Ahlus Sunnah Wal-Jamaah (Imam Abu Hassan Al-Asy'ari Mazhab Usuluddinku, Imam Asy-Syafi'i Mazhab Fiqhku, Imam Junaid Al-Baghdadi Mazhab Tasawwufku)
Halaman
▼
Khamis, 2 September 2010
Antara Tokoh Yang Diingati
Artikel ini dinukil dari Majalah Pendekar (tarikhnya tidak ingat)
Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah Guru Seni Silat Hulubalang Melaka, (Allahyarham) Haji Sutin Mohd Ali, akan terus menaburkan khidmat baktinya kepada anak-anak muda di gelanggang silat.
Sesungguhnya usia yang sudah menjangkau 69 tahun bukanlah halangan yang boleh menyekat langkah Haji Sutin, malah kata-kata hikmat Laksamana Hang Tuah; "TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA" telah menyemarakkan semangatnya untuk terus menapak ke depan.
Haji Sutin atau dikenali dengan panggilan Pak Sutin, kediamannya di Padang Temu, melaka.
Pak Sutin berasal dari Padang, Selibis, Indonesia telah berhijrah ke Malaysia (di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka) ketika berusia sembilan tahun.
Tiga tahun kemudian, Pak Sutin kembali ke Indonesia untuk mempelajari agama di Prabik Bukit Tinggi, Sumatera Tengah. Kata Pak Sutin: "Ketika itu saya belajar sepondok dengan Allahyarham Dr. Hamka. Guru saya bernama Syeikh Ibrahim Musa."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan