Halaman

Rabu, 8 Ogos 2018

Sayyidina Mu'awiyah رضى الله عنه adalah seorang sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم yang besar




Sayyidina Mu'awiyah رضى الله عنه adalah seorang sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم  yang besar. Ia selain sahabat juga merupakan salah seorang penulis wahyu, dan juga ahli Fiqah (Imam Mujtahid).

Pertama:

Tersebut dalam Hadits Bukhari begini:

حدثنا ابن أبي مريم: حدثنا نافع بن عمر: حدثني ابن أبي مليكة: قيل لابن عباس: هل لك في أمير المؤمنين معاوية، فإنه ما أوتر إلا بواحدة؟ قال: أصاب، إنه فقيه

Bercerita kepada kami Ibnu Abi Maryam, bercerita kepada kami Nafi’ bin 'Umar, bercerita kepada saya Ibnu Abi Malikah:

“Dikatakan kepada Ibnu Abbas: Apa pendapat engkau tentang Amirul Mu’minin Mu'awiyah, bahawa ia tidaklah melakukan witir melainkan satu rakaat? “ Ibnu Abbas menjawab: “Dia benar, dia adalah seorang yang faqih (faham agama).”




Selasa, 3 Julai 2018

Hukum agama ikut pendapat sendiri kelirukan masyarakat






Hukum agama ikut pendapat sendiri kelirukan masyarakat
BharianRencanaAgama


SUNGAI PETANI: Pandangan terhadap hukum agama pada masa kini jelas dicemari dengan khilaf yang dilontar secara berleluasa berdasarkan pandangan masing-masing tanpa mempedulikan hujah ulama.

Perkara itu seterusnya menimbulkan kekeliruan dan kesangsian dalam masyarakat sehingga berlakunya perbalahan dalam menyelesaikan isu berkaitan hukum agama.

Tuan Guru Maahad Darul Muhajirin Narathiwat, Baba Ismail Sepanjang, berkata khilaf yang membawa maksud perselisihan sebenarnya bukan sahaja berlaku dalam kalangan golongan alim masa kini, bahkan ulama sebelum ini.

"Khilaf yang berlaku dalam kalangan ulama adalah satu rahmat kerana mereka golongan yang memerhati sesuatu perkara untuk mengetahui perkara lain yang sejenis.

"Umat Islam seharusnya perlu jelas dan mengenali ulama sebenar, iaitu golongan mujtahid mutlak yang mempunyai martabat dan mereka ini sudah pun tiada lagi selepas 300 tahun hijrah," katanya pada Kuliah Dhuha: Merungkai Khilaf Akhir Zaman di Karnival Darul Murtadha, Kompleks Dakwah Darul Murtadha, Kampung Teluk Sungai Layar di sini.

Baba Ismail yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni, berkata setiap khilaf yang berlaku dalam kalangan ulama berdasarkan ijtihad, iaitu suatu proses penyelidikan yang serius dan dilakukan secara bersungguh-sungguh mengikut hujah serta sebab tertentu.

"Pandangan diberikan melalui pendapat sendiri hanya menimbulkan rasa ujub kerana siapalah kita dengan zhan atau sangkaan yang nyata salahnya untuk memberi pandangan dan ia tidak boleh dipakai," katanya.

Rujuk kitab ulama

Beliau berkata, umat Islam perlu merujuk kitab ulama yang berpandukan al-Quran dan hadis sekiranya timbul masalah ketika dunia berdepan dengan arus pembangunan.

"Pada zaman ini, kita berdepan dengan pelbagai isu baharu yang sebelum ini tidak berlaku, tetapi setiap isu atau permasalahan yang timbul tidak pernah sunyi daripada kaedah yang ditinggalkan oleh ulama.

"Maka penyelesaian perlu masuk semula ke dalam kaedah yang ditinggalkan oleh ulama dengan huraian yang terkandung dalam al-Quran dan hadis," katanya.

Beliau berkata, orang yang beriman adalah mereka yang berpegang teguh pada al-Quran dan hadis yang memberi keselamatan di dunia dan akhirat.

Baba Ismail berkata, setiap jawapan bagi persoalan yang timbul hari ini perlulah dibahaskan mengikut keterangan daripada beberapa ulama, biarpun mempunyai khilaf dalam kalangan ulama sendiri.

"Sebagai contoh, kita membina keterangan melalui mazhab kita, iaitu Mazhab Shafie, kemudian menerangkan mengikut mazhab lain seperti mazhab Hanbali, Maliki dan Hanafi," katanya.

Beliau berkata, golongan guru ialah imam kepada makmum, manakala setiap makmum yang diimamkan perlu diraikan dengan mengikut mazhab yang diikuti oleh makmumnya.

"Biarpun guru itu adalah daripada mazhab berbeza dengan muridnya atau orang yang mengikuti pengajiannya, guru perlu mendahulukan keterangan mengikut mazhab yang diikuti oleh pengikut," katanya.

Katanya, zaman dahulu umat Nabi Muhammad SAW boleh dengar sendiri ucapan Baginda dengan tiada perantaraan berbanding zaman kini yang begitu jauh jaraknya.

"Ketika al-Quran diturunkan dan Rasulullah masih ada, kita masih belum ada, bererti kita tidak mendengar suara Baginda sendiri dan tidak melihat perbuatannya, sebaliknya kita memperolehnya melalui khabar turun-temurun.

"Oleh itu, kita jangan kata ulama tidak perlu diikuti kerana pandangan itu adalah salah kerana kita tidak boleh mendapat jawapan mengenai hukum agama sekiranya tidak melalui kitab ditinggalkan oleh ulama.

"Kita bersyukur biarpun melalui perantaraan itu, hati kita dibuka untuk meyakini apa yang disampaikan dalam al-Quran," katanya.

Baba Ismail berkata, al-Quran pernah dihina pada zaman Nabi SAW dengan mengatakan ia adalah dusta dan sihir, walhal ia mukjizat kerana mereka tidak mengenali al-Quran.

Tuntut ilmu, belajar al-Quran

"Oleh itu, umat Islam wajib dan dituntut mencari ilmu dengan mempelajari al-Quran untuk mengenali dan mengetahuinya kerana mustahil secara adatnya untuk seseorang mengenali kitab suci tanpa ilmu.

Katanya, umat Islam hari ini begitu mudah mendapatkan ilmu berbanding umat zaman dahulu yang sanggup belayar ke negara lain semata-mata untuk menuntutnya.

"Bagaimanapun, kita terlalu banyak alasan seperti tidak sempat atau tiada masa biarpun ilmu mudah diperoleh di tempat sendiri berbanding orang zaman dahulu.

"Apabila sudah terlalu banyak dan mudah dapat, mereka seakan-akan jemu dan ia berbeza kalau perkara yang tiada di tempat sendiri hingga sanggup mencari walaupun jauh," katanya.

Baba Ismail turut mengingatkan jemaah supaya jangan meninggalkan ilmu, terutama agama kerana ia menjadi penyelamat bagi umat Islam di dunia dan akhirat dengan mengawasi serta menjaga diri mereka.

Beliau turut menyentuh ciri ulama warosatul-anbiya atau pewaris nabi, iaitu bersifat ikhlas, tidak kerana keduniaan, mempunyai hati yang bersih dan tabah menghadapi cabaran dalam menyebarkan agama Islam.


https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/07/444207/hukum-agama-ikut-pendapat-sendiri-kelirukan-masyarakat












Selasa, 27 Mac 2018

PANDUAN HUKUM : PERBEZAAN MASJID DAN SURAU

PANDUAN HUKUM : PERBEZAAN MASJID DAN SURAU

1) Masjid adalah sebuah tanah atau bangunan yang diwakafkan sebagai masjid, bukan untuk yang lainnya seperti madrasah atau ribat.

2) Musolla, surau dan langgar yang digunakan untuk solat lima waktu (walaupun telah dibenarkan untuk didirikan solat Jumaat) tidaklah secara serta merta dikirakan sebagai masjid selagimana ia tidak diwakafkan sebagai masjid.

3) Justeru, tidak dianjurkan untuk melakukan solat tahiyyat masjid, iktikaf dan tidak haram orang yang berjunub atau berhaidh duduk di dalam binaan selain masjid seperti surau, musolla, langgar dan sebagainya.

Rujukan;

1. Asna al-Matalib 186/4;
(فرع ) لو ( قال جعلت هذا المكان مسجدا صار ) به ( مسجدا ولو لم يقل لله ) ولم يأت بشيء من الألفاظ المتقدمة لإشعاره بالمقصود واشتهاره فيه ( ووقفته للصلاة كناية) في وقفه مسجدا فيحتاج إلى نية جعله مسجدا وأما كونه وقفا بذلك فصريح لا يحتاج إلى نية ( لا ) إن بنى بناء ولو على هيئة المسجد وقال ( أذنت في الصلاة فيه ) فلا يصير بذلك مسجدا ، وإن صلى فيه ونوى جعله مسجدا قال في الكفاية تبعا للماوردي إلا أن يكون البناء بموات فيصير مسجدا بالبناء والنية لأن الفعل مع النية يغني عن القول أي فيما بنى في موات قال السبكي الموات لم يدخل في ملك من أحياه مسجدا ، وإنما احتيج للفظ لإخراج ما كان في ملكه عنه وصار للبناء حكم المسجد تبعا قال الإسنوي وقياس ذلك إجراؤه في غير المسجد أيضا من المدارس والربط وغيرهما وكلام الرافعي في إحياء الموات يدل له انتهى
والظاهر أنه لو قال أذنت في الإعتكاف فيه صار بذلك مسجدا لأن الإعتكاف لا يصح إلا في مسجد بخلاف الصلاة

“Andaikan seseorang berkata; ‘saya jadikan tempat ini sebagai masjid’, maka tempat tersebut akan menjadi masjid dengan ucapannya itu walaupun dia tidak berkata ‘kerana Allah’ serta dia tidak mengucapkan sighah-sighah wakaf yang terdahulu, kerana ungkapannya itu telah menunjukkan tujuan perwakafannya dan telah terkenal (lafaz tersebut) dalam perwakafan. Manakala perkataan ‘saya wakafkan tempat ini untuk solat’, adalah merupakan lafaz kinayah dalam perwakafan untuk menjadikannya sebagai masjid. Maka untuk keabsahannya sebagai masjid masih memerlukan niat menjadikannya sebagai masjid. Sementara untuk status perwakafannya sebagai tempat solat, ucapan tersebut merupakan sighah soreh yang tidak memerlukan niat lagi. Tidak juga menjadikan ia sebagai masjid apabila dia mendirikan sebuah bangunan, meskipun berbentuk bangunan masjid. Begitu juga andainya dia berkata ‘saya izinkan solat di tempat ini’ maka dengan perkataan tersebut, tempat yang dimaksudkan itu tidak menjadi masjid walaupun dia solat di tempat itu dan meniatkannya menjadi masjid. Di dalam al-Kifayah yang mengikut pendapat al-Mawardi, Ibn Rif’ah berkata; “kecuali bangunan itu dia dirikan di tanah mawat (tanah yang tiada pemilik dan tidak dimanfaatkan oleh sesiapa), maka tempat tersebut akan menjadi masjid dengan sebab pembinaan dan niat menjadikannya sebagai masjid tanpa memerlukan ucapan sighah wakaf dalam bangunan di tanah mawat tersebut”. Al-Subki menyatakan; “tanah mawat tersebut tidak boleh dimiliki oleh orang yang membukanya sebagai masjid. Sementara ucapan sighah wakaf hanya diperlukan untuk mengeluarkan tempat tersebut daripada pemilikannya dan tanah mawat tersebut akan dihukumkan sebagai masjid kerana mengikut pembangunannya”. Al-Isnawi berpendapat, qiasnya ketentuan tersebut juga berlaku dalam pembangunan selain masjid iaitu madrasah, ribat dan seumpamanya. Pendapat al-Rifa’ie dalam bab ihya’ al-mawat juga menunjukkan sedemikian. Jelasnya, apabila seseorang berkata; ‘saya izinkan iktikaf di tempat ini’, maka tempat yang dimaksudkan akan menjadi masjid kerana iktikaf hanya sah dilakukan di masjid.”

2. Tuhfah al-Muhtaj 251/6;
والأصح وإن نازع فيه الأسنوى وغيره أن قوله جعلت البقعة مسجدا من غير نية صريح فحينئد تصير به مسجدا وإن لم يأت بلفظ مما مر لأن المسجد لا يكون إلا وقفا.
"Menurut pendapat yang asah, meskipun ditentang oleh al-Asnawi dan lainnya bahawa sesungguhnya perkataan seseorang; “aku jadikan tempat ini sebagai masjid” tanpa niat itu dikirakan sebagai lafaz soreh (wakaf). Maka ketika itu (tempat itu) akan menjadi masjid meskipun tidak didatangkan dengan lafaz-lafaz yang telah lalu (dinyatakan), KERANA ia tidak berstatus masjid melainkan perwakafan (tidak ada masjid yang bukan wakaf).”

3. Nihayah al-Muhtaj 372/5;
والأصح وإن نازع فيه الأسنوى أن قوله جعلت البقعة مسجدا من غير نية صريح حينئد تصير به مسجدا وإن لم يأت بشيء مما مر لأن المسجد لا يكون إلا وقفا.
"Menurut pendapat yang asah, meskipun ditentang oleh al-Asnawi, bahawa sesungguhnya perkataan seseorang; “aku jadikan tempat ini sebagai masjid” tanpa niat itu dikirakan sebagai lafaz soreh (wakaf). Ketika itu (tempat itu) akan menjadi masjid meskipun tidak didatangkan dengan sesuatu (lafaz) yang telah lalu (dinyatakan), KERANA ia tidak berstatus masjid melainkan perwakafan (tidak ada masjid yang bukan wakaf).”

4. Mughni al-Muhtaj 493/2;
والأصح أن قوله جعلت هذه البقعة مسجدا وإن لم يكن لله تصير به أي بمجرد هذا اللفظ مسجدا لأن المسجد لا يكون إلا وقفا فأغنى لفظه عن لفظ الوقف ونحوه.
"Menurut pendapat yang asah, bahawa sesungguhnya perkataan seseorang; “aku jadikan tempat ini sebagai masjid” walaupun tanpa ‘kerana Allah’, nescaya jadilah (tempat tersebut) dengan semata-mata lafaz ini sebagai masjid KERANA ia tidak berstatus masjid melainkan perwakafan (tidak ada masjid yang bukan wakaf). Maka lafaznya tidak memerlukan kepada lafaz ‘wakaf’ dan seumpamanya.”

5. Hasyiah al-Syarqawi 432/1;
فى المسجد وهو ما وقفه الواقف مسجدا لا رباطا ولا مدرسة
"Di dalam masjid; ia adalah suatu tempat yang telah diwakafkan oleh pewakaf sebagai masjid bukan sebagai pondok atau madrasah."

6. Hasyiah al-Syarwani 233/2;
وخرج بالمسجد مصلى العيد وما بنى فى أرض مستأجرة على صورة المسجد وأذن بانيه فى الصلاة فيه.
"Bukan termasuk masjid adalah; tempat solat hari raya dan sesuatu yang dibangunkan di atas tanah persewaan dengan model bangunan masjid dan pendirinya mengizinkan untuk dibuat solat di situ."

7. Hasyiah I'anah al-Talibin 259-260/3;
ووقفته للصّلاة أى إذا قال الواقف وقفت هذا المكان للصّلاة فهو صريح فى مطلق الوقفيّة وكناية فى خصوص المسجديّة فلا بدّ من نيّتها فإن نوى المسجديّة صار مسجدا وإلاّ صار وقفا على الصّلاة فقط ولم يكن مسجدا كالمدرسة.
"Dan saya wakafkan tempat ini untuk solat; ertinya ketika orang yang berwakaf mengatakan 'saya mewakafkan tempat ini untuk solat', maka itu adalah perkataan yang soreh (jelas) untuk wakaf secara umum. Ia dikirakan kinayah untuk mengkhususkannya sebagai masjid, maka perlu ada niat sebagai masjid. Jika orang yang berwakaf itu berniat sebagai masjid, maka ia akan menjadi masjid dan jika tidak diniatkan menjadi masjid, maka ia hanya menjadi perwakafan untuk solat sahaja, bukan masjid sepertimana madrasah."

8. Bughyah al-Mustarsyidin 64;
فلو رأينا محلا مهيّأ للصّلاة ولم يتواتر بين الناس أنّه مسجد لم يجب التزام أحكام المسجديّة فيه.
"Jika kita melihat tempat yang diperuntukkan untuk solat, dan manusia tidak menganggap yang demikian itu sebagai masjid, maka ia tidak boleh ditetapkan sebagai hukum masjid."

9. 'Umdah al-Mufti wa al-Mustafti 670/1;
ولا تصير الأرض مسجدا إلا إذا كانت ملكه وقال ' جعلت هذه البقعة مسجدا'...وإذا بنى الشخص في ملكه صورة مسجد فلا تصير البقعة مسجدا إلا إذا وقفها مسجدا أو قال 'جعلت هذه مسجدا' كما في المنهاج. فلا تصير البقعة مسجدا بمجرد البناء إلا إذا كانت مواتا وعمر فيها صورة مسجد، فإنها تصير مسجدا من غير لفظ كما في التحفة وقد سبق.
"Sesuatu bumi itu tidak akan menjadi masjid melainkan apabila bumi itu telah dimilikinya dan dia telah berkata; 'aku jadikan kawasan ini sebagai masjid....'Dan apabila seseorang membina model bangunan masjid di dalam tanah miliknya, maka kawasan itu tidaklah terus menjadi masjid melainkan apabila dia mewakafkannya sebagai masjid atau dia berkata 'aku jadikan ia sebagai masjid' sepertimana yang disebutkan di dalam kitab al-Minhaj. Justeru, sesuatu kawasan itu tidak akan menjadi masjid dengan semata-mata binaan melainkan apabila kawasan itu merupakan mawat (tanah yang tiada pemilik dan tidak dimanfaatkan oleh sesiapa) serta dia telah membina model bangunan masjid, maka ia akan menjadi masjid tanpa lafaz sepertimana disebutkan dalam Tuhfah -yang telah lalu."

10. Al-Manhal al-Naddhakh fi Ikhtilaf al-Asyyakh 229 (المنهل النضاخ في اختلاف الأشياخ);
مسألة: لو بني بناء على هيئة مسجد وقال 'أذنت في الإعتكاف فيه' لم يصر بمجرد ذلك مسجدا عند م ر. وقالا يصير مسجدا به لأن الإعتكاف لا يصح إلا في المسجد
Permasalahan : “Sekiranya dia mendirikan sebuah bangunan berbentuk bangunan masjid dan dia berkata; ‘saya izinkan iktikaf di tempat ini’, (maka tempat yang dimaksudkan itu) tidak akan menjadi masjid dengan semata-mata perkataan tersebut menurut Syeikh al-Ramli (372/5). Manakala menurut Ibn Hajar (251/6) dan Khatib al-Syirbini (begitu juga Syeikh Zakaria al-Ansari di dalam Asna al-Matalib), ia akan menjadi masjid dengan semata-mata perkataan tersebut kerana iktikaf tidak sah dilakukan melainkan di masjid.”

11. Nihayah al-Zain 269;
ومثل الإعتكاف صلاة التحية فلو قال أذنت في صلاة التحية في هذا المحل صار مسجدا لأنها لا تكون إلا في المسجد ولو بنى البقعة على هيئة المسجد لا يكون البناء كناية وإن أذن في الصلاة فيه إلا في موات فيصير مسجدا بمجرد البناء مع النية...الخ
“Dan sepertimana iktikaf, adalah solat tahiyyat masjid. Maka apabila seseorang berkata; ‘saya izinkan solat tahiyyat di tempat ini’, maka tempat tersebut menjadi masjid kerana solat tahiyyat hanya sah dilakukan di masjid. Sekiranya seseorang mendirikan bangunan berbentuk bangunan masjid, maka pembangunan yang dilakukannya tidak menjadi kinayah dalam perwakafan masjid meskipun dia mengizinkan untuk bersolat di dalamnya kecuali tanah mawat (tanah yang tiada pemilik dan tidak dimanfaatkan oleh sesiapa). Maka jadilah ia (tanah mawat) itu masjid dengan semata-mata pembangunan tersebut beserta niat menjadikan ia masjid.”

12. Himpunan Fatwa, Dato' Hj Abu Hasan b. Hj Sail, Mufti N. Sembilan ke-2 m/s 14;
Soalan:
Balai raya yang dibenar mendirikan sembahyang Jumaat, adakah dikehendaki seorang itu mengerjakan tahiyyat masjid apabila memasukinya?
Jawapan:
Tiada tahiyyat masjid di tempat yang dibolehkan mendirikan sembahyang Jumaat. Sembahyang tahiyyat hanya dibuat di masjid sahaja.

13. Himpunan Fatwa Negeri Kedah m/s 138 jil. 1;
Soalan;
Cara bagaimanakah boleh diithbatkan (ditetapkan) sesebuah bangunan itu menjadi masjid dan thabit padanya hukum-hukum masjid?
Jawapan;
Thabit sesebuah bangunan itu menjadi masjid dengan mana-mana satu cara seperti di bawah ini;
1) Soreh lafaz wakaf untuk dijadikan masjid
2) Lafaz kinayah wakaf untuk didirikan sembahyang dengan niat untuk dijadikan wakaf masjid
3) Dibina masjid di dalam tempat yang belum diteroka ( أرض الموات) dengan hanya niat sahaja
4) Kutipan umpama derma bagi tujuan membina masjid

14. Himpunan Fatwa Negeri Kedah m/s 149 jil. 1;
Soalan;
Adakah harus surau, musolla dan madrasah dinaikkan taraf sebagai masjid?
Jawapan;
Difahamkan dari nas Tuhfah al-Muhtaj juzuk 6 hal. 251- bahawa setiap wakaf adalah menurut lafaz wakif (pewakaf) dan niatnya. Di dalam masalah surau, musolla dan madrasah yang biasanya digunakan untuk belajar umumi dan bersembahyang jemaah semuanya tertakluk kepada lafaz niat wakif (pewakaf) dan tertakluk kepada syarat wakif (pewakaf) itu. Jika diwakafkan untuk sembahyang padanya, ia adalah kinayah bagi masjid dan bangunan itu tidak akan menjadi masjid kecuali diniatkan sebagai masjid. Jika tidak, maka ia adalah wakaf untuk tempat bersembahyang sahaja...

15. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak
Hukum Iktikaf Di Dalam Surau Yang Mendirikan Solat Jumaat
Ibadah
Tarikh Keputusan: 3 Mar, 2005
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 22 Muharram 1425 bersamaan 3 Mac 2005 buat kali ke 165 bersetuju bahawa tidak sah iktikaf dan tidak boleh solat tahiyyatul masjid di dalam surau diri Jumaat.
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 165
(http://www.e-fatwa.gov.my/…/hukum-iktikaf-di-dalam-surau-ya…)

Wallahu a’lam


Disusun oleh Ustaz Alyasak b. Berhan