Halaman

Selasa, 13 Januari 2009

Kata-kata mutiara para ulama'

Imam An-Nasafi berkata: "Mazhab kami benar, mungkin saja keliru dan mazhab yang menyalahi kami keliru, mungkin saja benar" (Al-Fawaidul Makiyah:Hal.16)

Imam Ibnu 'Arabi berkata: "Tidak matang seorang alim itu hinggalah dia tidak mempunyai sifat fanatik mazhab." (Qawasim al-'Awasim)

Imam Sufyan Al-Tsauri berkata: "Jika kamu lihat seseorang beramal dengan suatu amalan yang terdapat perselisihan pendapat ulama' padanya dan pandangan kamu tentang perkara itu berbeza, maka janganlah kau menegahnya."

Imam Ahmad ibn Hanbal berkata: "Seorang alim tidak sepatutnya menyuruh atau memaksa orang lain mengamalkan mazhabnya." (Al-Adab Al-Syari'ah oleh Ibnu Muflih)

Imam Nawawi berkata: "Seorang mufti atau seorang qadi tidak boleh memaksa pendapatnya untuk diterima oleh orang yang tidak bersependapat dengannya selagi pendapat orang itu tidak menyalahi nas al-Qur'an dan hadits, ijma' atau qias yang jelas." (Syarah Muslim, jld 2, H:24)

maksud pandangan para ulama' di atas ialah agar kita pandai menghormati pendapat orang lain walaupun pendapatnya tidak sesuai dengan pendapat kita, dalam masalah furu' (bukan dalam masalah aqidah). Dengan adanya saling hormat menghormati di antara kaum muslimin, tentu tidak akan retak hubungan ukhwah Islamiyyah yang selama ini ulama' kita jaga dan bina dengan baik.

5 ulasan:

  1. Oke silahkan kirim ke alamat ini : abah_qomar@yahoo.co.id
    dan terima kasih sangat.. atas kerjasamanya, semoga bermanfaat.. amain

    BalasPadam
  2. affan saudara, adapun mengenai aqidah, apakah antum berpegang mengikuti imam syafi'e..?

    Kunjungi balik ya http://boudak-pasie.blogspot.com

    BalasPadam
  3. blog yang amat bagus..minta izin nak copy kata2 mutiara para ulama'

    BalasPadam
  4. Salam tuan muhammad rauf..sila beri no tel/hp tuan krn sy mau satu buku terjemahan Dalail khairat..

    BalasPadam
  5. Salam tuan muhammad rauf..sila beri no tel/hp tuan krn sy mau satu buku terjemahan Dalail khairat..

    BalasPadam