Halaman

Ahad, 31 Mei 2015

Kepentingan Ilmu Tauhid


Kepentingan Ilmu Fardhu 'Ain - Tuan Guru Ahmad Ridhauddin bin 'Abdul Wahab Penanti


Beramal Tanpa Ilmu Tauhid - Ustaz Wan Junaidi




Betul Dulu 'Aqidah - Ustaz Azhar Idrus




Berkata Syaikh Ahmad Al-Fatoni dalam nazamnya Jumanatut Tauhid:

005 – وَبَعْدُ فَالتَّوْحِيْدُ فِي الْعُلُوْمِ كَمَثَلِ الشَّمْسِ مِنَ النُّجُوْمِ
Adapun setelah itu, maka perumpamaan ilmu Tauhid di kalangan ilmu-ilmu lainnya adalah bagaikan matahari di kalangan bintang-bintang.
006 – وَلاَ يَفُوْزُ الْعَبْدُ فِيْ إِهْمَالِهِ لِأَنَّهُ اَعَزُّ رَأْسِ مَالِهِ
Dan tidak akan berjaya seorang hamba itu jika dia meremehkannya Kerana ia adalah modal yang paling mulia dan kuat baginya.
007 – وَفِيْهِ ذِيْ اُرْجُوْزَةٌ وَسِيْمَهْ كَأَنَّهَا جُمَانَةٌ يَتِيْمَهْ
Dan bait-bait nazam dalam “Bahar Rajaz” yang indah bagaikan mutiara yang tiada tolok bandingnya ini adalah membicarakan tentangnya (Ilmu Tauhid).
008 – بَلْ إِنَّهَا يَاقُوْتَةٌ فَرِيْدَه تَهْدِيْكَ مَا لَمْ تَهْدِهِ قَصِيْدَهْ
Bahkan ianya bagaikan permata yaqut yang tiada tandingan Yang akan memberikan kepadamu petunjuk yang tak pernah diberikan oleh mana-mana qasidah dan nazam.
009 – جَعَلَهَا لَهُ إِلَهِيْ خَالِصَهْ كَامِلَةً فِي النَّفْعِ غَيْرَ نَاقِصَهْ
Semoga Tuhanku menjadikannya (nazam ini) benar-benar ikhlas keranaNya Sempurna dan tidak berkurang dalam kemanfaatannya.
010 – فَاعْلَمْ اَخَا التَّكْلِيْفِ بِالتَّوْحِيْدِ وَلاَ تَكُوْنَنْ مِنْ أُوْلِى التَّقْلِيْدِ
Maka wahai saudaraku yang Mukallaf (‘Aqil Baligh), ketahuilah olehmu akan Ilmu Tauhid Janganlah engkau menjadi daripada orang-orang yang hanya berTaqlid.
011 – إِذْ قَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ فِيْهِمْ كَفَرُوْا وَمُؤْمِنُوْنَ قَالَ بَعْضٌ آخَرُ
Kerana sebahagian ulama’ mengatakan bahawa orang-orang yang hanya berTaqlid itu tetap kafir Dan sebahagian ulama’ lagi mengatakan bahawa mereka tetap beriman.
012 – وَالْحَقُّ اَنَّهُمْ ذَوُوْ اِيْمَانِ اِنْ كَانَ عَقْدُهُمْ عَلَى اِتْقَانِ
Dan yang sebenarnya adalah mereka itu tetap beriman Jika ‘aqidah dan kepercayaan mereka itu benar-benar kukuh.
013 – لَكِنْ عَصَى بِعَدَمِ التَّعَلُّمِ دَلِيْلَهُ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْهُمِ
Akan tetapi mereka itu berdosa kerana tidak mempelajari dalil-dalil ilmu Tauhid itu, iaitu mereka-mereka yang mampu mempelajarinya (tapi tidak mahu belajar).
014 – ثُمَّ اِلَى كِفَايَةِ اْلإِجْمَالِىْ ذَهَبَ جُمْهُوْرُ ذَوِى الْمَعَالِىْ
Kemudian para jumhur ulama’ yang mulia telah berpendapat bahawa cukup sekadar mengetahui dalil-dalil ilmu Tauhid itu secara rambang sahaja, tidak wajib dengan terperinci.
015 – كَأَنْ تَقُوْلَ الْخَلْقُ ذَا دَلَّ عَلَى خَالِقِهِ وَلَمْ تَحُلَّ الْمُشْكِلاَ
Seperti engkau katakan: Segala makhluk yang telah tercipta ini adalah dalil yang menunjukkan kepada adanya Sang Pencipta yang menciptakannya... Dan engkau tidak pula menghuraikan segala kemusykilannya.
Terjemahan Oleh:
Ustaz Dhiya’uddin Nor Amali Al-Hafiz
Disalin Oleh:
Muhamad Rauf bin Minhat




1. Kewajipan Mempelajari dan Mengajar Ilmu Tauhid:- Klik

2. Haram Belajar Ilmu Usuluddin Daripada Orang Yang Tidak Mahir dan Tanda Orang Yang Sesat :- Klik


3. Mazhab Al-Asy'ariyah Prinsip & Sejarahnya :- Klik


4. Haqiqat Asya'irah :- Klik


5. Kebenaran I’tiqad Imam Abu Hasan Al-Asya’ri dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi :- Klik
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan