Telah berkata ulama': "Haram belajar ilmu Usuluddin daripada orang yang tiada mahir ilmunya dan tiada mengambil daripada gurunya. Maka adalah pada zaman sekarang ini beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya 'alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan hamba Allah.
(Dan setengah) daripada mereka itu yang berpegang dengan ayat Qur'an yang Mutasyabihat atau Sunnah yang Mutasyabihat, pada hal tiada dilintangkan dengan qawathi' 'aqliyyah dan naqliyyah yang muhkamat tetapi mengambil mereka itu dengan zhawahir ayat yang mutasyabihat. Maka jadi jatuh mereka itu pada laut kuffur, maka sesat mereka itu dan menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. A'uzu Billah min zalik. Maka adalah mereka itu seperti dajjal atau terlebih jahat lagi daripada dajjal."
Sumber: Kitab 'Aqidatul Najin Fi 'Ilmi Ushuliddin - Asy-Syeikh Zainal 'Abidin Bin Muhammad Al-Fatoni (Tuan Minal)
*************
Berkata Al-Fadhil Muhyiddin Muhammad Ghazali ibn Haji 'Abdullah, di dalam kitabnya "Risalah Panduan Sifat Dua Puluh" halaman 2, iaitu:
"Adapun sebahagian pelajaran di zaman sekarang ini mengatakan bahawa sifat dua puluh itu adalah Falsafah Greek. Maka perkataan itu adalah keluar daripada perkataan orang yang terpengaruh dengan kebesaran dunia dan kemegahan dunia, jangan terpedaya dengan perkataan itu, itulah dia dajjal zamani namanya."
********************************
Berkata ‘Abdul ‘Aziz Bin Isma’il Al-Fatoni di dalam kitabnya "Al-Mishbahul Munir" halaman 3:
"Dan aku memohon kepada Allah pula bahawa menjadikan risalah ini perisai yang dapat mempertahankan dan dapat menolakkan akan segala ajaran-ajaran yang sesat yang menyesatkan orang awam, yang dibawa akan dia oleh orang-orang yang tidak sangkakan dengan jahilnya seperti ajaran-ajaran yang mengatakan tidak wajib belajar sifat-sifat dua puluh yang termasyhur itu dan ajaran-ajaran melihat Tuhan di dalam di dunia. Dan ajaran-ajaran yang memegang dengan zahir ayat mutasyabihat dan yang mengatakan Tuhan bertempat dan sebagainya daripada ajaran-ajaran Ahli Dholalah (ahli kesesatan). Dan aku pohon kepada Allah pula bahawa menjadi akan dia satu simpanan yang baik bagiku dunia dan akhirat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan