1. Betulkah dalam mazhab Imam al-Syafi‘i dilarang membuat dua jamaah dalam satu masjid?
2. Sebenarnya, dalam isu ini perlu dilihat terlebih dahulu jenis masjid yang dilakukan jamaah kedua tersebut. Jika masjid itu ialah masjid yang menjadi laluan orang ramai, yang disebut dalam kitab fiqh sebagai masjid مطروق, maka hukumnya tidak haram dan tidak juga makruh.
3. Namun jika masjid tersebut bukan masjid matruq, maka hukum mendirikan jamaah kedua hanyalah makruh, bukannya haram. Inilah pendapat mu‘tamad dalam mazhab Syafi‘i.
4. Mari kita lihat petikan daripada kitab al-Minhaj al-Qawim karya Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami:
وَكَذَا تُكْرَهُ الْجَمَاعَةُ أَيْ إِقَامَتُهَا فِي مَسْجِدٍ لَهُ إِمَامٌ رَاتِبٌ قَبْلَهُ أَوْ مَعَهُ أَوْ بَعْدَهُ وَهُوَ غَيْرُ مَطْرُوقٍ وَلَمْ يَأْذَنْ فِي ذٰلِكَ؛ لِأَنَّهُ يُورِثُ الطَّعْنَ فِيهِ وَتَفَرُّقَ النَّاسِ عَنْهُ، بِخِلَافِ مَا إِذَا لَمْ يَكُنْ لَهُ إِمَامٌ رَاتِبٌ أَوْ أَذِنَ إِمَامُهُ الرَّاتِبُ لِأَنَّ الْحَقَّ لَهُ، أَوْ كَانَ الْمَسْجِدُ مَطْرُوقًا؛ لِانْتِفَاءِ مَا ذُكِرَ، لِأَنَّ الْعَادَةَ فِي الْمَطْرُوقِ أَنْ لَا يُقْتَصَرَ فِيهِ عَلَى جَمَاعَةٍ وَاحِدَةٍ
5. Maksudnya:“Demikian juga makruh berjamaah, iaitu mendirikan solat berjamaah di dalam masjid yang mempunyai imam ratib (imam tetap), sama ada dilakukan sebelum jamaah rasmi, serentak dengannya atau selepasnya, sedangkan masjid itu bukan masjid matruq (masjid yang menjadi laluan orang ramai), dan imam ratib itu tidak mengizinkan perkara tersebut. Ini kerana ia boleh menyebabkan cemuhan terhadap imam tersebut dan menyebabkan orang ramai berpecah serta meninggalkan jamaah rasminya.
6. Berbeza keadaannya apabila masjid itu tidak mempunyai imam ratib, atau imam ratib mengizinkannya kerana hak tersebut miliknya, atau masjid itu merupakan masjid matruq. Ini kerana sebab yang disebut tadi tidak wujud. Hal ini kerana kebiasaan bagi masjid matruq ialah tidak terhad kepada satu jamaah sahaja.”
7. Kesimpulannya, terdapat 3 syarat untuk menjadi makruh mendirikan jamaah kedua selepas selesai jamaah pertama di sesebuah masjid:
i. Masjid tersebut mempunyai imam ratib (imam tetap).
ii. Masjid itu bukan masjid matruq.
iii. Jamaah kedua dilakukan tanpa keizinan imam ratib.
8. Adapun dakwaan bahawa ia haram secara mutlak adalah tidak tepat. Bahkan jika cukup semua syarat sekalipun, hukumnya hanya sampai kepada makruh dan bukannya haram menurut pendapat mu‘tamad mazhab Syafi‘i.

Lihat Sedikit
— di Batu Caves.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan