Pengikut

Perhatian :-

Nota atau catatan, tulisan, terjemahan, pengalihan jawi kepada rumi dan sebagainya, yang ada di blog-blog saya adalah semata-mata untuk pecinta ilmu, beramal dan rujukan. Maka dari itu, anda tidak diperkenankan menggandakan apa-apa sahaja yang ada untuk dikomersilkan.

Semoga Allah senantiasa menjaga diri kita agar tidak melakukan tindakan tersebut. Terima kasih atas perhatian anda.

:-


Koleksi Qasidah

Mulai sekarang saya akan letak pelbagai teks qasidah koleksi saya disebelah kanan blog ini.

Kitab Kuning



Untuk Mendapatkan Kitab-Kitab Kuning:

Bagi mereka yang ingin membeli kitab-kitab jawi melayu boleh mendapatkannya (membeli) di Khazanah Fathaniyah, iaitu:

1. Senarai Kitab dan Harganya :- Klik
2. Cara Pembelian :-Klik


Antara kitab-kitab Jawi yang telah selesai saya rumikan:-



1. Kifayatul Muhtaj - Syaikh Daud Al-Fatoni.
2. Pegangan Yang Terutama - Tengku Mahmud Zuhdi Al-Fatoni.
3. Badrut Tamam Wan Nujumuts Tsawaqib - Syaikh Ahmad Al-Fatoni.
4. Pati Munyatul Musolli - Al-Haj Nik 'Abdullah Ahmad Al-Jambuwi.
5. Usuluddin - Syaikh Mukhtar ibn 'Atorid.

6. Faridatul Faraid - Syaikh Ahmad Fatoni.
7. Pati Faridatul Faraid - Al-Haj Nik 'Abdullah Ahmad Al-Jambuwi.
8. Tuhfatur Raghibin - Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari.
9. Miftahul Jannah - Syaikh Muhammad Toyyib
10. Risalah 'Aqidah Usuluddin Yang Pendek - Syaikh Ahmad Al-Fatoni.

11. An-Nurul Mubin Fi 'Aqaid Usuluddin - Syaikh Ahmad Al-Fatoni.
12. Matan Jauharatul Tauhid - Al-Imam Ibrahim Al-Laqqoni.
13. Tsimarul Jannah - Al-Faqir Idris Al-Khaiyath bin Haji Wan 'Ali Bakum Tok Jum Al-Fatoni
14. Wasail 'Ilmu Al-Kalam wa Rakfatu wa Rahmah lil 'Awam - Tuan Guru 'Abdul Qadir Wangah Wakaf Budi Sekam
15. Hidayatush Shibyan - Abu ‘Abdullah Husain Nashir ibn Muhammad Toyyib

16. Panduan Tajwid Al-Qur’an Al-Majid – Tuan Haji Omar bin Haji Othman
17. Al-Bahjah Al-Mardhiyah – Syaikh Daud Al-Fatoni
18. Panduan Agama – Tuan Haji Omar bin Haji Othman
19. Paku Iman – Al-‘Allamah Al-Haj Chik bin Ahmad Al-Qadahi
20. Al-Mishbah Al-Munir – Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Ismail Al-Fatoni.

21. Matan Ummu Al-Barahin (Arab & Terjemahan) – Imam As-Sanusi.
24. Bakurah Al-Amani – Syaikh Isma’il bin ‘Abdul Qadir Al-Fatoni
25. Tabshirah Al-Adani bin Alhani Bakurah Al-Amani – Syaikh Isma’il bin ‘Abdul Qadir Al-Fatoni



26. Muhimmah – Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdur Rahim Al-Fatoni.
27. Dalail Al-Khairat (Arab & terjemahan) – Al-Imam Muhammad bin Sulaiman Al-Jazuli.
28. Panduan Musafir – Syaikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fatoni
29. Hidayatul Azkiya’ Ila Toriqil Auliya’ - Syaikh Zainuddin Al-Malibari
30. Zahratul Murid – Syaikh Wan ‘Ali Kutan

31. Tafrihush Shibyan – Syaikh Husain Nashir Al-Banjari
32. Hidayatur Rahman – Syaikh ‘Abdul Lathif Tambi Al-Malakawi
33. Pedoman Sembahyang Berjamaah – Tuan Guru Abdul Rahman Lubok Tapah.
34. Ayyuhal Walad – Tuan Hasan Besut.
35. Al-Bahjatus Saniyyah fil ‘Aqaidis Saniyyah – Syaikh Daud Al-Fatoni.

37. ‘Iqdul Juman – Kalung Berlian – Syaikh ‘Abdul Hamid Lingga – Riau
38. Perburuan dan Sembelihan - Syaikh Daud bin ‘Abdullah Al-Fatoni
39. Taqribul Ikhwan – Syaikh ‘Abdul Qadir bin Wangah Al-Fatoni
40. Tashilul Faraidh – Al-Ustaz Al-‘Alim Al-Fadhil Haji Khalil bin Husin Al-Mufti Al-Malakawi

41. Panduan Wanita (Bab Haidh, Istihadhah dan Nifas) – Al-‘Allamah Asy-Syaikh Muhmmad Arsyad Al-Banjari 
42. Panduan Sembahyang Berjama’ah (Gabungan 4 Kitab Jawi)
43. Panduan Puasa dan I’tikaf (Gabungan 2 Kitab Jawi), iaitu:
Sabil Al-Muhtadin – Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari
Sullam Ash-Shibyan – Al-‘Allamah Haji Chik bin Ahmad Al-Qadahi
44. Thib Al-Ihsan Fi Thibb Al-Insan – Syaikh Ahmad Al-Fatoni.
45. ‘Unwan Al-Falah – Syaikh Ahmad Al-Fatoni.

46. Panduan Pernikahan (Gabungan 5 Kitab Jawi), iaitu:
Kitabun Nikah – Syaikh Muhammad Arsyad bin ‘Abdullah Al-Banjari
Ghayatul Afrah – Haji Wan Ismail bin Syaikh Ahmad Al-Fatoni
Al-Luqtoh Ash-Shughra – Al-‘Allamah Haji Chik bin Ahmad Al-Qadahi
Risalah Perkahwinan – Syaikh Ahmad Tajuddin bin Mustafa
Tashilul Faraidh – Mufti Haji Khalil bin Husin Al-Malakawi

48. Panduan Pembahagian Faraidh
49. Sullam Ash-Shibyan – Al-‘Allamah Haji Chik bin Ahmad Al-Qadahi
50. Munyatul Musolli – Syaikh Daud Al-Fatoni.

51. Ta’limul Muta’allim Al-Jawi – Syaikh Zarnuji - Terjemahan Haji Ahmad Ibn Qasim
53. Pedoman Perempuan (Permasalahan Haidh, Istihadhah dan Nifas) :
Bughyah Ath-ThullabSyaikh Daud Al-Fatoni
Furu’ Masail – Syaikh Daud Bin ‘Abdullah Al-Fatoni
Kasyaful Litsam – Syaikh Zainal ‘Abidin Bin Muhammad Al-Fatoni
Ad-Dimail Kharijah – Syaikh Haji Wan ‘Abdur Rahman Bin Muhammad
54. Qasidah Burdah - Imam Al-Bushiri :- Klik atau Klik
* Cahaya Mustika - Al-Ustaz Al-Haji Abdul Ghani Bin Al-Haj Yahya
* Tashilul Faraidh - Al-Ustaz Al-'Alim Tuan Imam Al-Haj Khalil Bin Al-Haj Husin Al-Mufti Al-Malakawi
* Pendahuluan Faraidh Penggal Yang Pertama - Al-Haji Utsman Bin Al-Haji Muhammad Sa'id
* Pendahuluan Faraidh Juzu' Yang Kedua - Ustaz Omar Bin Haji Yusof
* Kifayatul Ba'its Fi Ta'allumi Mawarits - Tuan Guru Baba Haji Ismail Bin Mahmud
Ar-Rahbiyyah - Al-Imam Muhammad Bin 'Ali Ar-Rahbi








No. Tel:
019-7591082






Selasa, 20 Oktober 2020

SEMBAHYANG TAHIYYATUL MASJID DAN I‘TIKAF

 


  SEMBAHYANG TAHIYYATUL MASJID DAN I‘TIKAF

ADAKAH SUNAT SEMBAHYANG TAHIYYATUL MASJID DAN I‘TIKAF DI DALAM SURAU ATAU BALAI IBADAT?
بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)


Sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid dan i‘tikaf merupakan dua ibadat yang mempunyai kaifiyyat (cara) yang berbeza tetapi dilakukan di tempat yang sama iaitu masjid.

Namun yang menjadi kekeliruan di kalangan sebahagian orang, adakah sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid dan i‘tikaf juga sunat dilakukan di dalam balai ibadat atau surau yang di dalamnya juga didirikan sembahyang berjemaah lima waktu penuh, sembahyang Jum‘at serta sembahyang sunat yang lain seperti sembahyang Tarawih, sembahyang ‘Idil Fitri, sembahyang ‘Idil Adhha dan lain-lain.

Sebelum kita mengetahui mengenai dengan kedudukan hukum melakukan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid dan i‘tikaf di tempat selain yang dinamakan masjid, kita perlu faham terlebih dahulu perkara-perkara yang berkaitan dengan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid, i‘tikaf dan juga pengertian ‘masjid’ itu sendiri.



Beberapa Perkara Mengenai Sembahyang Sunat Tahiyyatul Masjid

Sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid menurut syara‘ ialah sembahyang dua rakaat yang didirikan sebelum duduk apabila seseorang masuk ke dalam masjid sebagai menghormati masjid. Sembahyang ini sunat dilakukan berulang kali apabila seseorang itu berulang masuk ke dalam masjid. Sembahyang ini juga sunat dilakukan bagi seseorang yang masuk ke dalam masjid walaupun dia tidak bermaksud untuk duduk di dalamnya.

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلاَ يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ
(رواه البخاري)

Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke dalam masjid, maka janganlah dia duduk sehinggalah dia mendirikan sembahyang dua rakaat (tahiyyat) terlebih dahulu.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid ini berakhir atau luput waktunya apabila seseorang itu telah masuk ke dalam masjid dan telah duduk di dalamnya.

Adapun meninggalkan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid ini dihukumkan makruh bagi sesiapa yang tiada halangan untuk melakukannya kecuali jika waktu sembahyang Jum‘at atau sembahyang lainnya sudah dekat untuk didirikan dan dia bimbang akan tertinggal atau terluput takbiratul ihram imam.

Bagi yang meninggalkannya disebabkan oleh perkara yang tidak memungkinkannya untuk melakukan sembahyang ini seperti disebabkan dia berhadats, maka disunatkan untuk mengucapkan zikir ini sebanyak 4 kali:

سُبْحَانَ الله وَالْحَمْدُ لِلَّه، وَلاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Maksud: Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tiada upaya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Agung.”


Apa Itu I‘tikaf?

I‘tikaf pula ialah duduk berhenti di dalam masjid oleh seseorang yang tertentu (Islam, mumayyiz, berakal, suci daripada junub, haidh dan nifas) dengan niat.

I‘tikaf ialah suatu ibadah yang mempunyai banyak kelebihan,  antaranya pembersihan hati dan jiwa daripada sifat-sifat yang tercela, menyerahkan diri sepenuhnya beribadah kepada Allah demi memohon darjat yang tinggi, menjauhkan diri daripada kesibukan dunia yang menghalang daripada mendekatkan diri kepadaNya.

I‘tikaf disyariatkan dalam Islam berdasarkan nash al-Qur’an dan as-Sunnah serta ijma‘ ulama.

Antara nash yang menunjukkan tentang tuntutan i‘tikaf itu ialah firman Allah Subhanahu wa Taala:

 ‚WWè UfÛSåèS£Y­HTWT‰STŽ `ySßKV…Wè WÜéSÉYÑHTWÆ Á %YŸY•HTfTT©WÙ<Ö@… ðÐ<ÕYŽ S èSŸSš JðY/@… ð„TWTÊ %†fTTTåéSTŠW£pTÍWTŽ ðÐYÖ.V¡VÒ ñûPXkW‰TSTÿ JðS/@… -YãYHTTWÿ…ƒò X§†PVÞYÕÖ `ySäPVÕWÅVÖ fûéSÍPVWTÿ
(سورة البقرة: 187)

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu campuri isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beri‘ktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah: 187)

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu  anha, beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
(رواه البخاري)

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Shallallahu alaihi wasallam beri‘tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Baginda melakukan amalan i‘tikaf tersebut sehingga Baginda wafat. Kemudian para isteri Baginda meneruskan amalan i‘tikaf selepas itu”.
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Orang yang beri‘tikaf di dalam masjid dianjurkan untuk memperbanyakkan sembahyang sunat, berzikir kepada Allah Subhanahu wa Taala, berdoa meminta ampun (istighfar), mengucapkan shalawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam atau membaca Al-Qur’an di samping bacaan-bacaan lain yang boleh mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala.


Pengertian Masjid

Masjid dari segi bahasa ialah nama bagi tempat bersujud. Manakala dari segi syara‘ pula ialah mana-mana tempat di permukaan bumi. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada ’Aisyah Radhiallahu ’anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

...... جُعِلَتْ لِى الأَرْضَ مَسْجِدًا...
(رواه البخاري)

Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud).”
(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Namun begitu, ‘urf (kebiasaan) telah mengkhususkan masjid sebagai tempat untuk mengerjakan sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat, sembahyang Hari-Hari Raya dan lain-lain ibadat seperti beri‘tikaf. Dengan demikian, mushalla atau surau tempat orang berkumpul di dalamnya pada Hari Raya dan yang seumpamanya tidak dihukumkan sebagai masjid. Begitu juga ribath (markas tentera atau tempat tinggal yang dibina untuk orang musafir atau orang miskin) dan sekolah tidak dihukumkan sebagai masjid, kerana ianya disediakan untuk kegunaan lain.

Jika kita melihat kepada fungsi tempat-tempat beribadat yang terdapat di negara kita ini serta struktur reka bentuk yang kadang-kadang sama antara bangunan-bangunan untuk beribadah antara satu dengan yang lain, memang  agak susah untuk dibezakan kecuali dilihat berdasarkan kepada nama tempat itu sendiri sama ada dinamakan masjid, surau, balai ibadat dan yang seumpamanya.


Bila Sesebuah Tempat Itu Dinamakan Masjid?

Para ulama mazhab asy-Syafieyah berpendapat mengenai masjid sebagaimana berikut:

      I.            Imam Az-Zarkasyi Rahimahullah ada menyebutkan:

لَوْ قَالَ: جَعَلْتُ هَذِهِ اْلبُقْعَةَ مَسْجِدًا، فَفِى اْلوَجِيْزِ: اَنَّهَا تَصِيْرُ مَسْجِدًا وَاِنْ لَمْ يَأْتِ بِلَفْظِ اْلوَقْفِ.

Ertinya: “Kalau seseorang berkata: “Aku jadikan sebidang tanah ini sebagai masjid, maka menurut kitab Al‑Wajiz jadilah ia masjid walaupun dia tidak menyebut lafaz wakaf.

         II.      As-Syeikh al-Bujairimi Rahimahullah menyebutkan ketika mensyarahkan perkataan al-Khathib as-Syarbini Rahimahullah dalam syarat i‘tikaf di dalam masjid:

قَوْلُهُ: (فِي الْمَسْجِدِ) وَهُوَ مَا وَقَفَهُ الْوَاقِفُ مَسْجِدًا لاَ رِبَاطًا وَلاَ مَدْرَسَةً كَمَا أَفْتَى بِهِ ابْنُ عَبْدِ السَّلاَمِ




Ertinya: “Katanya: (di dalam masjid). Masjid itu ialah sesuatu yang diwaqafkan oleh pewaqafnya sebagai masjid, bukan ribath, bukan sekolah, sebagaimana yang difatwakan oleh Ibnu ‘Abd as-Salam.”

Beliau menambah lagi:

فَائِدَةٌ: أَفْتَى شَيْخُنَا زي بِأَنَّهُ لَوْ سَمَّرَ حَصِيْرًا أَوْ فَرْوَةً أَوْ سَجَّادَةً أَوْ بَنَى مِصْطَبَةً وَوَقَفَهَا مَسْجِدًا صَحَّ ذَلِكَ وَأَجْرَى عَلَيْهَا أَحْكَامَ الْمَسَاجِدِ، فَيَصِحُّ اْلاِعْتِكَافُ عَلَيْهَا وَيَحْرُمُ عَلَى الْجُنُبِ؛ وَنَحْوُهُ الْمُكْثُ عَلَيْهَا وَنَحْو ذَلِكَ اهـ عبد البر.

Ertinya: “Faedah: Guru kami Ali az-Ziyadi telah memfatwakan bahawa sesungguhnya jika seseorang memakukan tikar atau baju bulu unta atau sajadah atau dia membina tempat duduk dan diwaqafkannya sebagai masjid, sahlah (waqafnya) itu, dan diperlakukan atasnya hukum-hukum masjid. Maka sah i‘tikaf di atasnya dan haram ke atas orang junub; dan yang seumpamanya duduk diam di atasnya dan seumpama yang demikian itu. Selesai dinaqal oleh ‘Abd al-Barr.”

     III.      Imam ar-Ramli Rahimahullah pula menyebutkan:

وَخَرَجَ بِالْمَسْجِدِ الرِّبَاطُ وَمُصَلَّى اْلعِيْدِ وَمَا بُنِيَ فِي أَرْضٍ مُسْتَأْجَرَة عَلَى صُوْرَةِ الْمَسْجِدِ وَأَذِنَ بَانِيْهِ فِي الصَّلاَةِ فِيهِ

Ertinya: “Dan keluar dengan perkataan ‘masjid’ (iaitu tidak termasuk) ribath, surau tempat menunaikan sembahyang hari raya dan sesuatu yang dibina di atas tanah yang disewa berbentuk masjid dan orang yang membinanya memberi keizinan untuk sembahyang di dalamnya.”

     IV.      Imam al-Qalyubi Rahimahullah pula menjelaskan bahawa sesuatu yang bersamaan dengan bentuk masjid bukanlah menunjukkan ia sebagai sebuah masjid sebagaimana katanya:

وَشَمِلَ الْمَظْنُوْنَ بِاْلاِجْتِهَادِ لاَ بِالْقَرِيْنَةِ كَمَنَارَةٍ وَمِنْبَرٍ وَتَزْوِيقٍ وَشَرَارِيفٍ، فَلاَ دَلاَلَةِ فِي ذَلِكَ عَلَى الْمَسْجِدِيَّةِ

Ertinya: “Dan adakalanya (termasuk yang dinamakan masjid itu) yang disangkakan berdasarkan ijtihad, bukan berdasarkan qarinah (sesuatu yang menunjukkan bentuk masjid) seperti menara, mimbar, ukiran dan beranda, maka demikian itu tidak menunjukkan sebagai masjid.”

Oleh yang demikian, berdasarkan pandangan ulama di atas jika bangunan itu diwaqafkan untuk dijadikan masjid, jadilah ia masjid dan berlakulah ke atasnya hukum masjid seperti haram bagi orang yang haidh atau junub berhenti diam di dalamnya atau hukum-hukum yang lain yang berkaitan dengan masjid.

Begitu juga, jika tidak disebutkan lafaz waqaf tetapi diniatkan tempat itu untuk dijadikan sebagai masjid seperti seseorang berkata: “Aku jadikan tempat ini sebagai masjid”, maka jadilah tempat itu sebagai masjid, mengikut keluasan tempat yang dimaksudkannya untuk dijadikan sebagai masjid. Manakala kawasan yang di luarnya tidaklah dikira sebagai masjid

Jika sesebuah bangunan itu pula hanya diwaqafkan untuk menunaikan sembahyang di dalamnya, bukan sebagai masjid, maka tidaklah bangunan itu menjadi masjid.


Adakah Disunatkan Melakukan Sembahyang Tahiyyatul Masjid Dan I‘tikaf  Di Dalam Bangunan Selain Masjid?

Jika dilihat kepada hukum asal sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid dan i‘tikaf, kedua-duanya hanya sunat dilakukan di dalam sesebuah tempat yang dinamakan masjid. Ini kerana:

1.    Tujuan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid dikerjakan adalah sebagai menghormati masjid.

2.    Masjid merupakan salah satu rukun atau syarat sah i‘tikaf.

Oleh itu, tidak disunatkan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid dan i‘tikaf itu di dalam balai ibadat atau surau. Ini kerana memang jelas nama balai ibadat atau surau itu bukan dimaksudkan sebagai masjid walaupun didirikan di dalamnya sembahyang berjemaah lima waktu, sembahyang Jumaat serta sembahyang sunat yang lain seperti Tarawih, ‘Idil Fitri, ‘Idil Adhha dan lain-lain.


Dalam kontek Negara Brunei Darussalam, untuk mendirikan masjid itu terikat kepada peraturan-peraturan mengenainya sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) Bab 124.



http://fatwairsyadbrunei.blogspot.com/2015/05/adakah-sunat-sembahyang-tahiyyatul.html?m=1





-------------------










1 ulasan:

Kata-kata mutiara para ulama'

Imam An-Nasafi berkata: "Mazhab kami benar, mungkin saja keliru dan mazhab yang menyalahi kami keliru, mungkin saja benar" (Al-Fawaidul Makiyah:Hal.16)


Imam Ibnu 'Arabi berkata: "Tidak matang seorang alim itu hinggalah dia tidak mempunyai sifat fanatik mazhab." (Qawasim al-'Awasim)

Imam Sufyan Al-Tsauri berkata: "Jika kamu lihat seseorang beramal dengan suatu amalan yang terdapat perselisihan pendapat ulama' padanya dan pandangan kamu tentang perkara itu berbeza, maka janganlah kau menegahnya."

Imam Ahmad ibn Hanbal berkata: "Seorang alim tidak sepatutnya menyuruh atau memaksa orang lain mengamalkan mazhabnya." (Al-Adab Al-Syari'ah oleh Ibnu Muflih)

Imam Nawawi berkata: "Seorang mufti atau seorang qadi tidak boleh memaksa pendapatnya untuk diterima oleh orang yang tidak bersependapat dengannya selagi pendapat orang itu tidak menyalahi nas al-Qur'an dan hadits, ijma' atau qias yang jelas." (Syarah Muslim, jld 2, H:24)

maksud pandangan para ulama' di atas ialah agar kita pandai menghormati pendapat orang lain walaupun pendapatnya tidak sesuai dengan pendapat kita, dalam masalah furu' (bukan dalam masalah aqidah). Dengan adanya saling hormat menghormati di antara kaum muslimin, tentu tidak akan retak hubungan ukhwah Islamiyyah yang selama ini ulama' kita jaga dan bina dengan baik.

Kitab Hadits

01 Ihyaul Maiyiti Bifadhail Alil Baiti - Al-Imam Suyuthi :- Klik
02 Asy-Syamail Muhammadiyah - Al-Imam At-Tirmizi :- Klik

---

Terjemahan Kitab Jawi Kepada Rumi :-


01 Munyatul Musolli Karangan Asy-Syeikh Daud Al-Fatani :- Klik
02 Usuluddin karangan Syeikh Muhammad Mukhtar ibn 'Atorid :- klik
03 Faridah Al-Faraid fi 'Ilmi Al-'Aqaid Karangan Syeikh Ahmad Al-Fatoni :- Klik
04 Furu'ul Masail - Asy-Syeikh Daud Al-Fatoni :- Klik
05 Tanbihul Ghafilin - Haji 'Abdullah ibn 'Abdul Mubin Asy-Syafi'i :- Klik

06 Muhimmah - Syeikh 'Abdullah Ibn 'Abdur Rahim Fatoni :- Klik
07 Qathrul Ghaitsiyah - Al-'Allamah Husin Nashir ibn Muhammad Toyyib Al-Mas'udi Al-Banjari :- Klik
08 Pati Faridatul Faraid - Al-Haj Nik ‘Abdullah Ahmad Al-Jambuwi :- Klik
09 Kasyaful Asrar - Asy-Syeikh Muhammad Solih ibn ‘Abdullah Mengkabaui :- Klik
10 Tamrinush Shibyan - Al-'Allamah Husain Nashir ibn Muhammad Toyyib Al-Mas'udi Al-Banjari :- Klik

11 Hidayah Ar-Rahman - Haji 'Abdul Lathif Bin Haji Tambi Al-Malakawi :- Klik
12 Ilmu Tauhid - Haji Hashim Bin Haji Muhammad Al-Malayui :- Klik
13 Perukunan - Mufti Jamaluddin bin Muhammad Arsyad Al-Banjari :- Klik
14 Pelita Penuntut - Al-'Allamah Asy-Syeikh Az-Zarnuji :- Klik
15 Irsyadul 'Ibadi Ila Sabilir Rasyad - Tuan Minal Al-Fatoni :- Klik

16 Tajul 'Urus - Al-Imam Tajuddin Ibn 'Atoillah As-Sakandari :- Klik
17 Hidayatul 'Awam - Syeikh Jalaluddin Acheh :- Klik
18 Zahratul Murid fi 'Aqadit Tauhid - Syeikh Wan 'Ali Kutan:- Muat Turun
19 Miftahul Murid Fi 'Ilmit Tauhid - Tuan Minal Al-Fatoni :- Klik
20 Sabilul Muhtadin - Asy-Syeikh Muhammad Arsyad Bin ‘Abdullah Al-Banjari :- Klik

21 Syarah Bakuratul Amani - Syeikh Isma'il Ibn 'Abdul Qadir Al-Fatoni :- Klik
22 Al-Mishbahul Munir - Syaikh 'Abdul 'Aziz Bin Isma'il Al-Fatoni :- Klik
23. Ta'limul Muta'allim Al-Jawi - Haji Ahmad Bin Haji Qasim :- Klik
24. Ad-Durruts Tsamin - Syaikh Daud Al-Fatoni :- Klik
25. Tuhfatur Raghibin - Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari :- Klik

26. Miftahul Jannah - Syaikh Muhammad Toyyib ibn Mas'ud Al-Banjari :- Klik
27. Panduan Sifat 20 - Muhyiddin Muhammad Ghazali Ibn Haji 'Abdullah :- Klik
28. Bidayatul Hidayah - Syaikh Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaluddin :- Klik
29. Sirajul Huda - Syaikh Muhammad Zainuddin Bin Muhammad Badawi As-Sumbawi :- Klik
30. 'Athiyyatur Rahman - Syaikh Muhammad Azhari Ibn 'Abdullah Al-Palimbani :- Klik

31. Risalah 'Aqidah Usuluddin Yang Pendek - Syaikh Ahmad Al-Fatoni :- Klik
32. An-Nurul Mubin Fi 'Aqaid Usuliddin - Syaikh Ahmad Al-Fatoni :- Klik
33. Pati Munyatul Musolli :- Klik
34. Qamarul Huda - Muhammad Yusuf :- Klik
35. Badr At-Tamam wa An-Nujum Ats-Tsawaqib - Syaikh Ahmad Al-Fatoni:- Klik

36 Pegangan Yang Terutama - Tengku Mahmud Zuhdi :- Klik
37 Lum'atul Aurad -
38 Hidayatus Shibyan - Tuan Husain Kedah:- Klik
39 Tsamrul Jannah - Al-Faqir Idris Al-Khaiyath ibn Haji Wan 'Ali Bakum:- Klik


----


Matan:

'Aqidatul 'Awam - As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi :- Klik
Ummul Barahin - Al-Imam Sanusi :- Klik
'Aqidatul Mujmalah :- Klik
'Aqidatul Mursyidah :- Klik
Jauharatut Tauhid - Al-Imam Ibrahim Al-Laqqoni :- Klik

----


Solawat :-

Dalail Khairat :- Klik
Afdhalush Sholawat 'Ala Saidis Sadaat (Solawat-Solawat Yang Terbaik Ke Atas Penghulu Segala Penghulu ) disusun oleh al-'Allamah Al-Qadhi Asy-Syeikh Yusuf bin Isma'il An-Nabhani Asy-Syafi'i :- Klik
Syawaariqul Anwar min Ad'iyatis Saadatil Akhyar (Himpunan doa-doa orang yang solih), disusun oleh As-Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al-Maliki :- Klik
---


Kitab Maulid :-

Qasidah Burdah - Al-Imam Al-Bushiri :- Klik
Adh-Dhiyaul Lami - Al-Habib 'Umar Bin Hafiz :- Klik
Simthud Duror - Al-Habib 'Ali Bin Muhammad Al-Habsyi :- Klik


----

Pelbagai Kitab :-


01 Syarah Matan Ummul Barahin - Ustaz Mohammad Elias Bin 'Abdul Jalil Al-Malaqawi :- Klik
02 Kesesatan Syi'ah - Al-Habib Salim Ibn Ahmad Ibn Jindan :- Klik
03 Al-'Aqaid Ad-Duriyyah - Asy-Syaikh Muhammad Al-Hasyimi :- Klik
04 Mazhab Al-Asya'ariyah Prinsip & Sejarahnya :- Klik




-----------------

Artikel

1. Penjelasan Tentang Kelebihan Maulid Nabi :- Klik
2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan Darul Khusus :- Klik
3. Kewajipan Mempelajari dan Mengajar Ilmu Tauhid (Ahli Sunnah Wal Jama'ah):- Klik
4. Haram Belajar Ilmu Usuluddin Daripada Orang Yang Tidak Mahir dan Tanda Orang Yang Sesat :- Klik
5. Status Ibu Bapa Nabi Muhammad :- Klik

6. Haqiqat Asya'irah :- Klik
7. Kebenaran I'tiqad Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi :- Klik
8. Mazhab Al-Asy'ariyah Prinsip & Sejarahnya :- Klik
9. Kepentingan Ilmu Tauhid :- Klik
10. Catitan Ilmu Tauhid 1 :- Klik

11. Catitan Ilmu Tauhid 2 :- Klik
12. Apa Saja Yang Membatalkan Puasa? :- Klik
13. Hikayat Qadhi Dengan Harami :- Klik
14. Seloka Ketuhanan :- Klik
15. Perbezaan jirim, Jisim, Jauhar dan Jauhar Firid :- Klik

16. Hukum Perempuan Musafir Tanpa Mahram :- Klik
17. Hukum Imam dan Makmum Berhimpun Pada Suatu Tempat :- Klik
18. Kitab-Kitab Yang Telah Dirumikan dan Diterbitkan :- Klik
19. Panduan Hukum: Perbezaan Masjid dan Surau :- Klik
20. Hukum Agama Iku Pendapat Sendiri Kelirukan Masyarakat:- Klik

21. Sayyidina Mu'awiyah رضى الله عنه adalah seorang sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم yang besar :- Klik




----


Himpunan Pelbagai Doa Yang Dibaca Pada Bulan-Bulan Islam


Doa Bulan Muharram (Doa Akhir Tahun & Awal Tahun) :- Klik
Malam Nishfu Sya'ban :- Klik



---------------

Himpunan Doa-Doa


01 Himpunan Pelbagai Doa Yang Dibaca Pada Bulan-Bulan Islam :- Klik
02 Doa Untuk Ibu Bapa :- Klik
03 Doa Penawar Angin Ahmar :- Klik




------

Pelbagai

Asmaul Husna:- Klik
Nama-Nama Nabi Muhammad :- Klik
Nama-nama Para Ahli Badar :- Klik
Penjelasan Tentang Solawat Syifa' & Tafrijiyah :- Klik
Nama-nama Para Rasul 313 orang :- Klik

Nazam Tauhid Bahasa Melayu karangan Haji Ahmad Melaka :- Klik


---


Habib 'Umar & Dr 'Ali Juma'ah

Habib 'Umar & Dr 'Ali Juma'ah

Koleksi Kitab


Saya sedang berusaha mengumpulkan koleksi kitab-kitab Arab dalam bentuk software dan akan dibahagikan dalam beberapa cd. Senarai kitab koleksi kitab sudah saya miliki:-
1. Kitab Mazhab Syafi'i 44 kitab
2. Kitab Tafsir Al-Qur'an 10 kitab
3. Kitab Sirah Nabawiyyah 10
4. Kitab-kitab karangan para ulama' mazhab syafi'i lebih kurang 26 ulama' seperti Imam Nawawi, Imam Nawawi Al-Bantani, Imam As-Sayuthi, Imam Subki, Imam Ibnu Hajat Al-Haitami, Imam Ibnu Hajar Al-'Asqolani dan lain-lain.
5. Kitab Hadits 12 kitab
6. Tajwid dan Qira'at 4 kitab
7. Kitab Ulum Hadits 15 kitab
8. Kitab Imam Asy-Sya'rani lebih kurang 11 kitab
9. Kitab Dr. Omar 'Abdullah Kamil 92 kitab
10. Kitab Imam Az-Zahabi lebih kurang 20 kitab
11. Kitab Dr. Wahbah Al-Zuhayli - Fiqhu al-Islamy Wa Adillatuhu
12. Kitab-kitab Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali
dan saya sedang dalam proses pengumpulkan lagi kitab-kitab yang di download dari pelbagai laman web

Kitab-kitab yang sudah saya terbitkan:=

1. Kitab Adh-Dhiyaul Lami', karangan Habib 'Umar ibn Hafidh (serta terjemahan)
2. Kitab Asy-Syarabuth Thohur karangan Habib 'Umar ibn Hafidz (serta terjemahan)
3. Kitab Jaliyatul Kadar karangan Imam Sayyid Ja'far ibn Hasan ibn 'Abdul Karim Al-Barzanji
4. Kitab Burdah karangan Imam Al-Bushiri (serta terjemahan)
5. Kitab Dalail Khairat karangan Imam Sayyid Muhammad ibn Sulaiman Al-Jazuli (serta terjemahan)
6. Kitab Aurad Al-Qusya-syiyah karangan Imam Muhammad ibn Yusof ibn Ahmad Al-Qusyasyi (serta terjemahan)
dan macam-macam lagi.

Muat Turun Kitab-Kitab Kuning

Untuk muat turun kitab-kitab kuning sila klik blog saya bahagian kitab-kitab ini :-
http://www.ar-raufi.blogspot.com/ -

Muat Turun Sunan At-Tirmizi :-

Untuk menikmati hadits-hadits yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi serta sedikit syarahnya, sila klik link ini:- http://sunan-at-tirmizi.blogspot.com/


Muat Turun Tobaqat Syafi'iyah

Untuk mengenali para Ulama' yang bermazhab Syafi'i daripada abad ke-03 sehingaa abad sekarang, sila klik link ini :- http://tobaqatsyafii.blogspot.com/

Koleksi Bacaan Salawat, Qasidah, Hizib, Wirid, Teks Qasidah & Sebagainya

Untuk muat turun bacaan Salawat, Qasidah, Hizib, Wirid, Teks Qasidah & Sebagainya, klik link ini. - http://dalailkhairat-idrisi.blogspot.com/ -

Koleksi Video :-

Untuk melihat blog koleksi video saya, klik link ini :-
http://idrisi24.blogspot.com/

Asy-Syeikh Yusuf bin Isma'il An-Nabhani Asy-Syafi'i

Asy-Syeikh Yusuf bin Isma'il An-Nabhani Asy-Syafi'i
Klik photo Syeikh Yusuf An-Nabhani untuk membaca biodatanya.

Muat Turun Kitab أفضل الصلوات على سيد السادات

Afdhalush Sholawat 'Ala Saidis Sadaat (Solawat-Solawat Yang Terbaik Ke Atas Penghulu Segala Penghulu ) disusun oleh al-'Allamah Al-Qadhi Asy-Syeikh Yusuf bin Isma'il An-Nabhani Asy-Syafi'i. Saya telah meriwayatkan kitab ini daripada Asy-Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki. Untuk muat turun kitab Afdhalush Sholawat lengkap ('Arab) :- Muat Turun

01. Solawat Ibrahimiyah :- Muat Turun
02. Solawat Al-Imam An-Nawawi :- Muat Turun
03. Solawat Ibn Hajar Al-Haitami :- Muat Turun
04. Solawat Yang Diajarkan Oleh Jibril :- Muat Turun
05 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Ruwaifi’ ibn Tsabit Al-Ansori :- Muat Turun

06 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Al-Imam Al-Fakihani :- Muat Turun
07 Solawat Yang Kelebihannya Telah Diberitahu Oleh Jibril :- Muat Turun
08 Solawat Untuk Mendapat Syafa'ah :- Muat Turun
09 Solawat Sebagai Ganti Sedekah atau Zakat :- Muat Turun
10 Solawat Yang Diriwayatkan Daripada Nabi Ilyas dan Nabi Khidir :- Muat Turun

11 Solawat Agar Diampuni Dosa :- Muat Turun
12 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Al-Imam As-Suja'i :- Muat Turun
13 Solawat Untuk Dibaca Pada Hari Jumaat :- Muat Turun
14 Solawat Untuk Mencapai 30 Hajat Di Dunia dan 70 Hajat Di Akhirat :- Muat Turun
15 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Sa'id ibn 'Atorid :- Muat Turun

16 Solawat Yang Dibaca Oleh Ahlul Bait :- Muat Turun
17 Solawat Al-Imam Sayyidina 'Ali Karramallahu wajhah :- Muat Turun
18 Solawat Yang Telah Diriwayatkan Oleh Ibn Mas'ud :- Muat Turun
19 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Ibn 'Umar :- Muat Turun
20 Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Al-Imam Ghazali :- Muat Turun

21 Solawat Yang Dibaca Pada Hari Jumaat Sebanyak Tujuh Kali :- Muat Turun
22 Solawat Untuk Dapat Meneguk Dengan Gelas Dari Telaga An-Nabi :- Muat Turun
23 Solawat Berdasarkan Tasbih Juwairiyyah Isteri Kepada An-Nabi :- Muat Turun
24 Solawat Yang Pernah Diceritakan Oleh Abul 'Abbas Ahmad Al-Hajiri :- Muat Turun
25 Solawat Asy-Syeikh Abu 'Abdillah ibn An-Nu'man :- Muat Turun

26 Solawat Munjiyyah (Penyelamat) :- Muat Turun
27 Solawat Nur Al-Qiyamah :- Muat Turun
28 & 29 Solawat Al-Imam Asy-Syafi'i :- Muat Turun
30 Solawat Asy-Syeikh Abu Hasan Al-Karkhi :- Muat Turun

31 Solawat Sultan Al-Auliya 'Abdul Qadir Al-Jilani :- Muat Turun
32 Solawat Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali :- Muat Turun
33 Solawat Asy-Syeikh Ahmad Ar-Rifa'i :- Muat Turun
34 & 35 Solawat Asy-Syeikh Ahmad Al-Badawi :- Muat Turun


--




Al-Muhaddits Prof. Dr. Al-Habib As-Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al-Maliki Al-Hasani

Al-Muhaddits Prof. Dr. Al-Habib As-Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al-Maliki Al-Hasani
Klik photo Sayyid Muhammad Al-Maliki untuk membaca biodatanya.

Muat Turun Kitab شوارق الأنوار من أدعية السّادة الأخيار

Kitab Syawaariqul Anwar min Ad'iyatis Saadatil Akhyar (Himpunan doa-doa orang yang solih), disusun oleh As-Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al-Maliki. Saya telah meminta izin daripada Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki untuk mengeluarkan kitab ini di blog saya.

Pembuka Aurad :- Muat Turun
Amalan Toriqat Al-Ahmadiyyah :- Muat Turun

Doa Yaasiin - Imam 'Abdullah ibn 'Alawi Al-Haddad :- Muat Turun
Doa Ayat Al-Kursi :- Muat Turun

Wirid Imam 'Ali ibn Abu Bakar As-Saqqaf :- Muat Turun
Wirid Al-Lathif - Imam 'Abdullah ibn 'Alawi Al-Haddad :- Muat Turun

Hizib Al-Nasr - Imam Abu Hasan Asy-Syazuli :- Muat Turun
Hizib Imam Nawawi حزب النووي (Terjemahan) :- Muat Turun

Ratib Al-'Aththos راتب العطاس - Imam 'Umar ibn 'Abdur Rahman Al-'Aththos :- Muat Turun
Ratib Al-'Aththos (Terjemahan) :- Muat Turun
Ratib Al-Haddad الراتب الشهير (Terjemahan) :- Muat Turun


مكتبة محمد علوي المالكي - Klik
https://archive.org/details/maleky




-------------------




Berita Harian


Tiada bahasa kiasan dalam fahaman Wahabi :- Klik
Ibadat Kerohanian Wahabi berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah :- Klik
Wahabi tak taat ulama, ulil amri :- Klik atau Klik
Tafsiran Sunni menyeluruh, terbuka mengikut batasan prinsip rohani serta intelektual :- Klik

Hukum syirik jampi bergantung kepada iktiqad :- Klik
Malaikat Izrail juga akan mati :- Klik
Wanita wajib khatan walaupun dewasa :- Klik
Berlaku adil kepada bukan Islam kewajipan :- Klik
Kaabah kiblat solat bagi umat Islam :- Klik
Tiada ikatan kahwin manusia dengan jin :- Klik

Memahami perbezaan lafaz cerai baiah, taklik :- Klik

---

Utusan Malaysia

Pendidikan: Misi utama Rasulullah :- Klik
Kewajipan mencintai keluarga Nabi s.a.w :- Klik
Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah : Klik
Meneroka makna hijrah :- Klik
Tidak batal solat makmum tegur imam :- Klik

Bahaya taklid dalam tauhid :- Klik
Mengapa tauhid tiga serangkai? :- Klik
Tauhid tiga serangkai disyariat dalam Islam? :- Klik
Dalil sanggah beza tauhid uluhiah dan rububiah :- Klik
Waspada 'tajdid' Wahhabi :- Klik
Kebesaran bulan Zulhijjah :- Klik

Penggunaan Kalimah Allah :- Klik
Takutlah Akibat Maksiat :- Klik
Musibah Matinya Hati :- Klik
Kedudukan Ayahanda, Bonda Nabi :- Klik

Mengapa Sambut Maulid Nabi :- Klik
Kenapa Pertikai Maulid Nabi :- Klik
Rasulullah Manusia Istimewa :- Klik
Jangan Abai Hak Rasulullah :- Klik
Rasulullah Di Mata Sahabat : - Klik

Kedudukan Nabi Di Sisi Islam :- Klik
Buang Amalan Khurafat :- Klik
Hukum Mewarna Rambut :- Klik
Jangan Sakiti Rasulullah :- Klik
Huraian Ibu Bapa Nabi Dalam Syurga :- Klik

Tasauf: Cabang Agama Yang Dizalimi :- Klik
Polemik Tajdid dan Pembaharuan :- Klik
Tajdid atau Meruntuh? :- Klik
Tajdid: Antara Hakikat dan Dakwaan :- Klik


---