maka ditakuti mati atas agama kafir. Jika mereka pandai sifat dua puluh tetapi tidak tahu mengeluarkan dalil, maka mereka itu telah dipertikaikan oleh dua pendapat ulama’, kata sebahagian ulama’ mereka itu tidak sah lagi imannya, jika ia mati maka mati ia atas agama kafir dan sebahagin ulama’ mengatakan mereka itu sudah sah imannya tetapi jika ia tidak belajar betul-betul sampai ia boleh mengeluarkan dalil maka berdosa ia. ........."

Berkata Asy-Syeikh Muhammad Solih ibn ‘Abdullah Mengkabaui di dalam kitabnya Kasyaful Asrar:

Soalan: Dan mana ilmu fardhu ‘ain menuntut dia beri kami jawabnya?
Jawab: Bermula ilmu yang fardhu ‘ain menuntut dia itu, iaitu tiga ilmu:
Pertama: Ilmu Usuluddin dan
Kedua: Ilmu Fiqah dan
Yang ketiga: Ilmu Tasowuf.

Soal: Dan mana had ilmu Usuluddin yang fardhu menuntut dia, dan mana had ilmu Fiqah yang fardhu menuntut dia, dan mana had ilmu Tasowuf yang fardhu ia menuntut dia?
Jawab: Adapun had ilmu Usuluddin itu yang fardhu menuntut dia itu, iaitu mengetahui sekadar barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus kepada Tuhan kita , dan seperti demikian inilah kepada segala Rasul dengan sekira-kira yang mengesahkan akan imannya. [Dan] adapun had ilmu Fiqah yang fardhu ‘ain menuntut dia, iaitu dengan sekira-kira yang mengesahkan akan amalnya, seperti mengetahui akan segala syaratnya dan segala rukunnya dan segala yang membatalkan dia. [Dan] adapun had ilmu Tasowuf fardhu ‘ain menuntut dia dengan sekira-kira mengetahui akan yang membatalkan akan pahala amal ibadatnya, seperti riya’, sum’ah, ‘ujub, takabbur dan sebagainya yang dicela oleh syara’.

Soal: Dan apa kata kamu pada orang yang beramal dengan tiada mengetahui ilmu yang tiga perkara itu?
Jawab: Sabda Nabi j: “Tiada sekali diterima segala amal ibadatnya dan jikalau mengerjakan haji sekalipun”. Dan lagi haram menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum mengetahui ilmu fardhu ‘ain; misalnya seperti seorang berhutang qadha’ sembahyang (fardhu) luputnya dengan tiada uzur, haramlah berbuat (sembahyang) sunat sebelum habis qadha’ sembahyang (fardhu) yang luput dengan tiada uzur. Dan lagi hukumnya orang meninggalkan fardhu itu fasiq hukumnya, kerana meninggalkan menuntut ilmu yang fardhu ‘ain, tiada sah jadi wali nikah dan jadi saksi nikah kerana fasiqnya.


Berkata Syeikh Jalaluddin bin Kamaluddin Acheh di dalam Kitabnya Hidayatul ‘Awam:

"[Bermula] ketahui olehmu, hai tolib! Bahawasanya apabila ‘aqil baligh seorang anak adam, nescaya dituntut daripadanya oleh syara’ mengenal rukun lima belas yang mengandung ma’rifah Allah , iaitu lima perkara daripada rukun Islam dan enam perkara daripada rukun Iman dan empat perkara daripada rukun syahadah (شهادة). ............."


Dan kata Sayyid 'Abdul Qadir Al-Idrus di dalam kitabnya yang bernama Ad-Durrus Tsamin:
"Ketahui olehmu bahawasanya segala ilmu yang fardhu 'ain yang dituntut akan dia itu tiga perkara: (1) Ilmu Tauhid dan dinamakan akan dia ilmu Usuluddin. (2) Ilmu Syarak dan dinamakan akan dia ilmu Fiqh. (3) Ilmu Batin dan dinamakan akan dia ilmu Tasawwuf. ........"
(Hidayatus Salikin Fi Suluki Muttaqin)


Berkata Sayyid Murtadha Al-Zabidi  pengarang kitab Ittihaf Al-Saadah Al- Muttaqin (Jld 2 H: 8), syarahan bagi kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali :

إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ فَالْمُرَادُ بِهِ اْلأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ.

“Apabila disebut Ahli Sunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah fahaman atau fatwa yang diajar oleh Imam Al-Asy’ari dan Al-Maturidiyah.”


Lihat kenyataan Syeikh Al-Azhar:

الاثنين 04 ابريل 2011
مصرحًا بأن عقيدته أشعرية صوفية.. شيخ الأزهر يصف السلفيين بالخوارج
مفكرة الاسلام:‎ أقر الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر أن عقيدة الأزهر الشريف هى عقيدة الأشعرى والماتريدى وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد.

[Dr Ahmad al-Tayyib menegaskan bahawa akidah al-Azhar yang mulia adalah akidah Imam Asyari dan al-Maturidi, fiqhnya ialah fiqh imam empat mazhab, dan tasawwufnya adalah tasawwuf imam al-Junaid]

وفي هجوم جديد على الإسلاميين ادعى الدكتور الطيب أن من أسماهم “السلفيين الجدد” هم خوارج العصر، محذرًا من وجود مخطط لاختطاف الفكر والمنهج الأزهرى الوسطى المعتدل الذى حافظ الأزهر عليه لأكثر من ألف عام.

[Dalam satu serangan baru ke atas setengah golongan Islam (yang bercanggah dengan al-Azhar) Dr Al-Tayyib mendakwa bahawa mereka yang menamakan diri mereka itu ‘Golongan Salafi yang “Strict”/Ketat) mereka itu adalah Khawarij zaman ini, serta dengan beliau memberi peringatan tentang adanya langkah-langkah untuk merosakkan/memusnahkan pemikiran mengikut kaedah al-Azhar yang menengah dan seimbang yang al-Azhar menjaganya selama lebih daripada seribu tahun]



وبدون أن يقدّم دليلاً اتهم الدكتور أحمد الطيب السلفيين في الهجوم على الأضرحة وما يسمى “مقامات الأولياء”، وقال وفق صحيفة “الأهرام”: “هذا العمل يخالف صحيح الإسلام

وأن الازهر سيبقى أشعرى المذهب ومحافظًا على الفكر الصوفى الصحيح الذى انتمى إليه عشرات من شيوخ الأزهر على مدى تاريخه“.

…Dan al-Azhar akan kekal dengan mazhab al-Asy’ari dan menjaga pemikiran sufi yang sohih yang yang dinisbahkan kepadanya berpuluh-puluh daripada syaikh-syaikh Azhar dalam perjalanan sejarahnya





-------

Rabu, 4 Mei 2011

Syeikh 'Ali Juma'ah - Mufti Mesir

Hikam No1: Jangan Bergantung kepada Amalanmu!!!




Jangan Kamu Berkata Sebelum Kamu Belajar




Kefahaman Umat Islam




Kefaham Umat Dakwah dan Umat Ijabah




Kesedaran Sebelum Melakukan Sesuatu




Manhaj Ilmu - bahagian 1





----------------

Khamis, 28 April 2011

Nama-Nama Nabi Muhammad



Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Johari dan Nurhafidz bin Haji ‘Abd Rahman yang telah membantu menjayakan mencetak kitab Dalail Al-Khairat serta Nor Azlan Bin Hamzah yang paling banyak beli kitab ini. Maka saya hadiahkan nama-nama Nabi Muhammad khusus untuk mereka dan umum kaum Muslimin.

Sesiapa yang ingin memuat turun nama-nama Nabi Muhammad yang saya keluarkan ini, hendaklah menghadiahkan Al-Fatihah kepada:- Allahyarham Hamzah bin Ali dan Allahyarhumah Mariam bte Saafdin.


Nama-Nama Nabi Muhammad :- Muat Turun

---

Khamis, 21 April 2011

Majlis Bersama Habib 'Ali Zainal 'Abidin Al-Hamid




Tarikh: 23.04.2011
Masa : Waktu 'Asar (Solat 'Asor Berjama'ah)
Tempat: Madrasah Pengajian Al-Qur'an Ustaz Minhat Bin Hashim, lorong Kaloi Kampung Paya Ikan Bukit Baru Melaka.

Selasa, 29 Mac 2011

Syeikh Mahmud Khalil al-Husari - mp3



01 Surah Al-Fatihah (Pembukaan) سورة الفاتحة :- Muat Turun
02 Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) سورة البقرة :- Muat Turun
03 Surah Ali 'Imran (Keluarga Imran) سورة آل عمران :- Muat Turun
04 Surah An-Nisaa' (Wanita) سورة النساء :- Muat Turun
05 Surah Al-Maa’idah (Hidangan) سورة المائدة :0 :- Muat Turun

06 Surah Al-An'aam (Binatang Ternakan) سورة الأنعام :- Muat Turun
07 Surah Al-A’raaf (Tempat Tinggi) سورة الأعراف :- Muat Turun
08 Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang) سورة الأنفال :- Muat Turun
09 Surah At-Taubah (Taubat) سورة التوبة :- Muat Turun
10 Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.) سورة يونس :- Muat Turun

11 Surah Hud (Nabi Hud a.s.) سورة هود :- Muat Turun
12 Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.) سورة يوسف :- Muat Turun
13 Surah Ar-Ra’d (Guruh) سورة الرعد :- Muat Turun
14 Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.) سورة إبراهيم :- Muat Turun
15 Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu) سورة الحجر :- Muat Turun

16 Surah An-Nahl (Lebah) سورة النحل :- Muat Turun
17 Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam) سورة الإسراء :- Muat Turun
18 Surah Al-Kahfi (Gua) سورة الكهف :- Muat Turun
19 Surah Maryam (Siti Maryam) سورة مريم :- Muat Turun
20 Surah Taahaa سورة طه :- Muat Turun

21 Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi) سورة الأنبياء :- Muat Turun
22 Surah Al-Hajj (Haji) سورة الحج :- Muat Turun
23 Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman) سورة المؤمنون :- Muat Turun
24 Surah An-Nuur (Cahaya)سورة النّور :- Muat Turun
25 Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan) سورة الفرقان :- Muat Turun

26 Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair) سورة الشعراء :- Muat Turun
27 Surah An-Naml (Semut) سورة النّمل :- Muat Turun
28 Surah Al-Qasas (Cerita-cerita) سورة القصص :- Muat Turun
29 Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah) سورة العنكبوت :- Muat Turun
30 Surah Ar-Rum (Masyarakat Rom) سورة الرّوم :- Muat Turun

31 Surah Luqman (Luqman) سورة لقمان :- Muat Turun
32 Surah As-Sajdah (Sujud) سورة السجدة :- Muat Turun
33 Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu) سورة الأحزاب :- Muat Turun
34 Surah Saba’ (Kaum Saba’) سورة سبأ :- Muat Turun
35 Surah Faatir (Pencipta) سورة فاطر :- Muat Turun

36 Surah Yaasin سورة يس :- Muat Turun
37 Surah As-Saaffat (Yang Berbaris Dengan Teratur) سورة الصافات :- Muat Turun
38 Surah Saad سورة ص :- Muat Turun
39 Surah Az-Zumar (Rombongan) سورة الزمر :- Muat Turun
40 Surah Al-Mu’min (Orang yang Beriman) سورة غافر :- Muat Turun

41 Surah Fussilat (Dijelaskan) سورة فصّلت :- Muat Turun
42 Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan) سورة الشورى :- Muat Turun
43 Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas) سورة الزخرف :- Muat Turun
44 Surah Ad-Dukhaan (Kabut Asap) سورة الدّخان :- Muat Turun
45 Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut) سورة الجاثية :- Muat Turun

46 Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir) سورة الأحقاف :- Muat Turun







------

Rabu, 16 Mac 2011

Miftahul Murid Fi 'Ilmit Tauhid - Syeikh Zainal 'Abidin (Tuan Minal)

Ini Risalah Yang Dinamakan Dia
Miftahul Murid  Fi ‘Ilmit Tauhid
Karangan Bagi Al-‘Alim Al-‘Allamah Zainal ‘Abidin
Ibn Muhammad Al-Fatoni Yang Dimasyhurkan
Dengan Tuan Minal

Biodata Tuan Minal :- Muat Turun

01 Miftahul Murid Fi 'Ilmit Tauhid :- Muat Turun





-----

Khamis, 27 Januari 2011

Zahratul Murid Fi 'Aqadit Tauhid - Syeikh Wan 'Ali Kutan



Biodata Syeikh Wan 'Ali Kutan:- Muat Turun


01 Zahratul Murid:- Muat Turun
02 Ini Muqaddimah Pada Menyatakan Kelebihan Ilmu Dan Ulama’ :- Muat Turun
03 Kewajipan Mukallaf Mengenal Allah :- Muat Turun
04 Kewajipan Mukallaf Mengenal Barang Yang Wajib, Mustahil dan Jaiz Bagi Allah :- Muat Turun
05 Sifat-Sifat Allah Yang Wajib Diketahui Dengan Tafshil :- Muat Turun

06 Peringatan :- Muat Turun
07 Bahagian Sifat Dua Puluh :- Muat Turun
08 Sifat Yang Harus Pada Allah :- Muat Turun
09 Sifat Wajib Bagi Para Rasul :- Muat Turun
10 Sifat Harus Bagi Para Rasul :- Muat Turun

11 Dua Kalimah Syahadah :- Muat Turun
12 Makna Ketuhanan :- Muat Turun



-----

Sabtu, 8 Januari 2011

Hidayatul 'Awam - Syeikh Jalaluddin Acheh

Biodata Syeikh Jalaluddin Acheh :- Muat Turun
Biodata Syeikh Isma'il Al-Asyi :- Muat Turun


01 Hidayatul 'Awam 1-5:- Muat Turun
02 Hidayatul 'Awam 6-7 :- Muat Turun
03 Hidayatul 'Awam 8-9 :- Muat Turun
04 Hidayatul 'Awam :- Muat Turun



********
Mp3 Ustaz Azhar Idrus - Kuliyah Kitab Hidayatul 'Awam:

01 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
02 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
03 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
04 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
05 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun

06 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
07 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
08 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
09 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
10 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun

11 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
12 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
13 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
14 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
15 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun

16 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
17 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
18 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
19 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
20 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun

21 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
22 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
23 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
24 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun
25 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun

26 Ustaz Azhar Idrus - Kitab Hidayatul 'Awam:- Muat Turun




-----