Ahlus Sunnah Wal-Jamaah (Imam Abu Hassan Al-Asy'ari Mazhab Usuluddinku, Imam Asy-Syafi'i Mazhab Fiqhku, Imam Junaid Al-Baghdadi Mazhab Tasawwufku)
Pengikut
Perhatian :-
Semoga Allah senantiasa menjaga diri kita agar tidak melakukan tindakan tersebut. Terima kasih atas perhatian anda.
:-
Koleksi Qasidah
Kitab Kuning
Antara kitab-kitab Jawi yang telah selesai saya rumikan:-
Sabtu, 23 Mei 2026
Hukum Cari Duit Untuk Pergi Haji
Khamis, 21 Mei 2026
HUKUM MAKAN MELEBIHI HAD KENYANG
.
SOALAH: Apa hukum makan berlebihan, dah kenyang pun makan lagi?
.
JAWAPAN:
.
1. Antara bid‘ah pertama yang muncul dalam kehidupan umat Islam ialah budaya makan hingga terlalu kenyang. Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad daripada Sayidatina Aisyah binti Abu Bakar bahawa beliau berkata:
أَوَّلُ بِدْعَةٍ حَدَثَتْ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ الشِّبَعُ
Maksudnya: “Bid‘ah pertama yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW ialah kenyang (makan berlebihan).”
.
2. Imam al-Rafi‘i dan Imam al-Nawawi menyebut bahawa hukum makan melebihi had kenyang ialah makruh. Ini kerana ia boleh membawa kepada malas beribadah, berat badan, dan keras hati. Sebahagian ulama lain pula berpendapat hukumnya haram.
.
3. Sebahagian ulama menghimpunkan kedua-dua pandangan ini dengan perincian: hukum makruh jika makan berlebihan menggunakan harta sendiri, manakala haram jika menggunakan harta orang lain. Perincian ini disebut dalam Tuhfah al-Muhtaj dan Nihayah al-Muhtaj.
.
4. Kesimpulannya, Islam mengajar umatnya bersederhana dalam makan dan minum. Tujuan makan adalah untuk menguatkan tubuh bagi taat kepada Allah, bukan menuruti hawa nafsu hingga melampaui batas.
Empat Sifat Yang Lazim Bagi Seorang Hamba
#HidayahAsSibyan
#Ubudiyyah
#TuanHusinKedah
#MengenalDiri
#JalanMenujuAllah
IMAM KEMBALI DUDUK SELEPAS MENIGGALKAN TAHIYYAT AWAL
SOALAN: Imam terlupa tahiyyat awal lalu terus bangun. Ketika imam sudah berdiri, ada makmum menegur “Subhanallah”, lalu imam turun semula untuk duduk tahiyyat awal. Apakah tindakan makmum?
JAWAPAN:
1. Apabila imam atau orang yang solat bersendirian telah bangun berdiri meninggalkan tahiyyat awal, maka tidak boleh lagi dia turun semula untuk melakukannya kerana tahiyyat awal adalah sunat. Apabila sudah berdiri dan masuk kepada rukun selepasnya, kembali duduk adalah tidak dibenarkan.
2. Jika imam tetap turun semula, maka diperincikan hukumnya: jika dia turun dalam keadaan sengaja dan mengetahui hukum, maka batal solatnya. Namun jika dia turun kerana terlupa atau tidak mengetahui hukum, maka solatnya tidak batal. Kebiasaannya keadaan ini berlaku kerana terlupa atau jahil. Perkara ini disebutkan dalam kitab Busyra al-Karim:
فَإِنْ عَادَ عَالِمًا بِتَحْرِيمِهِ عَامِدًا بَطَلَتْ صَلَاتُهُ؛ لِزِيَادَتِهِ فِعْلًا يُخِلُّ بِهَيْئَتِهَا بِلَا عُذْرٍ
Terjemahan: jika dia kembali dalam keadaan mengetahui pengharamannya serta sengaja, maka batal solatnya kerana dia menambah satu perbuatan yang merosakkan bentuk solat tanpa sebarang keuzuran.
3. Adapun tindakan makmum dalam situasi ini ialah bangun berdiri dan menunggu imam atau berniat mufaraqah. Makmum tidak boleh turun duduk bersama imam kerana jika imam sengaja turun maka solatnya batal dan tidak boleh diikuti, manakala jika imam turun kerana terlupa atau jahil, makmum juga tidak boleh mengikut perbuatan yang salah tersebut. Namun kerana ada kemungkinan imam itu terlupa, maka tidak wajib ke atas makmum untuk mufaraqah.
4. Perkara ini juga disebutkan dalam kitab Busyra al-Karim:
وَلَوْ قَامَ الإِمَامُ عَنْهُ ثُمَّ عَادَ لَمْ تَجُزْ مُوَافَقَتُهُ؛ لِأَنَّهُ إِمَّا عَامِدٌ وَصَلَاتُهُ بَاطِلَةٌ، أَوْ سَاهٍ وَهُوَ لَا تَجُوزُ مُوَافَقَتُهُ، بَلْ يَقُومُ الْمَأْمُومُ إِنْ لَمْ يَكُنْ قَدْ قَامَ فَوْرًا، وَيَنْتَظِرُهُ قَائِمًا؛ حَمْلًا لِعَوْدِهِ عَلَى السَّهْوِ أَوِ الْجَهْلِ، أَوْ يُفَارِقُهُ، وَهِيَ هُنَا أَوْلَى، وَفِيمَا إِذَا قَامَ الإِمَامُ لِخَامِسَةٍ أَوْلَى؛ لِلْخِلَافِ فِي جَوَازِ انْتِظَارِهِ حِينَئِذٍ
Terjemahan: jika imam telah bangun kemudian kembali duduk, maka tidak harus bagi makmum mengikutinya kerana sama ada imam itu sengaja (maka solatnya batal) atau terlupa (juga tidak boleh diikuti). Bahkan makmum hendaklah bangun dan menunggu imam dalam keadaan berdiri dengan menganggap perbuatan itu kerana lupa atau jahil, atau dia boleh mufaraqah. Mufaraqah dalam keadaan ini adalah lebih utama, lebih-lebih lagi dalam kes imam berdiri ke rakaat kelima kerana terdapat khilaf tentang harus menunggunya.
#ustazzakizulkifli
#FiqhSolat
#MazhabSyafie
#TazkirahRingkas
#IlmuFardhuAin
HUKUM ORANG IHRAM MEMILIKI HAIWAN BURUAN
(Terjemahan kitab Qurratul Ain fatwa-fatwa Syeikh Ismail az-Zain)
.
SOALAN PERTAMA: iaitu apabila seseorang berihram sedangkan dia memiliki burung, maka wajib ke atasnya melepaskannya dari tangannya sebagaimana yang disebut oleh al-‘Allamah ad-Damiri dalam Hayat al-Hayawan.
Dan mereka bertanya: adakah terdapat helah (cara) dengan memberikannya kepada salah seorang kerabatnya atau ahli keluarganya supaya haiwan itu keluar daripada miliknya sebagai ganti daripada melepaskannya? Dan adakah terdapat pandangan yang mengatakan tidak wajib melepaskannya?
— al-Ustaz Ahmad Mandub al-Indunisi —
JAWAPAN: Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan kamu kepada kebenaran. Sesungguhnya pendapat muktamad dalam mazhab ialah: sesiapa yang di tangannya terdapat haiwan buruan yang halal dimakan dan liar, maka ia dianggap sebagai haiwan buruan darat, sama ada burung atau selainnya. Maka apabila seseorang berihram, hendaklah dia melepaskan haiwan tersebut daripada miliknya.
.
Hal ini kerana tangan orang yang berihram terhalang daripada memburu haiwan darat dan dilarang daripada menguasainya.
.
Namun mereka berkata: wajib dilepaskan itu sebagai penegasan untuk melepaskan pegangan tangan(pemilikan), bukan khusus semata-mata perbuatan melepaskan.
.
Jika dia menghilangkan pemilikannya daripadanya dengan cara menjual atau menghadiahkannya kepada orang lain, atau kepada sebahagian kerabatnya, bahkan kepada anak kecilnya sekalipun, dengan berkata: “Aku hadiahkan kepada anakku si fulan”, lalu ia menerimanya sebagai wali anak itu dengan katanya; "saya menerimanya untuknya", maka itu adalah harus.
.
Apabila dia berihram selepas itu, tidak lagi dikatakan bahawa haiwan itu berada di tangannya sebagai buruan, dia tidak berdosa, dan tidak juga dia diwajibkan melepaskannya, kerana haiwan itu telah keluar daripada miliknya kepada pemilikan orang lain yang sah memilikinya, walaupun melalui perantaraan wali (penjaga).
.
Perkara ini dianggap sebagai satu helah fiqh yang sah dan tidak haram serta tidak makruh. Dan dia juga berhak menarik semula pemberian itu selepas selesai ibadat haji, jika dihadiahkan kepada anaknya, kerana seorang bapa boleh menarik kembali hibah kepada anaknya sebagaimana yang disebut dalam kitab-kitab mazhab.
.
Dengan ini terputuslah perbincangan tentang sama ada terdapat pandangan yang tidak mewajibkan melepaskan haiwan buruan jika ia masih dimiliki sebelum ihram, kerana fatwa hanyalah berdasarkan pendapat muktamad dalam mazhab.
Wallahu a‘lam.
Jumaat, 25 Disember 2020
Panduan Pernikahan
Inilah Risalah
Panduan Pernikahan
Dinukil Daripada Pelbagai Kitab
Kitabun Nikah
(كتاب النكاح)
Syaikh Muhammad Arsyad bin ‘Abdullah Al-Banjari t
Ghayatul Afrah Liman
Yatawallal Inkah
(غَايَة اْلأَفْرَاحِ لِمنْ يَتَوَلَّى
اْلإِنْكَاحَ)
Haji Wan Ismail bin Syaikh Wan Ahmad Al-Fatoni t
Al-Luqtotush Shughra Li Aimmatil Qura
(الْلُقْطَةُ
الصُّغْرَى ِلاَئِمَّةِ الْقُرَى)
Al-‘Allamah Haji Chik bin Ahmad Al-Qadahi t
Risalah Perkahwinan
Syaikh Ahmad Tajuddin bin Haji Mustofa t
Tashilul Faraidh
(تَسْهِيْلُ
الْفَرَائِضْ)
Bahagian Berkaitan Wali-Wali Nikah Sahaja
Al-Imam Mufti Haji Khalil bin Husin Al-Malakawi t
Pengalihan Jawi Kepada Rumi, Disusun Semula dan
Notakaki Oleh:
Muhamad Rauf Bin
Minhat
Dibantu Merumi Sebahagiannya Oleh:
Siti Khursiah Binti Abu Bakar
Muhamad Yunus Bin Minhat
Himpunan Risalah Al-‘Allamah Tuan Guru Haji Chik Bin Ahmad Al-Qadahi
Inilah
Himpunan Risalah
Al-‘Allamah Guru Tuan
Haji Chik Bin Ahmad Al-Qadahi t
Kifayah Ash-Shibyan
(كفاية الصبيان فِى بَيَانِ عَقَائِدِ
اْلإِيْمَانِ)
Paku Iman dan
Simpulan Iman
(فاكو ايْمان دان سيمفولن ايْمان)
Risalah Pada
Menyatakan
Menolak Fahaman Kaum
Muda Atau Wahabi
(رِسَالَةٌ
فِي الرَّدِّ عَلَى سَلَفِيَّةٍ وَهَّابِيَّةٍ الْمَعْرُوْفِ بِقَوْمِ مُوْدَا)
Risalah Pada
Menyatakan Hukum Salam
)رِسَالَةٌ
فِي حُكْمِ السَّلاَمِ(
Risalah Pada
Menyatakan Riddah
)رِسَالَةٌ
فِي الرِّدَّة(
Risalah Pada Menyatakan
Hukum Riba
)رِسَالَةٌ
فِي حُكْمِ الرِّبَا(
Luqtotul Aurad
)لقطة
الاوراد(
Al-Luqtotush Shughra Li Aimmatil Qura
(الْلُقْطَةُ الصُّغْرَى ِلاَئِمَّةِ
الْقُرَى)
Pengalihan Jawi Kepada Rumi, Disusun Semula dan
Notakaki Oleh:
Muhamad Rauf Bin
Minhat
Dibantu Merumi Sebahagiannya Oleh:
Siti Khursiah Binti Abu Bakar
Muhamad Yunus Bin Minhat
Sullam Ash-Shibyan
سُلَّمُ
الصِّبْيَانِ
فى الفقه
الشافعى
كتاب الصلاة،
كتاب الجنائز
الجزء الأول
کارڠن
العلامة الحاج چيك بن احمد القدحى
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين
آمين
Pengalihan Jawi Kepada Rumi:
Shakila Binti Safri
Muhamad Rauf Bin
Minhat
Kata-kata mutiara para ulama'
Imam An-Nasafi berkata: "Mazhab kami benar, mungkin saja keliru dan mazhab yang menyalahi kami keliru, mungkin saja benar" (Al-Fawaidul Makiyah:Hal.16)
Imam Ibnu 'Arabi berkata: "Tidak matang seorang alim itu hinggalah dia tidak mempunyai sifat fanatik mazhab." (Qawasim al-'Awasim)
Imam Sufyan Al-Tsauri berkata: "Jika kamu lihat seseorang beramal dengan suatu amalan yang terdapat perselisihan pendapat ulama' padanya dan pandangan kamu tentang perkara itu berbeza, maka janganlah kau menegahnya."
Imam Ahmad ibn Hanbal berkata: "Seorang alim tidak sepatutnya menyuruh atau memaksa orang lain mengamalkan mazhabnya." (Al-Adab Al-Syari'ah oleh Ibnu Muflih)
Imam Nawawi berkata: "Seorang mufti atau seorang qadi tidak boleh memaksa pendapatnya untuk diterima oleh orang yang tidak bersependapat dengannya selagi pendapat orang itu tidak menyalahi nas al-Qur'an dan hadits, ijma' atau qias yang jelas." (Syarah Muslim, jld 2, H:24)
maksud pandangan para ulama' di atas ialah agar kita pandai menghormati pendapat orang lain walaupun pendapatnya tidak sesuai dengan pendapat kita, dalam masalah furu' (bukan dalam masalah aqidah). Dengan adanya saling hormat menghormati di antara kaum muslimin, tentu tidak akan retak hubungan ukhwah Islamiyyah yang selama ini ulama' kita jaga dan bina dengan baik.
Kitab Hadits
Terjemahan Kitab Jawi Kepada Rumi :-
Matan:
Solawat :-
Kitab Maulid :-
Pelbagai Kitab :-
Artikel
Himpunan Pelbagai Doa Yang Dibaca Pada Bulan-Bulan Islam
Himpunan Doa-Doa
Pelbagai
Habib 'Umar & Dr 'Ali Juma'ah
Koleksi Kitab
Saya sedang berusaha mengumpulkan koleksi kitab-kitab Arab dalam bentuk software dan akan dibahagikan dalam beberapa cd. Senarai kitab koleksi kitab sudah saya miliki:-
1. Kitab Mazhab Syafi'i 44 kitab
2. Kitab Tafsir Al-Qur'an 10 kitab
3. Kitab Sirah Nabawiyyah 10
4. Kitab-kitab karangan para ulama' mazhab syafi'i lebih kurang 26 ulama' seperti Imam Nawawi, Imam Nawawi Al-Bantani, Imam As-Sayuthi, Imam Subki, Imam Ibnu Hajat Al-Haitami, Imam Ibnu Hajar Al-'Asqolani dan lain-lain.
5. Kitab Hadits 12 kitab
6. Tajwid dan Qira'at 4 kitab
7. Kitab Ulum Hadits 15 kitab
8. Kitab Imam Asy-Sya'rani lebih kurang 11 kitab
9. Kitab Dr. Omar 'Abdullah Kamil 92 kitab
10. Kitab Imam Az-Zahabi lebih kurang 20 kitab
11. Kitab Dr. Wahbah Al-Zuhayli - Fiqhu al-Islamy Wa Adillatuhu
12. Kitab-kitab Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali
dan saya sedang dalam proses pengumpulkan lagi kitab-kitab yang di download dari pelbagai laman web
Kitab-kitab yang sudah saya terbitkan:=
2. Kitab Asy-Syarabuth Thohur karangan Habib 'Umar ibn Hafidz (serta terjemahan)
3. Kitab Jaliyatul Kadar karangan Imam Sayyid Ja'far ibn Hasan ibn 'Abdul Karim Al-Barzanji
4. Kitab Burdah karangan Imam Al-Bushiri (serta terjemahan)
5. Kitab Dalail Khairat karangan Imam Sayyid Muhammad ibn Sulaiman Al-Jazuli (serta terjemahan)
6. Kitab Aurad Al-Qusya-syiyah karangan Imam Muhammad ibn Yusof ibn Ahmad Al-Qusyasyi (serta terjemahan)
dan macam-macam lagi.
Muat Turun Kitab-Kitab Kuning
http://www.ar-raufi.blogspot.com/ -
Muat Turun Sunan At-Tirmizi :-
Muat Turun Tobaqat Syafi'iyah
Koleksi Bacaan Salawat, Qasidah, Hizib, Wirid, Teks Qasidah & Sebagainya
Koleksi Video :-
Asy-Syeikh Yusuf bin Isma'il An-Nabhani Asy-Syafi'i
Muat Turun Kitab أفضل الصلوات على سيد السادات
01. Solawat Ibrahimiyah :- Muat Turun
02. Solawat Al-Imam An-Nawawi :- Muat Turun
03. Solawat Ibn Hajar Al-Haitami :- Muat Turun
04. Solawat Yang Diajarkan Oleh Jibril :- Muat Turun
05 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Ruwaifi’ ibn Tsabit Al-Ansori :- Muat Turun
06 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Al-Imam Al-Fakihani :- Muat Turun
07 Solawat Yang Kelebihannya Telah Diberitahu Oleh Jibril :- Muat Turun
08 Solawat Untuk Mendapat Syafa'ah :- Muat Turun
09 Solawat Sebagai Ganti Sedekah atau Zakat :- Muat Turun
10 Solawat Yang Diriwayatkan Daripada Nabi Ilyas dan Nabi Khidir :- Muat Turun
11 Solawat Agar Diampuni Dosa :- Muat Turun
12 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Al-Imam As-Suja'i :- Muat Turun
13 Solawat Untuk Dibaca Pada Hari Jumaat :- Muat Turun
14 Solawat Untuk Mencapai 30 Hajat Di Dunia dan 70 Hajat Di Akhirat :- Muat Turun
15 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Sa'id ibn 'Atorid :- Muat Turun
16 Solawat Yang Dibaca Oleh Ahlul Bait :- Muat Turun
17 Solawat Al-Imam Sayyidina 'Ali Karramallahu wajhah :- Muat Turun
18 Solawat Yang Telah Diriwayatkan Oleh Ibn Mas'ud :- Muat Turun
19 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Ibn 'Umar :- Muat Turun
20 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Al-Imam Ghazali :- Muat Turun
21 Solawat Yang Dibaca Pada Hari Jumaat Sebanyak Tujuh Kali :- Muat Turun
22 Solawat Untuk Dapat Meneguk Dengan Gelas Dari Telaga An-Nabi :- Muat Turun
23 Solawat Berdasarkan Tasbih Juwairiyyah Isteri Kepada An-Nabi :- Muat Turun
24 Solawat Yang Pernah Diceritakan Oleh Abul 'Abbas Ahmad Al-Hajiri :- Muat Turun
25 Solawat Asy-Syeikh Abu 'Abdillah ibn An-Nu'man :- Muat Turun
26 Solawat Munjiyyah (Penyelamat) :- Muat Turun
27 Solawat Nur Al-Qiyamah :- Muat Turun
28 & 29 Solawat Al-Imam Asy-Syafi'i :- Muat Turun
30 Solawat Asy-Syeikh Abu Hasan Al-Karkhi :- Muat Turun
31 Solawat Sultan Al-Auliya 'Abdul Qadir Al-Jilani :- Muat Turun
32 Solawat Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali :- Muat Turun
33 Solawat Asy-Syeikh Ahmad Ar-Rifa'i :- Muat Turun
34 & 35 Solawat Asy-Syeikh Ahmad Al-Badawi :- Muat Turun
--
Al-Muhaddits Prof. Dr. Al-Habib As-Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al-Maliki Al-Hasani
Muat Turun Kitab شوارق الأنوار من أدعية السّادة الأخيار
Pembuka Aurad :- Muat Turun
Amalan Toriqat Al-Ahmadiyyah :- Muat Turun
Doa Yaasiin - Imam 'Abdullah ibn 'Alawi Al-Haddad :- Muat Turun
Doa Ayat Al-Kursi :- Muat Turun
Wirid Imam 'Ali ibn Abu Bakar As-Saqqaf :- Muat Turun
Wirid Al-Lathif - Imam 'Abdullah ibn 'Alawi Al-Haddad :- Muat Turun
Hizib Al-Nasr - Imam Abu Hasan Asy-Syazuli :- Muat Turun
Hizib Imam Nawawi حزب النووي (Terjemahan) :- Muat Turun
Ratib Al-'Aththos راتب العطاس - Imam 'Umar ibn 'Abdur Rahman Al-'Aththos :- Muat Turun
Ratib Al-'Aththos (Terjemahan) :- Muat Turun
Ratib Al-Haddad الراتب الشهير (Terjemahan) :- Muat Turun
مكتبة محمد علوي المالكي - Klik
https://archive.org/details/maleky
-------------------
Berita Harian
Tiada bahasa kiasan dalam fahaman Wahabi :- Klik
Ibadat Kerohanian Wahabi berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah :- Klik
Wahabi tak taat ulama, ulil amri :- Klik atau Klik
Tafsiran Sunni menyeluruh, terbuka mengikut batasan prinsip rohani serta intelektual :- Klik
Hukum syirik jampi bergantung kepada iktiqad :- Klik
Malaikat Izrail juga akan mati :- Klik
Wanita wajib khatan walaupun dewasa :- Klik
Berlaku adil kepada bukan Islam kewajipan :- Klik
Kaabah kiblat solat bagi umat Islam :- Klik
Tiada ikatan kahwin manusia dengan jin :- Klik
Memahami perbezaan lafaz cerai baiah, taklik :- Klik
---
Utusan Malaysia
Kewajipan mencintai keluarga Nabi s.a.w :- Klik
Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah : Klik
Meneroka makna hijrah :- Klik
Tidak batal solat makmum tegur imam :- Klik
Bahaya taklid dalam tauhid :- Klik
Mengapa tauhid tiga serangkai? :- Klik
Tauhid tiga serangkai disyariat dalam Islam? :- Klik
Dalil sanggah beza tauhid uluhiah dan rububiah :- Klik
Waspada 'tajdid' Wahhabi :- Klik
Kebesaran bulan Zulhijjah :- Klik







