Halaman

Selasa, 27 September 2011

Matan 'Aqidatul Mursyidah - Asy-Syaikh Fakhruddin Ibn ‘Asakir

Asy-Syaikh Al-Imam, Al-’Alim, Al-Qudwah, Al-Mufti, Syaikhusy Syafi’iyyah, Fakhruddin, Abu Mansyur 'Abdur Rahman bin Muhammad bin Al-Hasan bin Hibatullah bin 'Abdullah Ad-Dimasyqiy, Asy-Syafi’i. Lahir 550 H. Abu Al-Midhaffar Al-Jauziy berkata : "Ia adalah ahli zuhud, ahli ibadah, ahli wara, pemberi penyelesaian dalam masalah ilmu dan ibadah, bagus akhlaknya, sedikit keinginannya terhadap dunia. Ia wafat pada bulan Rajab, 620 H."

Umar bin Al-Hajib berkata ; "Ia adalah salah satu Imam yang sangat trampil, bahkan salah satu dari Imam yang memiliki keutamaan dan kelebihan, termasuk guru besar Syafi’iyyah. Ia adalah ahli zuhud, tsiqah, mujtahid, banyak menangis (tafakkur), bagus akhlaknya, tinggi sikap tawadlu’nya, tidak fanatik dan kebanyakan waktunya digunakan untuk menyebarkan ilmu."

Al-Qushiy berkata : "Ia adalah ulama yang banyak menangis, mudah menitiskan air mata, tinggi sikap kewara’annya dan kekhusu’annya, sangat-sangat tawadlu’ dan rendah diri, banyak melakukan shalat tahajjud, begitu jelas keilmuannya dalam dibidang ushul dan furu’, Ia di makamkan disamping gurunya al-Quthb."

Pada masa itu juga wafat ; Syaikh Muwaffaquddin Al-Maqdisiy, Ahmad bin Dhafar bin Hubairah, Shalih bin Al-Qasim bin Kawwr, Al-Husain bin Yahya bin Abi Ar-Raddad Al-Mishriy, Akmal bin Abul Azhar Al-‘Alawiy Al-Kharkhiy, 'Abdussalam bin Al-Mubarak Al-Bardaghawiliy dan penguasa Maroko Yusuf bin Muhammad bin Ya’qub.

Sumber: http://ashhabur-royi.blogspot.com/2010/08/ad-dimasyqiy-asy-syafii-ulama.html



Matan 'Aqidatul Mursyidah mp3 :- Muat Turun

Matan 'Aqidatul Mursyidah (PDF) :- Muat Turun





-----

Syarah Bakuratul Amani - Al-‘Alim Al-‘Allamah Asy-Syeikh Isma’il Ibn ‘Abdul Qadir Al-Fatoni



Syeikh Isma’il Ibn ‘Abdul Qadir Al-Fatoni

Judul: Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني)

Kategori: Tauhid/Aqidah

Pengarang: al-‘Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani (lahir pada 1300H/1882M di Bendang Daya, Fathani dan wafat di Mekah pada 3 November 1965M ketika berusia 83 tahun)

Tarikh selesai dikarang: 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M

Kitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني), merupakan antara kitab tauhid yang terkenal di Tanah Melayu sehingga kini. Ianya ditulis oleh al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir bin Wan Musthafa, atau dikenali juga dengan nama Pak Da ‘El al-Fathani. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas, hanya kurang lebih 10 halaman namun isinya padat. Kitab ini ditulis oleh Pak Da ‘El sewaktu beliau berziarah ke negeri Kedah atas permintaan murid-muridnya. Ianya ditulis secara spontan, berdasarkan ingatan beliau sahaja. Tarikh kitab ini selesai di tulis adalah pada tahun 1335H/1916M atau tepatnya pada hari Sabtu 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M. Kitab ini pernah di cetak oleh Matba’ah al-Ikhwan, Singapura pada tahun 1918M.

Menurut ceritanya, sejarah penulisan kitab ini adalah dari permintaan muridnya yang bernama Haji Ahmad supaya Pak Da ‘El karangkan secara ringkas matan ilmu tauhid bagi memudahkan anaknya Mat Hasan yang masih memondok agar membantunya dalam memahami ilmu tauhid. Maka permintaan itu diperkenankan oleh Pak Da ‘El, dan terhasillah kitab yang terkenal ini.

Oleh kerana kitab ini ringkas dan padat isinya sehingga sesetengah orang kerana gagal dalam memahami ‘ibaratnya, bahkan dibangkang oleh sesetengah orang, maka Pak Da ‘El telah diminta pula supaya menulis syarah bagi kitab ini. Beliau kemudian menulisnya dan diberi judul Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani (تبصرة الأداني باءلحان باكورة الأماني), selesai ditulis pada 25 Muharram 1358H / 16 Mac 1936.

Kitab Bakurah al-Amani, sehingga kini diajarkan dipondok-pondok. Bahkan merupakan sebuah teks utama di dalam ilmu tauhid. Antara tuan guru yang mengajar kitab Bakurah: Tuan Guru Haji Ismail Spanjang, Tuan Guru Haji Salleh Sik, Tuan Guru Haji Zakaria dan ramai lagi






01 Tabshiratul Adani 1-3 (Muqaddimah) :- Muat Turun


Kitab Jawi (Scan)

01 Tabshiratul Adani (Scan) 01-10 :- Muat Turun


Tuan Guru Azahar bin Hashim Al-Hadrami

01 Syarah Bakuratul Amani




02 Kitab Tabshiratul Adaani Bi Alhaani Baakuuratil Amaanii


03 Kitab Tabshiratul Adaani Bi Alhaani Baakuuratil Amaanii


04 Kitab Tabshiratul Adaani Bi Alhaani Baakuuratil Amaanii


05 Kitab Tabshiratul Adaani Bi Alhaani Baakuuratil Amaanii


06 Kitab Tabshiratul Adaani Bi Alhaani Baakuuratil Amaanii








Tuan Guru Ahmad Ridhauddin bin Tuan Guru Haji ‘Abd Wahab

Sesi Pertama






Sesi Ke Empat 1




Sesi Ke Empat 2  


Sesi Ke Empat 3



Sesi Ke Lima 1/2



Sesi Ke Lima 2/2




Sesi Ke Enam 1/2



Sesi Ke Enam 2/2




Sesi Ke Tujuh 1/2 (06 September 2013)



Sesi Ke Tujuh 2/2 (06 September 2013)



Sesi Ke Lapan (06 September 2013)












-------

Jumaat, 9 September 2011

Syarah Matan Ummul Barahin - Ustaz Mohammad Elias Bin 'Abdul Jalil Al-Malaqawi

Biodata Ustaz Mohammad Elias Al-Malaqawi:-
1.Nama: Mohammad Elias b Abdul Jalil
2.Pendidikan: hinga tingkatan lima dan melanjutkan pelajaran di pondok.
3.Asal negeri Melaka
4.Sekarang: menjadi tenaga pengajar di Pondok Diniah Bakriah Terusan Limbat Pasir Tumbuh Kota Baharu Kelantan merangkap Timbalan Lujnah Pelajaran Madrasah tersebut. selanjutnya
5. Pondok Khairu Ummah, Naik yang dipertua - laman webnya : Klik
6. Laman Web : http://almalakawi.wordpress.com/
7. Syarah Matan Ummul Barahin :- Klik



Matan Ummul Barahin :- Klik

01 Muqaddimah :- Muat Turun
02 Permulaan Ilmu :- Muat Turun
03 Pengenalan Ilmu :- Muat Turun
04 Hukum Belajar Ilmu Tauhid :- Muat Turun
05 Tiga Cara Memperolehi Ilmu :- Muat Turun

06 Dalil/Keterangan Terbahagi Dua :- Muat Turun
07 Pengertian Hukum :- Muat Turun
08 Wajib Mengetahui Hukum Akal :- Muat Turun
09 Perkara Yang Wajib Atas Mukallaf :- Muat Turun
10 Peringatan :- Muat Turun

11 Sifat Allah Yang Wajib Diketahui :- Muat Turun
12 Sifat Yang Pertama Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
13 Sifat Yang Kedua Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
14 Sifat Yang Ketiga Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
15 Sifat Yang Keempat Wajib Bagi Allah :- Muat Turun

16 Sifat Yang Kelima Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
17 Sifat Yang Keenam Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
18 Perbahasan Sifat Nafsiyah dan Salbiyah :- Muat Turun
19 Tujuh Sifat Ma’ani :- Muat Turun
20 Sifat Yang Ketujuh Wajib Bagi Allah :- Muat Turun

21 Sifat Yang Kelapan Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
22 Sifat Yang Kesembilan Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
23 Sifat Yang Kesepuluh Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
24 Dalil Allah Bersifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat :- Muat Turun
25 Sifat Yang Kesebelas dan Kedua Belas Wajib Bagi Allah :- Muat Turun

26 Sifat Yang Ketiga Belas Wajib Bagi Allah :- Muat Turun
27 Dalil Sama’ Bashar Kalam :- Muat Turun
28 Sifat Ma’nawiyah :- Muat Turun
29 Sifat Yang Harus Bagi Allah :- Muat Turun
30 Sifat Yang Wajib Bagi Sekalian Rasul :- Muat Turun

31 Sifat Yang Harus Bagi Rasul :- Muat Turun
32 Makna Dua Kalimah Syahadah :- Muat Turun
33 Perkara Yang Termasuk Dalam محمد رسول الله :- Muat Turun
34 Percaya Kepada Sekalian Nabi dan Rasul :- Muat Turun
35 Percaya Kepada Malaikat :- Muat Turun

36 Percaya Kepada Kitab :- Muat Turun
37 Percayakan Hari Kiamat :- Muat Turun
38 Makna محمد رسول الله :- Muat Turun
39 Penyudah :- Muat Turun






-------

Isnin, 5 September 2011

Haram Belajar Ilmu Usuluddin Daripada Orang Yang Tidak Mahir dan Tanda Orang Yang Sesat

Telah berkata ulama': "Haram belajar ilmu Usuluddin daripada orang yang tiada mahir ilmunya dan tiada mengambil daripada gurunya. Maka adalah pada zaman sekarang ini beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya 'alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan hamba Allah.

(Dan setengah) daripada mereka itu yang berpegang dengan ayat Qur'an yang Mutasyabihat atau Sunnah yang Mutasyabihat, pada hal tiada dilintangkan dengan qawathi' 'aqliyyah dan naqliyyah yang muhkamat tetapi mengambil mereka itu dengan zhawahir ayat yang mutasyabihat. Maka jadi jatuh mereka itu pada laut kuffur, maka sesat mereka itu dan menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. A'uzu Billah min zalik. Maka adalah mereka itu seperti dajjal atau terlebih jahat lagi daripada dajjal."

Sumber: Kitab 'Aqidatul Najin Fi 'Ilmi Ushuliddin - Asy-Syeikh Zainal 'Abidin Bin Muhammad Al-Fatoni (Tuan Minal)

*************

Berkata Al-Fadhil Muhyiddin Muhammad Ghazali ibn Haji 'Abdullah, di dalam kitabnya "Risalah Panduan Sifat Dua Puluh" halaman 2, iaitu:

"Adapun sebahagian pelajaran di zaman sekarang ini mengatakan bahawa sifat dua puluh itu adalah Falsafah Greek. Maka perkataan itu adalah keluar daripada perkataan orang yang terpengaruh dengan kebesaran dunia dan kemegahan dunia, jangan terpedaya dengan perkataan itu, itulah dia dajjal zamani namanya."

********************************

Berkata ‘Abdul ‘Aziz Bin Isma’il Al-Fatoni di dalam kitabnya "Al-Mishbahul Munir" halaman 3:

"Dan aku memohon kepada Allah pula bahawa menjadikan risalah ini perisai yang dapat mempertahankan dan dapat menolakkan akan segala ajaran-ajaran yang sesat yang menyesatkan orang awam, yang dibawa akan dia oleh orang-orang yang tidak sangkakan dengan jahilnya seperti ajaran-ajaran yang mengatakan tidak wajib belajar sifat-sifat dua puluh yang termasyhur itu dan ajaran-ajaran melihat Tuhan di dalam di dunia. Dan ajaran-ajaran yang memegang dengan zahir ayat mutasyabihat dan yang mengatakan Tuhan bertempat dan sebagainya daripada ajaran-ajaran Ahli Dholalah (ahli kesesatan). Dan aku pohon kepada Allah  pula bahawa menjadi akan dia satu simpanan yang baik bagiku dunia dan akhirat."