SOALAN: Saya ada mendengar video pendek Buya Yahya. Beliau mengatakan tak wajib cari duit utk pegi haji. Yang wajib cari nafkah untuk isteri. Saya keliru, betul ke tak wajib cari duit utk pegi haji???
.
JAWAPAN
1- Ya, benar bahawa tidak wajib seseorang itu mengumpulkan duit semata-mata untuk pergi haji. Namun, apabila seseorang telah memiliki harta yang mencukupi dan memenuhi syarat-syarat lain (seperti sihat, aman perjalanan dan sebagainya), maka wajib ke atasnya menunaikan haji.
2- Syeikh Muhammad Bin Ismail al-Fathoni menyebutkan di dalam kitabnya al-Bahr al-Wafi juz 2 m/s 414:
“Demikian lagi tiada wajib atasnya menghasilkan bekalan naik haji dengan berusaha(bekerja) kerananya dengan berjual beli dan dengan kepandaian kerana qaedah تحصيل الوجوب ليس بواحب yakni menghasilkan yang wujub itu tiada wajib ia”
3- Untuk memudahkan kefahaman: syarat wajib zakat ialah cukup nisab. Adakah seseorang itu wajib mencari harta sehingga cukup nisab supaya zakat menjadi wajib ke atasnya? Jawapannya tidak. Maka demikian juga dalam isu haji.
4- Walau bagaimanapun, seseorang itu dituntut mengurus kewangan dengan baik, mendahulukan nafkah yang wajib seperti keperluan diri dan keluarga, kemudian berusaha menyimpan (seperti di Tabung Haji) agar berpeluang menunaikan haji. Ini termasuk dalam perancangan hidup yang baik, bukan kewajipan syarak untuk menjadikannya wajib.
5- Kesimpulannya, mencari duit untuk haji bukan kewajipan, tetapi apabila kemampuan telah ada, maka menunaikan haji menjadi kewajipan. Nikmat mengerjakan haji adalah sangat besar.
.
MZMAZ
5/5/2024

Tiada ulasan:
Catat Ulasan