HUKUM ORANG IHRAM MEMILIKI HAIWAN BURUAN
(Terjemahan kitab Qurratul Ain fatwa-fatwa Syeikh Ismail az-Zain)
.
SOALAN PERTAMA: iaitu apabila seseorang berihram sedangkan dia memiliki burung, maka wajib ke atasnya melepaskannya dari tangannya sebagaimana yang disebut oleh al-‘Allamah ad-Damiri dalam Hayat al-Hayawan.
Dan mereka bertanya: adakah terdapat helah (cara) dengan memberikannya kepada salah seorang kerabatnya atau ahli keluarganya supaya haiwan itu keluar daripada miliknya sebagai ganti daripada melepaskannya? Dan adakah terdapat pandangan yang mengatakan tidak wajib melepaskannya?
— al-Ustaz Ahmad Mandub al-Indunisi —
JAWAPAN: Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan kamu kepada kebenaran. Sesungguhnya pendapat muktamad dalam mazhab ialah: sesiapa yang di tangannya terdapat haiwan buruan yang halal dimakan dan liar, maka ia dianggap sebagai haiwan buruan darat, sama ada burung atau selainnya. Maka apabila seseorang berihram, hendaklah dia melepaskan haiwan tersebut daripada miliknya.
.
Hal ini kerana tangan orang yang berihram terhalang daripada memburu haiwan darat dan dilarang daripada menguasainya.
.
Namun mereka berkata: wajib dilepaskan itu sebagai penegasan untuk melepaskan pegangan tangan(pemilikan), bukan khusus semata-mata perbuatan melepaskan.
.
Jika dia menghilangkan pemilikannya daripadanya dengan cara menjual atau menghadiahkannya kepada orang lain, atau kepada sebahagian kerabatnya, bahkan kepada anak kecilnya sekalipun, dengan berkata: “Aku hadiahkan kepada anakku si fulan”, lalu ia menerimanya sebagai wali anak itu dengan katanya; "saya menerimanya untuknya", maka itu adalah harus.
.
Apabila dia berihram selepas itu, tidak lagi dikatakan bahawa haiwan itu berada di tangannya sebagai buruan, dia tidak berdosa, dan tidak juga dia diwajibkan melepaskannya, kerana haiwan itu telah keluar daripada miliknya kepada pemilikan orang lain yang sah memilikinya, walaupun melalui perantaraan wali (penjaga).
.
Perkara ini dianggap sebagai satu helah fiqh yang sah dan tidak haram serta tidak makruh. Dan dia juga berhak menarik semula pemberian itu selepas selesai ibadat haji, jika dihadiahkan kepada anaknya, kerana seorang bapa boleh menarik kembali hibah kepada anaknya sebagaimana yang disebut dalam kitab-kitab mazhab.
.
Dengan ini terputuslah perbincangan tentang sama ada terdapat pandangan yang tidak mewajibkan melepaskan haiwan buruan jika ia masih dimiliki sebelum ihram, kerana fatwa hanyalah berdasarkan pendapat muktamad dalam mazhab.
Wallahu a‘lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan