Halaman

Isnin, 5 Julai 2010

Pelbagai Permintaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Saya ada menerima beberapa email dan panggilan telefon, yang meminta saya keluarkan di blog saya pelbagai solawat,hizib, aurad seperti aurad qusyasyiyyah, At-Tawajjuh Al-Asna bi Nuzmi Al-Asma' Al-Husna dan lain-lain, serta terjemahan kitab seperti kitab Bakuratul Amani, Pati Munyatul Musolli dan lain-lain.

Saya mohon maaf dan harap saudara-saudara bersabar. Saya harap saudara-saudara mendoakan saya, semoga Allah memberikan kepada saya keimanan yang mantap, kesihatan, kekuatan, kesabaran, limpahan rezeki dan masa. Amin.

Buat masa ini, saya menterjemahkan kitab jawi kepada rumi iaitu kitab Faridatul Faraid dan Munyatul Musolli.

Saya berharap dapat memiliki note book untuk memudahkan usaha saya, doakan saya semoga diizinkan Allah.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Junjungan Kita Nabi Muhammad serta ahli keluarganya dan para sahabatnya. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan