MAKMUM YANG MENDAPATI IMAM SEDANG RUKUK
Makmum yang mendapati imam sedang rukuk hanya dikira mendapat rakaat tersebut jika memenuhi tiga syarat berikut. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka rakaat itu tidak dikira mengikut mazhab Syafi‘i.
1. Bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri dengan niat takbiratul ihram sahaja. Makmum hendaklah mengangkat takbiratul ihram ketika berdiri dan berniat takbiratul ihram sahaja.
Sekiranya dia bertakbiratul ihram ketika sedang turun untuk rukuk, atau bertakbir dalam keadaan berdiri tetapi berniat takbir untuk rukuk, atau berniat kedua-duanya sekali (takbiratul ihram dan takbir rukuk), atau tidak mempunyai niat yang jelas, maka solatnya tidak sah.
2. Sempat tomakninah dalam rukuk secara yakin. Makmum hendaklah sempat rukuk serta mencapai tomakninah sebelum imam mengangkat kepala daripada rukuk.
Sekiranya dia tidak sempat tomakninah, atau dia ragu-ragu sama ada sempat tomakninah atau tidak sebelum imam bangun daripada rukuk, maka rakaat tersebut tidak dikira baginya.
3. Rukuk tersebut merupakan rukuk yang dikira bagi imam. Rukuk yang didapati oleh makmum mestilah rukuk yang sah dan dikira sebagai rukuk bagi imam.
Jika rukuk itu tidak dikira, seperti imam sebenarnya telah berhadas, atau rukuk tersebut merupakan rukuk tambahan seperti rukuk pada rakaat kelima, maka makmum tidak mendapat rakaat tersebut.
.
Kesimpulannya, seseorang makmum hanya dikira mendapat rakaat apabila dia sempat bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri dengan niat takbiratul ihram sahaja, sempat tomakninah dalam rukuk sebelum imam bangun daripadanya, dan rukuk yang didapatinya itu merupakan rukuk yang sah serta dikira bagi imam.
Ramai orang terlalu tergesa-gesa apabila melihat imam sedang rukuk kerana bimbang terlepas rakaat. Akibatnya, ada yang terus membongkok sebelum sempurna takbiratul ihram. Sedangkan mendapat satu rakaat bukanlah dengan sekadar sempat rukuk bersama imam, bahkan mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
Oleh itu, apabila masuk ke masjid dan mendapati imam sedang rukuk:
Jangan tergesa-gesa turun ke rukuk sebelum sempurna takbiratul ihram dalam keadaan berdiri.
-Pastikan niat takbiratul ihram sahaja ketika mengangkat takbir.
-Lakukan rukuk dengan tenang dan sempat tomakninah.
-Jika ragu-ragu sama ada sempat mendapat rukuk atau tidak, maka asalnya rakaat itu tidak dikira.
#SolatBerjemaah
#FiqhMazhabSyafie
#BelajarFarduAin
#IlmuFiqh
#ustazzakizulkifli