Halaman

Khamis, 14 Mei 2020

KELEBIHAN MAHAMID TSAMANIYAH



Disebut tentang Mahamid Tsamaniyah [Puji-Pujian Yang Lapan] sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Ta'mir, sabdaan Baginda ﷺ secara jaga bukan di dalam mimpi kepada sebahagian ahli 'Arifin:

إِنَّ الَّذِيْ يَقُوْلُ كُلَّ حَمْدٍ مِنْهَا ثَلاَثًا فَكَأَنَّمَا عَبَدَ اللهَ أَلْفَ أَلْفِ عَامٍ.

"Sesungguhnya orang yang membaca setiap pujiam daripada Mahamid Tsamaniyah sebanyak tiga kali, maka seolah-olah dia telah beribadah kepada Allah selama sejuta tahun."

Di dalam kitab Al-Ta'mir juga disebut: "Sesiapa yang menambah pada setiap lafaz tasbih, takbir atau zikir-zikir yang lain dengan lafaz:

فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ.

"Pada setiap kerlipan mata dan hembusan nafas sebanyak yang diliputi oleh ilmu Allah." Maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan neraca timbangannya dengan sesempurna timbangan.

Ia merupakan himpunan kata [Jawami' Al-Kalim] yang telah Allah wariskan kepada Sayyid ibn Idris daripada nendanya Nabi Muhammad ﷺ. Sesungguhnya beliau telah berkata:

أَخْذْتُهَا عَنِ اللهِ عزوجل بِلاَ وَاسِطَةٍ، وَعَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم بِلاَ وَاسِطَةٍ، وَعَنْ جِبْرِيْلَ عليه السلام بِلاَ وَاسِطَةٍ. 

"Saya telah mengambilnya [Mahamid Tsamaniyah] daripada Allah tanpa perantaraan, daripada Nabi juga tanpa perantaraan dan juga daripada Jibril tanpa perantaraan."

Maka tidak hairannya Mahamid Tsamaniyah ini berada pada kedudukan ini. Hal ini kerana, Mahamid Tsamaniyah ini telah didatangkan dengan menggunakan gaya bahasa yang amat menakjubkan dalam meluahkan rasa syukur dan merupakan matlamatnya. Bahkan, dengan membacanya satu kali, akan menarik kamu kepada satu maqam yang menjadi cita-cita para Arifin dan sasaran pandangan ahli Muqarrabin, iaitu menyaksikan limpahan kurniaan Allah.

Di dalam Kaimiya' Al-Yaqin yang dikarang oleh Sayyid Ahmad ibn Idris, Rasulullah telah bersabda dengan lafaz hadith Qudsi daripada Allah:

يَا مُوْسَى إِذَا رَأَيْتَ النِّعْمَةَ مِنِّي فَقَدْ شَكَرْتَنِي حَقَّ الشُّكْرِ.

"Wahai Musa, apabila kamu melihat bahawa segala nikmat adalah daripadaKu, maka engkau telah bersyukur kepadaKu dengan sebenar-benar syukur."

Jalan untuk menggapai kedudukan ini, kamu dapat lihat Sayyid Ahmad ibn Idris telah memasukkan pada setiap pujiannya lafaz-lafaz yang memberikan faedah gandaan dan penyucian Allah dari segala perkara yang tidak layak bagiNya. Pada setiap gandaan dan penyucian itu pula, beliau mendatangkan bentuk lafaz yang memberikan faedah dan maksud tiada berpenghujung dan tidak dapat dicapai oleh akal seperti ungkapannya:

كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِ اللهِ، وَعَظَمَةِ ذَاتِ اللهِ، فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ، حَمْدًا دَآئِمًا يَدُوْمُ بِدَوَامِ اللهِ.

"Sebagaimana yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran zatMu" "Pada setiap kerlipan mata dan hembusan nafas, sebanyak yang diliputi oleh ilmu Allah" "Dengan pujian yang berkekalan selama kekalnya Allah"

الْحَمْدُ ِللهِ وَالشُّكْرُ ِللهِ عَلَى جَمِيْعِ نِعَمِ اللهِ، حَمْدًا وَشُكْرًا يَلِيْقَانِ بِجَلاَلِ اللهِ، وَجَمَالِ اللهِ، وَكَمَالِ اللهِ، وَكِبْرِيَآءِ اللهِ، وَعَظَمَةِ اللهِ، وَقُدْرَةِ اللهِ، وَسُلْطَانِ اللهِ، دَآئِمَيْنِ بِدَوَامِ اللهِ، بَاقِيَيْنِ بِبَقَآءِ اللهِ، فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا أحَاطَ بِهِ عِلْمُ اللهُ، وَأَحْصَاهُ كِتَابُ اللهِ، وَخَطَّهُ قَلَمُ اللهِ، وَعَدَدَ مَا أَوْجَدَتْهُ قُدْرَةُ اللهِ، وَخَصَّصَتْهُ إِرَادَةُ اللهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِ اللهِ، كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِ رَبِّنَا وَجَمَالِهِ وَكَمَالِهِ، وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى.

"Segala puji hanya bagi Allah dan segala syukur hanya untuk Allah atas segala nikmat Allah. Aku memuji dan bersyukur dengan pujian dan syukur yang selayaknya dengan keperkasaan Allah, kecantikan Allah, kesempurnaan Allah, kebesaran Allah, keagungan Allah dan kekuasaan Allah. Dengan pujian dan syukur yang berterusan sebagaimana kekalnya Allah dan baqa' sebagaimana baqa'nya Allah, pada setiap kerlipan mata dan hembusan nafas, sebanyak mana yang diliputi oleh ilmu Allah, sebanyak kandungan Luh al Mahfuz semenjak Allah mencipta alam sehingga penghujungnya, sebanyak yang ditulis oleh pen Allah, sebanyak bilangan yang telah diciptakan oleh kekuasaan Allah, telah dikhususkan di dalam kehendak Allah dan ssbanyak tinta kalimah-kalimah Allah, sebagaimana yang layak dengan keagungan zat Tuhan kami, kecantikanNya, kesempurnaanNya dan sebagaimana yang disukai dan diredhai oleh Tuhan kami."

Semua ini menunjukkan kepada keprihatinan Sayyid Ahmad ibn Idris terhadap maqam pujian yang didatangkan dalam bentuk dan gaya bahasa yang bersangatan pada puncak ketinggiannya bagi mencapai tujuan yang dikehendaki dari pujian tersebut untuk melahirkan atau menyatakan daripada dirimu pujian yang teragung atas nikmat-nikmat Allah. Jika nikmat tersebut bukanlah nikmat yang terlalu besar sekalipun, namun nikmat tersebut telah sampai kepads tahap ketinggian yang tidak akan mampu diungkapkan dengan tulisan dan lemah dari dapat ditunjukkan dengan sebarang isyarat. Hal ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah :

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا

"Jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), maka kamu tidak akan dapat menghitungnya satu persatu (apatah lagi untuk mensyukurinya)." Al-Nahl: 18

Oleh sebab itu, suatu nikmat yang diterima sudah selayaknya untuk dibalas dengan gandingan pujian yang agung ini kerana tidak akan dibalas sesuatu yang agung melainkan dengan keagungan yang seumpamanya.

Mahamid Tsamaniyah ini telah menarik kamu kepada pujian dan penyaksian dengan cara yang selayaknya bagi kurniaan yang agung. Mahamid Tsamaniyah ini juga telah menarik kamu kepada suatu penyaksian kemegahan di mana kamu ingin dengan pujian yang agung ini ia layak di sisi kesempurnaan Allah sebagaimana yang selayaknya bagiNya.

Sesungguhnya suatu kesempurnaan itu menuntut kepada penyucian dan pujian dengan gaya bahasa pujian yang menakjubkan seperti di dalam Mahamid ini kerana akal yang diselubungi kehairanan dan kelemahan tidak mampu menjangkauinya.

Hakikanya, kesempurnaan Tuhan itu terlalu besar untuk dipuji sebagaimana selayakNya. Maha Suci Engkau, tidaklah kami mampu menghitung pujian terhadapMu. Engkau adalah seumpama pujianMu ke atas diriMu.

Adapun pujian itu terbahagi kepada dua, pujian secara umum dan pujian secara khusus sebagaimana yang diketahui. Mahamid Tsamaniyah ini telah mencakupi kedua-dua bahagian pujian ini sebagaimana yang terserlah pada lafaznya.

Sumber:
Risalah Al-Aurad Al-Idrisiyah oleh Al-Imam Muhammad bin 'Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Idris.








----------------------






Tiada ulasan:

Catat Ulasan