HUKUM MAKAN MELEBIHI HAD KENYANG
.
SOALAH: Apa hukum makan berlebihan, dah kenyang pun makan lagi?
.
JAWAPAN:
.
1. Antara bid‘ah pertama yang muncul dalam kehidupan umat Islam ialah budaya makan hingga terlalu kenyang. Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad daripada Sayidatina Aisyah binti Abu Bakar bahawa beliau berkata:
أَوَّلُ بِدْعَةٍ حَدَثَتْ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ الشِّبَعُ
Maksudnya: “Bid‘ah pertama yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW ialah kenyang (makan berlebihan).”
.
2. Imam al-Rafi‘i dan Imam al-Nawawi menyebut bahawa hukum makan melebihi had kenyang ialah makruh. Ini kerana ia boleh membawa kepada malas beribadah, berat badan, dan keras hati. Sebahagian ulama lain pula berpendapat hukumnya haram.
.
3. Sebahagian ulama menghimpunkan kedua-dua pandangan ini dengan perincian: hukum makruh jika makan berlebihan menggunakan harta sendiri, manakala haram jika menggunakan harta orang lain. Perincian ini disebut dalam Tuhfah al-Muhtaj dan Nihayah al-Muhtaj.
.
4. Kesimpulannya, Islam mengajar umatnya bersederhana dalam makan dan minum. Tujuan makan adalah untuk menguatkan tubuh bagi taat kepada Allah, bukan menuruti hawa nafsu hingga melampaui batas.