Perbuatan membuang dan melupuskan kulit binatang korban adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan hukum agama. Dalam fiqh korban, setiap inci bahagian korban sepatutnya dimanfaatkan untuk orang Islam.
Disebutkan di dalam kitab Minhaj al-Qawim karangan Syeikh Ibn Hajar al-Haitami رحمه الله (juz 6, m.s. 650 berserta Hasyiah at-Tarmasi):
وَلَا يَجُوزُ بَيْعُ شَيْءٍ مِنْهَا أَيْ مِنْ أُضْحِيَّةِ التَّطَوُّعِ وَلَا إِتْلَافُهُ بِغَيْرِ الْبَيْعِ
Maksudnya:
“Dan tidak harus menjual sesuatu pun daripadanya, iaitu daripada korban sunat. Begitu juga tidak harus merosakkannya atau membinasakannya tanpa jual beli.”
Maka membuang kulit, tulang, atau bahagian korban yang masih boleh dimanfaatkan termasuk perkara yang bercanggah dengan semangat ibadah korban menurut para fuqaha’.
Sebaiknya dicari jalan supaya kulit dan bahagian korban dapat dimanfaatkan. Ada pendapat yang dihikayatkan oleh Imam al-Haramain bahawa dibolehkan menjual kulit binatang korban lalu hasil jualannya disedekahkan kepada faqir miskin. Begitu juga dihikayatkan daripada pendapat Imam Abu Hanifah رحمه الله bahawa boleh dijual bahagian korban dan hasilnya diberikan kepada faqir miskin orang Islam(al-Majmuk juz 9 m.s 465)
Ibadah korban bukan sekadar tradisi atau adat tahunan. Ia adalah ibadah dan kepatuhan kepada syariat Allah Ta‘ala. Bukan sekadar acara festival tahunan, tetapi lambang pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan