HAYAT MUSTAQIRRAH KETIKA SEMBELIHAN
1. Binatang yang disyaratkan mempunyai hayat mustaqirrah ketika disembelih ialah binatang yang telah berlaku ke atas dirinya perkara yang pada kebiasaannya membawa kepada kematian (ما يُحَالُ عَلَيْهِ الْمَوْتُ).
Contohnya binatang yang diterkam binatang buas, ditanduk oleh binatang lain atau dilanggar lori sehingga mengalami kecederaan yang parah.
2. Dalam keadaan ini, tidak memadai sekadar ada saki-baki nyawa. Bahkan hendaklah dipastikan binatang tersebut masih mempunyai hayat mustaqirrah, iaitu kehidupan yang stabil yang menunjukkan ia masih hidup dan bukan sekadar gerakan orang yang sedang nazak.
3. Adapun binatang yang tidak berlaku ke atas dirinya perkara yang kebiasaannya membawa kepada kematian, maka tidak disyaratkan adanya hayat mustaqirrah ketika disembelih.
4. Contohnya binatang yang sakit tenat atau terlalu lemah kerana kelaparan. Dalam keadaan ini, memadai adanya tanda kehidupan ketika sembelihan dilakukan.
5. Oleh sebab itu, perbahasan hayat mustaqirrah hanya timbul pada binatang yang mengalami sebab-sebab yang lazimnya membawa maut sebelum sempat disembelih.
Wallahu a‘lam.
#FiqhSembelihan
#HayatMustaqirrah
#MazhabSyafii
#IlmuFekah
#ustazzakizulkifli

Tiada ulasan:
Catat Ulasan