IMAM KEMBALI DUDUK SELEPAS MENIGGALKAN TAHIYYAT AWAL
SOALAN: Imam terlupa tahiyyat awal lalu terus bangun. Ketika imam sudah berdiri, ada makmum menegur “Subhanallah”, lalu imam turun semula untuk duduk tahiyyat awal. Apakah tindakan makmum?
JAWAPAN:
1. Apabila imam atau orang yang solat bersendirian telah bangun berdiri meninggalkan tahiyyat awal, maka tidak boleh lagi dia turun semula untuk melakukannya kerana tahiyyat awal adalah sunat. Apabila sudah berdiri dan masuk kepada rukun selepasnya, kembali duduk adalah tidak dibenarkan.
2. Jika imam tetap turun semula, maka diperincikan hukumnya: jika dia turun dalam keadaan sengaja dan mengetahui hukum, maka batal solatnya. Namun jika dia turun kerana terlupa atau tidak mengetahui hukum, maka solatnya tidak batal. Kebiasaannya keadaan ini berlaku kerana terlupa atau jahil. Perkara ini disebutkan dalam kitab Busyra al-Karim:
فَإِنْ عَادَ عَالِمًا بِتَحْرِيمِهِ عَامِدًا بَطَلَتْ صَلَاتُهُ؛ لِزِيَادَتِهِ فِعْلًا يُخِلُّ بِهَيْئَتِهَا بِلَا عُذْرٍ
Terjemahan: jika dia kembali dalam keadaan mengetahui pengharamannya serta sengaja, maka batal solatnya kerana dia menambah satu perbuatan yang merosakkan bentuk solat tanpa sebarang keuzuran.
3. Adapun tindakan makmum dalam situasi ini ialah bangun berdiri dan menunggu imam atau berniat mufaraqah. Makmum tidak boleh turun duduk bersama imam kerana jika imam sengaja turun maka solatnya batal dan tidak boleh diikuti, manakala jika imam turun kerana terlupa atau jahil, makmum juga tidak boleh mengikut perbuatan yang salah tersebut. Namun kerana ada kemungkinan imam itu terlupa, maka tidak wajib ke atas makmum untuk mufaraqah.
4. Perkara ini juga disebutkan dalam kitab Busyra al-Karim:
وَلَوْ قَامَ الإِمَامُ عَنْهُ ثُمَّ عَادَ لَمْ تَجُزْ مُوَافَقَتُهُ؛ لِأَنَّهُ إِمَّا عَامِدٌ وَصَلَاتُهُ بَاطِلَةٌ، أَوْ سَاهٍ وَهُوَ لَا تَجُوزُ مُوَافَقَتُهُ، بَلْ يَقُومُ الْمَأْمُومُ إِنْ لَمْ يَكُنْ قَدْ قَامَ فَوْرًا، وَيَنْتَظِرُهُ قَائِمًا؛ حَمْلًا لِعَوْدِهِ عَلَى السَّهْوِ أَوِ الْجَهْلِ، أَوْ يُفَارِقُهُ، وَهِيَ هُنَا أَوْلَى، وَفِيمَا إِذَا قَامَ الإِمَامُ لِخَامِسَةٍ أَوْلَى؛ لِلْخِلَافِ فِي جَوَازِ انْتِظَارِهِ حِينَئِذٍ
Terjemahan: jika imam telah bangun kemudian kembali duduk, maka tidak harus bagi makmum mengikutinya kerana sama ada imam itu sengaja (maka solatnya batal) atau terlupa (juga tidak boleh diikuti). Bahkan makmum hendaklah bangun dan menunggu imam dalam keadaan berdiri dengan menganggap perbuatan itu kerana lupa atau jahil, atau dia boleh mufaraqah. Mufaraqah dalam keadaan ini adalah lebih utama, lebih-lebih lagi dalam kes imam berdiri ke rakaat kelima kerana terdapat khilaf tentang harus menunggunya.
#ustazzakizulkifli
#FiqhSolat
#MazhabSyafie
#TazkirahRingkas
#IlmuFardhuAin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan