SOALAN: Assalamualaikum ustaz. Ada soalan manqul ni. Dia tanya psl dia kena mandi tak jika hasyafah tak masuk hingga rasa tulang dalam faraj. Dia confuse walau hasyafah dah tenggelam tapi dia kata tak masuk pun alik dalam. Ada tafsil tak pasal kadar ni ust
.
JAWAPAN
1. Salah satu perkara yang mewajibkan mandi junub ialah masuknya kepala zakar (ḥasyafah) ke dalam faraj. Perkara ini disebutkan dalam matan yang paling asas iaitu kitab Safīnah an-Najāh:
إِيْلَاجُ الْحَشَفَةِ فِي الْفَرْجِ
Maksudnya:
“Masuknya kepala zakar ke dalam faraj.”
2. Di dalam Syarah Safinah dijelaskan lagi kadar masuk kepala zakar tersebut dengan katanya:
أَيْ دُخُولُهَا كُلَّهَا وَإِنْ طَالَتْ
Maksudnya:
“Iaitu masuk keseluruhan kepala zakar tersebut walaupun panjang.”
3. Jika seseorang itu tidak mempunyai kepala zakar sama ada kerana dilahirkan demikian atau terpotong, maka ditakdirkan dengan kadar biasa panjang kepala zakar. Sebahagian ulama menyebut kadar biasa kepala zakar ialah kira-kira ruas ibu jari tangan.
4. Kesimpulannya, ukuran yang diambil kira dalam mewajibkan mandi junub bukanlah “rasa masuk jauh” atau sampai ke bahagian dalam faraj, tetapi memadai dengan tenggelam keseluruhan hasyafah ke dalam faraj. Jika keseluruhan hasyafah telah masuk, maka wajib mandi junub walaupun tidak keluar mani. Namun jika sebaliknya, tidak wajib mandi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan